Ramadhan datang lagi....buat pertama kali pada tahun ni, aku bersahur dan berbuka hanya bersama anak-anak, tanpa ditemani hubby. Rasa sedih juga tapi nak buat macamana kan, kerana tugas...mencari nafkah untuk kesenangan kami dan anak-anak kami di masa depan. Tahun lepas sempat juga bersahur dan berbuka bersama walau seminggu. Kesian juga bila pikir, apa la juadah berbuka hubby kat sana. Yelah, suasana berpuasa kat tempat orang tak sama ngan tempat sendiri.
Apa yang pasti, tahun ni aku akan jadi pengunjung setia bazar-bazar Ramadhan di sekitar Kuantan ni. Bukan pe, nak masak pun........ala, tak berbaloi. Anak-anak selera lain-lain. Beli je senang. Jimat masa walaupun bazir duit ( tapi tak bazir jugak setakat beli nasi lemak telur goreng 3 bungkus ). Anak-anak aku kalau tanya nak makan apa, jawapan tetap sama.......kalau tak nasi lemak, mesti roti canai ngan kuah kari. Tak kira pagi ke, tengahari ke, malam ke.....yang aku tak tahan tu, kat KFC & McD pun, kalau tanya nak makan apa.........hmm.....itu la jugak jawapannya.....;D
Menu untuk sahur dah ada dalam kepala......apa lagi, nasi goreng bodo jer la. Awal pagi macam tu, nak bangun pun liat, ni kan pula nak seru selera makan datang. Jarang-jarang sekali la dengar orang makan dengan berseleranya waktu sahur ( tapi pernah gak tengok....my hubby la....hehehe ). Kalau ada nasi goreng telur.......segar jugak la mata putera sulung aku tu. Peberet dia jugak tu... Puteri tunggal aku lak.....bab makan ni...."ade ku kesah"...la pada dia. Jaga body kot. Dia dapat Milo ais segelas cukuplah, pastu sambung balik tido. Hari tak puasa pun payah nak suruh makan. Agaknya aura selera makan dia, aku dah serap abis kot...pasal tu la selera aku lak tak terkontrol.....hehehe
Apa yang aku harap, tahun ni, putera puteri aku dapat berpuasa lebih dari tahun sebelumnya dengan sempurna. Kakak......kompem boleh 100% tapi Abang.......errr.....yakin jer laaaa.....;P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan