Sabtu, 14 Ogos 2010

Bil 2

Lepas subuh tadi, aku terlelap balik ngan anak-anak. Sedar-sedar dah hampir jam 8am. Itupun setelah mendengar suara si adik bercakap sendirian. Sejuk hati ibu, tatkala membuka mata melihat si anak tersenyum....manis sekali. Tiba-tiba teringat pulak semalam dah plan nak settle bil hari ni, kebetulan hari ni Sabtu minggu ke 3. Pejabat pos ada bukak rasanya.

Dah puas mengeliat, meregangkan segala otot di badan, terus capai tuala gi bersih-bersihkan apa-apa yang patut. Lepas mandikan si adik, aku pun gerak kan kedua lagi anakanda dari tido diorang. Suruh diorang bersiap cepat kalo mau ikut........sape lambat, alamat kena tinggal... (saje gertak...;P)

Destinasi pertama aku, sudah pastinya cari mesin ATM HSBC. Dah siap mengorek berapa yang patut, tuju pulak ke ATM Maybank untuk masuk duit kat adik. Pastu gerak lagi cari ATM Ambank nak bayar loan rumah my hubby (nasib baik loan rumah aku pakai potong gaji je) & bayar hutang Kancil aku. Pastu singgah kat TMpoint, nak bayar bil streamyx (dulu boleh bayar kat pejabat pos, sekarang takleh lak...). Then, gerak lagi ke Celcom untuk settle bil handphone my hubby & aku punya broadband (dulu pun boleh bayar kat pejabat pos je). Gerak dari Celcom, terus gi cari ATM Hong Leong Bank lak, pasal nak bayar hutang Avanza. Pastu baru gi Pejabat Pos Jalan Bkt Ubi, untuk settle bil TNB, JBA & cukai pintu. Sebelum balik rumah, aku singgah lak kat Kedai Maxis yang kat Indera Mahkota untuk bayar bil broadband & handphone aku.....tapi agak frust pasal kedai tu tak bukak lak hari ni. Biasa bukak, agaknya bulan pose ni diorang nak rest kot, takpun prepare buat part time kat bazar Ramadhan. Sebenarnya, boleh nak bayar kat pejabat pos tadi tapi aku ingat nak gi naikkan aku punya kredit limit, that's why aku nak bayar kat situ terus. Biasa la....bila berjauhan gini, hmmm....tak ingat. Sedar-sedar terima bil yang agak 'jauh' lah jumlahnya.....hehehe

My hubby & friends pernah suggest bayar bil pakai online tapi aku lebih suka & puas hati kalau bayaran tu di cetak atas bil-bil tu sendiri. Sebab tu lah aku lebih senang gi bayar kat pejabat pos. Bukan apa, aku kesian sangat kat pekerja-pekerja kat pejabat pos tu sebab keja diorang makin kurang. Nanti bonus pun kurang....;) Almaklumlah, kalo semua dah nak pakai online, pakai email.........diorang lak nak buat apa, kan....Lagipun, aku suka betul dengar bunyi-bunyian kat pejabat pos tu terutama sekali bunyi cop-mengecop tu ha........hehehe....
Kalaulah semua bil boleh dibayar kat pejabat pos macam dulu, kan senang.....at least, tak yah la dok gores dan tak menang kad parking MPK tu.......;P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan