Isnin, 16 Ogos 2010

Shopping Raya 2010

Hari ni, aku dah plan dalam kepala, nak bawak anak2, adik & adik ipar yg bongsu gi beli baju melayu untuk pakai raya nanti. Lepas berbuka & solat maghrib, aku bawak diorang keluar...of course la, aku jadi drebar. Pikir punya pikir, mana la kedai yang aku boleh parking depan kedai dan tak payah jalan banyak pasal tak larat perut dah se'eh. Al-maklum aje la, kan baru je berbuka. Makanan yang beli kat bazaar ramadhan tadi pun ( alamak...kantoi, den tak masak lagi hari ni ) belum sempat nak hadam lagi. So, aku bawak gi kat Butik Tradisonal Melayu ( nama glamernye...'BTM' ) jer. Tahun ni tak banyak pilihan lah. Agaknya, diorang belum kuarkan stok baru....maybe nak perabihkan stok lama. Nak tak nak, pilih je la apa yang ada. Mujur jugak aku bukan spesis yang cerewet amat. Itupun my hubby selalu komplen, lama ngat nak nunggu.( Well dear hubby, tahun ni awak selamat sebab tak kena tunggu sampai tertido dalam keta lagi.....;P )
Setelah hampir sejam mundar-mandir dalam butik tu, dapatlah apa yang dicari. Sepasang untuk adik bongsu aku yang baru grad ( sebelum ni arwah mak yang uruskan baju raya dia ) , dan tiga pasang untuk adik-adik iparku yang masih tercari-cari pendapatan sendiri atau dalam gelaran glamernye....penganggur kehormat... Hmm....ada rezeki lebih, dapatlah sponsor kat diorang setakat yang mampu. Bertuah sungguh depa dapat kakak ipar macam aku ni. walaupun bermulut 'laser' tahap tak berapa nak gaban tapi baik hati.... ( dear hubby, jangan termuntah lak baca statement nih...hehehe). Tapi kan korang, ada cite lawak tak berapa nak lawak sikit ni tau, si adik ipar aku ni, mula-mula ambik baju saja sebab dia kata taknak pakai sepasang. Alih-alih lepas awek dia call, tetiba lak dia ubah pikiran. Nak tukar cari yang sepasang. Oklah, aku pun tak kisah la asal dia puas hati. Masa bayar tu aku tak check lak kat resit dan tak pasan lak berapa pasang yang cashier tu kira. Pastu, bila sampai rumah, kononnya nak suruhlah try semula baju tu tapi puas kelebet beg plastik tu tapi tak jumpa baju yang dia pilih tadi. Cari gak dalam keta, kot la terkeluar @ terjatuh dari beg plastik tu tapi still takde. Aku pun rasa ralat gak, then terpikir nak tengok resit tu. Hahahaha........memanglah takde, pasal budak cashier tu tak ambik dan tak kira pun baju adik ipar aku tu. Alamak...haru betul. Bila kuar balik gi kat butik tu,tak dapek nak nolong pasal butik tu dah tutup. Harap-harap esok baju tu masih ada dan tak di ambil dek pelanggan lain....;P.

Tak ketinggalan juga, aku beli dua pasang baju melayu untuk kedua puteraku, sepasang baju kurung untuk puteriku dan sepasang juga untuk diri aku sendiri ( apa barang kalo diri sendiri dilupakan ). Masa try baju tu, aku tersengih sendirian depan cermin fitting room tu. Bukan syiok sendiri, tapi eee.....suka la pasal dapat me'maintain'kan size M tu. Gara-gara puasa la ni. Nampaknya, bagai ulang tayang tema famili tahun lepas, kaler biru lagi menjadi pilihan. Actually, sebelum puasa lagi aku dah pun menempah baju untuk kami sekeluarga dengan tema 'ku lihat hijauuuuuuu'......tapi rasa tak best pulak nak pakai baju tu sebab my hubby tak jadi balik ke Malaysia untuk meraikan Satu Syawal bersama aku dan anak-anak pada tahun ni. Simpan ajelah kot-kot dia boleh balik Aidiladha nanti. Kot la, kan... ( jangan korang nak suggest kat aku, pakai baju tu masa Deepavali nanti lak ) ........Nak raya pun takde semangat rasanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan