Khamis, 21 Jun 2012

barang dapur 2

Pagi ni awal2 lagi dah gerak cik abang suh bangun. Semalam kan dia dah janji nak gi pasar basah. Tak larat dah tekak tua aku ni nak makan ayam je hari2. Kat pasaraya pun ada jual ikan tapi dia kata yang frozen punya. Tu pasal la dia tak berapa berkenan nak beli. Dia jugak yang bagitau kat aku yang sini pun ada ikan fresh kat pasar. Aku ingatkan takde... ye la kan, ada jugak ke nelayan kat sini? Dia cite kat aku yang pasar basah kat sini di monopoli orang India. Orang Arab mana pandang keje2 busuk cenggini kot...

hasil dari ke pasar hari ni.. hmm..macam2 ada, sampai tak tau nak masak apa dulu..
telur asin kita kulit mmg kaler putih psl telur itik & disalut dgn serbuk hitam,
telur asin skt sini kulit dikalerkan pink, maybe nak bezakan dgn telur biasa kot..
bila rebus kaler pink tu hilang. Tak pasti lak telur itik @ ayam sebab
mcm sama je dgn telur yg biasa. Rasa dia sedap, tak masin sgt.
teringin nk mkn sadin, puas cari kot2 ada terselit sadin cap ayam kt sini tapi hampa....
ni je yg mr hubby berani nk beli.... MILO???.. aisehhh, teringat lak kt 'milo ais'..
Lepas siap kemas2 barang yg dia beli tu, dia pun sambung tido pasal nak masuk keje petang hari ni. Nak cukup rehat katanya. Pastu tanya aku nak masak apa. Aku jawab, banyak ngat menda ni, masih blur nak masak apa. Siap masak kang, baru kejut dia untuk lunch...

hehehe... sebanyak-banyak menda mr hubby beli kt pasar,
 nasi goreng cina je yg aku masak untuk lunch,
  nasib baik sedap, mkn lak ngan sambal belacan lebih kelmarin...
4 put nasi pun tak cukup... hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan