Isnin, 30 Ogos 2010

Pusara Arwah Mak Aku...

Jumaat lepas (27/08/2010), aku drive balik ke rumah mertua kat Felda Bukit Puchong, Triang, bersama-sama anak-anak. Mertua pun, sama macam mak bapak kita jugak kan.. Diorang rindu nak jumpa cucu-cucu dari Kuantan ni. Kebetulannya hari tu public holiday kat Pahang ni. Nuzul Quran. Esoknya lak Sabtu Ahad. Dah memang cuti mingguan kat Pahang ni.

Dalam perjalanan ke sana, aku terpanggil lagi untuk singgah menziarahi pusara mak kat Kampung Chatin Temerloh tu. Kebetulannya jugak kedudukannya 'sejalan' dengan jalan yang aku lalui. Lega melihat pusara arwah yang sudah sempurna. Bukan apa, sebelum ni....aku pernah singgah buat kali pertama tapi masa tu, pusaranya masih belum bernisan, cuma kelihatan batu-bata yang berkaler hitam diatur sekeliling pusara. Kata bapak, nak tunggu tanah betul-betul mampat, baru nak letakkan batu nisan. Kali kedua aku singgah, bulan lepas. Sebelum bertolak ke rumah adik aku kat Nilai hari tu. Terkejutnya aku sebab aku tak jumpa pusara arwah. Pelik. No lot yang sama tapi nisannya tertulis nama orang lain. Aku betul-betul rasa tak puas hati. Aku terus capai handphone dan call bapak tapi tak berjawab. Aku call pulak adik-beradik aku nak sahkan no lot tu, tapi masing-masing tak berapa nak ingat no tu. Aku yakin dan ingat sangat no lot tu. 455. Akhirnya bapak call aku balik. Dia ada kat kebun dan tak dengar bunyi telefon. Aku pun terus bertanyakan perihal pusara arwah tu. Bapak pun terkejut.

Aku balik ke Taman Saga untuk ambik bapak dan terus hubungi bapak sedara aku yang kat Temerloh tu. Janji jumpa di kubur. Bapak sedara datang bersama dengan orang yang bertanggungjawab menguruskan tanah perkuburan kat situ dan juga datuk aku. Rupa-rupanya, ada orang dah tersalah buat kubur batu tu. Diorang tak ingat no lot simati dan main tibai je buat kat kubur orang lain. Menurut orang yang menguruskan tanah perkuburan kat situ, pembuat nisan tu dah dua kali silap buat kat kubur orang lain. Yang aku heran tu, keluarga simati tu, dah tau orang yang di upah tu buat silap dulu, patutnya diorang pegi la jengok kot-kot silap lagi nanti.

Sekarang aku dapat menarik nafas lega. Pusara mak sudah sempurna. Cuma satu yang aku kesal sangat. Ada beberapa mulut yang mengaku diorang tu sedara-mara aku yang mencari peluang memerli aku adik-beradik dan bapak aku. Kalau ikutkan amarah, ingin juga aku bertanya semula pada diorang, mak2 diorang pun setahu aku dah 'takde', dalam setahun, berapa kali diorang jengok pusara mak diorang...................syukurlah mak bapak aku tidak mengajar aku untuk menjadi 'kurang ajar'..... kata bapak, rupa kubur tu tak penting, yang penting doa-doa kita untuk arwah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan