Sabtu, 28 Januari 2012

penantian suatu penyeksaan..


So la sangat. Bukan ape, makin dekat hari yang ditunggu.... makin berdebar rasanya. Macam-macam benda yang terlintas dalam kepala hotak aku ni. Terimbau kembali saat iteww... saat dan ketika sakit datang bertalu-talu dalam bilik labour tu ha. Mujur jugak saat-saat tu, mr hubby ada kat sebelah kasi moral support. Tengok muka dia yang lebih meneran dari aku, kurang sikit rasa sakit tu pasal nak tergelak gak dalam hati ( terpikir sape yang meneran nih..aku ke dia?..hehehe )

Stress... satu lagi perkataan yang berlegar-legar di empunya tubuh yang menaip ini. Fizikal dan mental. Apa taknya.. di penghujung penantian ni, bangun, duduk, baring, berjalan...serba tak kena. Al-maklum ajelah menampung poket kanggaru yang makin membesar ni ha. Berat dah mencecah ke angka 72 kg tapi kira ok la sebab kalau ikut pengalaman yang sebelum-sebelum ni... time gini dah dekat cecah 90 kg pun ada. Biasa lah, selera membuak-buak... alahan lak takde. Atas tak kuar, bawah pun tak kuar. Lemak terkumpul di tengah-tengah.... Masuk banyak, yang keluar takde....hehehehe. 

Sekarang nak tido pun kena tido sambil duduk. Asal try nak baring je, jadi semput. Nak tak nak, tido je la kat kerusi malas walau tak selesa. Sejam sekali kang terjaga pasal kena gi dating ngan mr. tan... huhuhu
Bila rehat tak cukup, mula la mood manjang nak menyinga. Pantang anak buat salah sikit, kompem satu taman dengar suara aku membebel tak sudah. Kekadang sian jugak kat bebudak tapi terkadang tak leh kontrol suhu menyinga tu, nak pulak masa aku penat balik keje.. tengah tahan sakit... time tu la bebudak ni buat perangai. 

Tak sabar tunggu minggu depan sebab aku akan start bercuti 1st Februari nanti. Dah tak larat dah nak drive gi keje. Stereng keta asyik bergesel je kat perut. Nak kebelakangkan seat, kaki lak tak sampai nak tekan pedal. Spesis tak cukup inci....huhuhu.... Harap-harap boleh la rehat-rehatkan diri kat rumah. Cukup rehat, harap kurang sikit rasa stress tu. Kurang stress harap kuranglah marah-marah kat anak-anak... 


Jumaat, 20 Januari 2012

menghitung hari..

Semakin hari terasa tubuh semakin tak berupaya nak melakukan apa-apa kerja. Makin cepat letih, Pinggang ngan kaki makin jelas terasa sakit. Berjalan pun kena pakai gear satu. Kalau lumba ngan kura-kura pun gamaknya, dia lebih laju dari aku. Kekadang dari parking keta nak gi ke kaunter farmasi tu...bercinta amattt, rasa nak jerit je kat staff yang duduk kat kaunter unit kecemasan tu mintak tolong tolak pakai wheel chair. Bila lalu lak kawasan yang bercermin macam kat lobi makmur tu, usahkan nak pandang, nak jeling pun serem.... dah macam mak penguin aku rasa. Maklumlah spesis renek macam aku ni, bila 'membesar'...kelakor bentuknya..


Segala kelengkapan untuk dibawa bersama 'bila tiba saatnya', dah pun ready. Beg aku, siap.... beg baby pun siap. Membelek jugak kat mr google semak list yang patut dibawa. Dah 4 tahun last beranak, lupa lak apa barang yang kena ada. Setakat ni, semua bereh.
Setelah beberapa kali gi check up kat specialist hospital (Kuantan Medical Centre), doktor kata kompem baby girl. Dari pertama kali dia mengagak tu pun, aku dah teruja sangat. Memang kalau boleh, nak baby girl. Boleh jadi kawan si kakak. Hari doktor bagitau yang kat dalam ni girl, dan dan tu jugak aku gi shopping baju baby. Sedar, tak sedar dalam satu hari tu aku dah borong 11 pasang baju untuk bayi pompuan ( dan yang pastinya majoriti kaler yang aku kureng suka...pink). Biasa la, kalau bab baju baby ni, kompem la baju baby girl yang bikin para ibu rambang mata.

for girl.... kalau keluar esok2 boy, camner  ha???
Selesai barang-barang bayi, aku dok survey lak produk set selepas bersalin untuk memulihkan segala yang patut dipulihkan dari hujung rambut ke hujung kaki aku lak selepas bersalin nanti. Biasa la...pompuan... kena jaga segala-gala bagai supaya sang suami tak cuba-cuba berpaling tadah....kannnn.... 
Hmm... anak pertama & kedua dulu tu, aku ambik produk SALINDAH tapi rasa rugi lak sebab tak abih makan pun. Banyak ngat nak kena telan. Biasa la, orang yang kerja dengan ubat ni la yang paling culas makan ubat. Kali ni aku ingat nak guna produk LEESA aje la. 


Masa lahir anak ketiga dulu tu, aku dah try produk ni. Not bad. Kos pun tak mahal mana. Ok la tu, pasal nak kena makan 2 jenis tablet je. Lagipun dia siap ada tungku berubat sekali, tak yah susah-susah nak gi cari batu sungai. Kali ni akan berpantang sendirian berhad, so baik pilih yang mudah, kan...





Isnin, 2 Januari 2012

Autograf


2012... bermakna dah 20 tahun buku yang aku gelar autograf ni berada dalam simpanan aku. Zaman-zaman aku sekolah dulu, asal akhir tahun je (terutama form 5) mesti buat buku auto ni. Pastu kasi kat kengkawan. Suruh diorang tulis apa saja sebagai kenang-kenangan. Maklum ajelah, lepas SPM, masing-masing akan bawa haluan sendiri. Entah bila akan jumpa lagi.

antara coretan kengkawan... rindu korang semua

..duit 5sen tu masih setia di situ..
Kekadang tersenyum sendiri bila membaca kembali corat coret kengkawan dalam auto ni. Betul-betul mengamit memori. Rasa terharu pun ada. Tak tau la aku samada ada lagi kengkawan lain yang masih menyimpan buku auto ni atau....dah lunyai di telan zaman...

iskh...gatal tangan lak anak dara aku sorang nih..
Belek punya belek...tetiba ada coretan baru la... Iskh...iskh.. bila masa pulak anak dara aku yang sorang nih ngambik buku nih...huhuhuhu 



Tahun Baru 2012

Agak sekian lama aku tak meng 'update' di blog ni. Usahkan nak update, nak on laptop pun tak berkesempatan. Bukan ape, kesihatan tak mengizinkan aku dok ngadap lappy ni lama-lama. Sakit pinggang beb.. Dulu bolehlah layan lappy sambil baring atau meniarap..... tapi sejak perut makin memboyot ni, usahkan baring meniarap.... tido pun kena tido duduk 90 darjah. Tu yang buat makin tak lena tu, hilang segala mood.


Masa...kalau kita dok tunggu-tunggu, alamat menyiput la lambatnya....tapi kalau tak ditunggu, terasa cepat lak tua. Pejam celik, dah pun masuk tahun baru. 2012.... tahun yang digembar-gemburkan akan berlaku kiamat   (oleh manusia-manusia yang rasa diri depa lebih MENGETAHUI dari Allah). Tah la, yang pastinya kita semua akan tua setingkat lagi...huhuhu

Agak klise, asal masuk je tahun, berkopak-kopak la orang buat azam. Tapi yang sayangnya, ramai yang cuma buat azam tapi tak pernah cuba nak laksanakan. Aku?... iskh...tak kuasa la nak bikin-bikin azam nih. Kawan nama Azam, ada la... hehehehe

Apapun, aku nak jugak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 buat pembaca sekalian. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Moga juga kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan jati diri.... peace no war..

Isnin, 14 November 2011

alahai wiper..

Adusss.... payah benar bila 'big boss' takde kat rumah ni. Maklum je la... 'mem besar' pandai bawak, pandai isi minyak ngan pandai isi angin tayar je. Yang lain-lain tu jarang benor nak ambik tau. Ala, majoriti kaum hawa ni macam aku jugak la. Yang tau selok belok keta tu aku rasa, amatlah kecik bilangannya. Itu pun jenis pompuan yang betul2 minat pasal keta....takpun dia punya karier ada kena mengena ngan keta.
Ni anak bujang aku punya keja la ni. Hari tu aku sergah dia pasal asyik dok main wiper kancil aku tu. Bila time nak guna je, terus wiper tu jem. Tak bergerak sebelah. Tak ke hangin aku jadinya. Lagi buat aku hangin tu, yang tak bergerak tu yang depan driver. Payah gak ada anak yang terlebih bijaksana bercita-cita nak jadi macam McGyver ngan Inspektor Gadget ni. Suka ubah suai barang sampai punah.... huhuhu 

buat keroje dalam gelap...hehehe
Esoknya aku bawak jugak pi keja sebab nak mintak tolong kat rakan sekerja yang tau pasal keta ni. Kawan aku tu kata, dia punya skru dah longgar... maklum le keta sama ngan tuan dia. Dah masuk senja. Kawan aku try ketatkan balik pakai tangan sebab takde alat pengetat skru tu. Alhamdulilah, berfungsi balik. Aku tetap berterima kasih pada kawan aku tu walaupun dia dah buat cover skru wiper kancil aku tu patah. Ala, bukan dia sengaja pun.... benda tu dah reput.
Ku sangkakan panas hingga ke malam, rupanya hujan di senjahari. Masa aku nak gi ambik anak bujang aku dari sekolah tadi, hujan turun dah tapi ala2 gerimis mengundang je. On wiper, still ok. Mana tau, dalam perjalanan nak balik umah, dia jem balik. Hujan lak dah makin di undang2 lebatnya. Seksa giler aku drive dalam hujan. Tak kuasa la ku nak tunggu hujan berenti sebab tak nampak tanda2 hujan nak berenti pun. Kang tak pasal2 hanyut aku punya solat maghrib. Alhamdulillah lagi, sampai jugak kitorang kat umah walaupun bawak keta kalah dengan pemandu kancil berlesen L yang tengah belajar. At least aku dah buat pelajar tu bangga sebab dapat potong keta aku.... asyik dia je kena potong, kan....

bedal ajelah guna segala tools yg jumpe...huhuhu
Lepas solat maghrib, aku geledah jugak stor kat rumah. Cari la apa2 yang patut boleh guna untuk ketatkan skru tu semula. Akhirnya misi aku berjaya jua...... bedal saja la labu, asalkan boleh... hahahaha... sebelum korang ketawa, baik aku ketawa dulu... ;D

Sabtu, 29 Oktober 2011

Shopping

Baru balik dari bershopping barang rumah di Giant tapi sayang, takde lak terserempak ngan Nobita atau Doraemon...hehehee. Barang-barang kat situ tidaklah murah sesangat macam iklan kat tv tu tapi aku memang suka beli barang kat situ sebab senang. Parking free, ada tempat nak singgah bekpes yang penting tak sempit nak menolak troley yang besar tu. Satu lagi, barang senang nak cari pasal susun atur dia so far so good la.. Aku kalau memang plan nak gi situ, kompem kuar rumah awal. Lagi 10 mini diorang bukak bisnes, aku dah sampai....bukan ape...saje nak chup parking berbumbung yang baikkkk punyeee... maklum la musim-musim awan nano menangis nih.. ( musim hujan la beb.. ). Nak elak dari basah kuyup...


Sebelum sampai tadi terpikir nak beli rak kayu serbaguna  yang DIY tu. Tempat novel aku kat rumah tu dah penuh, itu yang tetiba berhajat tu. Rak yang display kat situ nampak cantik, simple, harga pun ok kot...30 hinggit jer, kena lak dengan kaler dinding rumah. Belek punye belek, terpikir lagi...iskh...senang ke nak pasang ni. Dulu beli meja study anak pun aku dok terkial-kial nak pasang. Mula la hot bila tersalah pasang, nak pulak terhilang satu skru. Maklum le, aku ni bukan seorang 'penyabar'. Karang tak semena-mena punah saje je benda alah tu... 

Isnin, 24 Oktober 2011

cuti lagik..

Hari ni, Isnin ( hari yg tak disukai ramai pekerja ) public holiday lagi tapi khas untuk mereka2 yang mencari rezeki di negeri Pahang Darulmakmur sahaja. Lusa lak ( tentulah hari Rabu, kan..) kaum India akan sambut Deepavali, bermakna public holiday lagi. Kompem la ramai staff apply cuti rehat hari Selasa, dah alang2 je selang sehari nak gi keje, kan...  tak terkecuali la aku. Sebenarnya aku sayang gak kat cuti aku yang dah tinggal sejemput tu. Malas nak ambik cuti tapi terpaksa jugak bila memikirkan ramai yang mohon cuti hari Selasa tu. Bukan apa, biasanya setiap petang Selasa aku akan ambik off petang sebab nak antar dan ambik anak sulung aku dari kelas tuisyen. Kelas start kul 3ptg sampai 4.30ptg. Kalau aku tak ambik off, nanti kengkawan sekerja jeling menjeling kat aku sebab mengulau 2 kali. Aku pun tak suka nak 'berbulu' kan mata kengkawan sekerja. Dah kalau ramai ngat bercuti, tentulah aku punya 'supervisor' tak benarkan aku off, kan..
Ambik cuti hari Selasa bermakna 5 hari la aku tak jejak tempat keje. Syok memang syok tapi yang tak syok pun ada gak.... pasal cuti saja, dok bertapa kat rumah. Nak jenjalan pun tak berapa nak syok pasal 'big boss' takde kat rumah. Tak kuasa la nak bawak anak-anak aku yang tersangat lasak ni gi shopping tingkap, nak pulak si kecik tu.. kang dia ternampak benda yang dia berkenan kang, haru... selagi tak dapat, selagi tu tak berganjak. Tak pun nanti satu mall dengar suara lemak merdu aku ni. Nak bawak ke tempat riadah pun, pikir dua tiga kali bila mendengar guruh di langit dan melihat awan2 nano yang mendung....

Ahad, 23 Oktober 2011

12th anniversary


Pejam celik pejam celik, dah 12 tahun aku bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Wan Mohd Sabri bin Mukhtar. Rasa sangat gembira dapat sampai ke hari ini dan aku berdoa semoga perkahwinan yang dibina atas dasar rasa sayang, kasih dan cinta ini, akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aku juga berdoa semoga Allah akan satukan kami semula di syurga...amin.


Selama 12 tahun ni, kami amat bersyukur dikurniakan 3 orang cahayamata yang menjadi penyeri hidup kami. Seorang puteri dan dua orang putera. Dan kini Allah memberi kami rezeki lagi dan insya Allah, cahayamata kami yang ke 4 akan melihat dunia pada pertengahan Februari tahun depan (2012).
*****************************************************************************
Kepada suamiku, aku tahu aku bukanlah isteri yang terbaik dalam dunia ni tapi aku akan cuba untuk jadi yang terbaik buat kamu. Aku amat bersyukur ditemukan dengan kamu yang menerima baik burukku seadanya. Kesabaran, ketabahan dan keprihatinan kamu menguatkan lagi rasa sayang aku pada kamu. Terima kasih kerana menjadi seorang suami & ayah yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Terima kasih juga kerana sentiasa berdoa untuk aku dan anak-anak. Terima kasih kerana sentiasa memimpin aku dan anak-anak ke jalan yang diredhai-Nya........

Isnin, 17 Oktober 2011

Mak


Hari ni, 17hb. Oktober, 2011, genap 2 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami buat selamanya. Terkadang bila rasa rindu bertandang, bergenang juga airmata. Seringkali timbul rasa kesal, rasa terkilan, rasa sedih sebab tak berada disisi arwah mak di saat dia 'pergi'. Kekadang tertanya pada diri sendiri, apakah arwah telah mengampunkan segala salah silap aku padanya dari kecil hingga aku bergelar isteri orang... hanya dia & Dia saja yang tahu.
Sebagai anak, aku tidak pernah lupa dan tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraan arwah mak 'di sana'. Itu tanggungjawab yang wajib aku pikul selagi Allah meminjamkan nyawa ini kepada aku. Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah mak. Semoga Allah melindungi roh, jasad dan pusara arwah mak. Semoga Allah merahmati hidup dan mati mak. Semoga Allah menempatkan arwah mak di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi-Nya..... Amin..

Sabtu, 8 Oktober 2011

aduyai anak..

Aduyaiii....tensen betul dengan anak-anak zaman sekarang. Satu kita cakap, lebih dari sepuluh dia kasi reason. Garang salah, lembut pun salah. Nak dipaksa sangat, salah...kalau dibiarkan aje lagi la salah, kan...

Periksa akhir tahun, seminggu je lagi. Bila disuruh baca buku, dia ambik je buku tu baca saja tapi tak masuk ke kepala. Pastu boleh lak create satu cerita dari gambar dalam buku teks tu yang takde kena mengena dengan topik dalam buku tu ha, siap dengan sound effect sekali. Yang tak tahan tu, buku matematik yang di bacanya. Bila kita tegur, buat latihan, jangan dok baca je. Katanya, ibu suruh baca buku, diorang baca la. Salah ke ayat aku tu ek... Payah betul nak mengajar bebudak yang terlebih bijaksana nih. 
Kalau mengadap tv, lebih lebih lagi cite kartun ataupun main games kat komputer tu, tak yah susah-susah kita nak suruh-suruh. Tak makan, tak minum pun takpe. Bahasa jepun sekalipun diorang paham....heran gak aku. Terpikir lak , bila aku bercakap...aku sorang je ke yang dengar bahasa melayu tapi diorang dengar aku cakap pakai bahasa alien....agaknya kot...sebab tu diorang buat dek je.


Hubby ada gak cakap kat aku, suruh kurangkan aktiviti anak-anak tengok tv tapi nak buat lagu mana? Bukan macam tv zaman dulu yang ada peti tv siap ngan kunci. Kekadang rasa serba salah juga, nak dibuang astro tu kang, mata kita lak tak tahan menengok hujan rintik2 kat kaca tv tu ha. Jenuh lak nak ngejas arial bila nak tukar channel. Nak dibuang line internet, payah lak aku nak meng update blog ni ha.... Nak  buang komputer....acer giler, bukan singgit , dua inggit nak dapatkan sebuah...huhuhu