Ahad, 22 Ogos 2010

Bazaar Ramadhan lagi...

Hari ni tergerak pulak hati aku untuk melawat ke stadium......bukan stadium tapi bazaar ramadhan yang berdekatan dengan stadium tu. Bukan apa, saja nak tengok apa itu ayam bakar tempayan ( ayam yg dibakar dalam tempayan la, bukan ayam pi bakar tempayan da..). Hari tu kan ada keluar kat Buletin Tv3, alang-alang dah menetap di Kuantan ni...nak la jugak merasa. Kalo nak gi bazaar kat stadium tu, kena keluar awal sikit, kalo lambat-lambat nanti, bercinta la nak cari parking. Pastu bercinta lah pulak nak kuar dari situ pasal jalan jem. Kebetulannya pulak hari ni hari minggu. Aku memang cuti. Bolehlah turun awal dari rumah. Kalo hari kerja....mimpilah aku nak gi situ. Maklumlah, aku ada misi yang lebih penting.....ambik anak-anak dari sekolah la, apa lagi...
Sampai je situ, aku pun jalan-jalan cari makan ngan anakanda-anakanda tersayang. Macam biasalah bila aku ajukan soalan nak makan apa berbuka nanti.....

Aku : Amir kakak nak makan apa?

Amir : Nasi goreng ada tak ibu?

Aku : Ala, nasi goreng sahur nantilah ibu masak.

Amir : Nasi lemak lah.

Aku : Kakak?

Kakak : Boleh tak nak makan kuih je, ibu?

Aku : Mana boleh? Ni kan puasa. Mana kenyang makan kuih je. Nasi ayam, nak?

Kakak : Nanti kakak tak habis macamana?

Aku : ( diam dan terus mencari-cari nak beli apa)



Aku teruskan misi mencari juadah untuk berbuka nanti. Gerai pertama aku singgah, gerai yang jual kuih muih Pantai Timur. Tahun lepas pun aku selalu beli kuih di gerai ni jugak. Kuih-muih dia kebanyakkannya berasal dari Kelantan. Nama kuih....errr...aku pun tak tau....yang aku tau, makan je...:) Ada tiga jenis jugaklah yang berkenan di tekak tu.
Pastu aku pun cari gerai ayam bakar tempayan yang disebut-sebut tu. Sampai kat gerai tu, aduhai........orang yang beratur nak beli ayam tu, ngalahkan orang nak beli tiket tengok bola final Selangor vs Kelantan. Kata orang Pahang...."bapok panjangnye"... Sori beb, aku rela tak beli ayam tu dari bawak anak-anak aku yang tak berapa nak cerah ni ( gen ayah diorang lagi kuat, what to do........hehehe ) beratur panjang-panjang di tengah panas terik tu. Takpe, aku bukan tengah ngandung pun jadi takde la rasa kempunan sangat tak dapat makan ayam tu.

So, teruskan misi mencari laksa penang pasal dari semalam aku teringin nak makan laksa penang tu. Tak taula sedap atau tak laksa yang aku beli tadi pasal masa aku taip cerita ni, belum lagi masuk waktu berbuka. Pastu aku aku berhenti kat gerai yang jual mee singgit untuk belikan mee goreng untuk si kakak. Tapi di bazaar ni, mee singgit dah jadi mee dua ringgit pasal ada udang. Si abang tepandang pulak kuey teow sebelah mee tu, berkenan la pulak tekak dia. So, senang cerita. Mee goreng untuk kakak & kuey teow goreng untuk abang. Adik? Nanti share dengan kakak jer pasal kakak tu karang kompem tak habisnyer.. Pastu singgah kat gerai jual nasi ayam berempah, beli untuk adik aku. Sebelum balik, aku sempat jugak beli air tebu. Selama puasa ni, belum sekalipun beli air tebu pasal anak-anak aku tak minum.

Banyak-banyak bazaar ramadhan kat kuantan ni, yang paling meriah kat sinilah, satu lagi yang orang suka benar pegi, kat pokok buluh. Dekat dengan masjid besar. Kat situ ramai yang beli dan berbuka dekat padang depan masjid tu....macam 'berpicnic' di waktu maghrib la.. Agaknya senang, lepas berbuka boleh terus solat & berterawih kat masjid nanti.

Esok.......... belum rancang lagi nak berbuka dengan apa. Nak masak pun dah tak tau nak masak apa..... Jemu jugak asyik-asyik kari, asyik-asyik nasi goreng. Dah la sahur kompem nasi goreng. Rasanya macam beli jugak kot......;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan