Rabu, 27 Jun 2012

panas

Aduila.... lepas mandi je, kulit muka terasa tegang. Bukan kategori tegang sebab makan jamu awet muda tau, tapi tegang sebab kulit muka makin kering. Ni bukan ngilangkan kedut dah ni, makin menambahkan kekedutan ada la kan, pasal kulit muka kering dan mengelupas. Bibir pun naik ulser dan pecah2. Apa ke tidaknya, kat rumah ni ha.. airkon terpasang 24jam sehari, 7 hari seminggu... Kalau kat Malaysia ni, mau melambung-lambung bil letrik umah den.. huhuhu 

airkon ni tak rehat2, bunyi pun sama kuat ngan bunyi
kapal terbang.. sakit telingo dibueknyo.
tu tampal keliling tu nak elak habuk dari luar masuk dlm rumah

adakala sampai 44 C tau, kita kat Msia baru
cecah 30 C pun dah rasa terbakor muka

budak manja ni nak suruh taruk lipbalm kat bibir dia.
Abih jahanam ibu punya lipgloss dia bantai.

Bukan sengaja takmo tutup airkon tu tapi kang kalo tutup, mau pengsan anak-beranak dalam rumah sewa (err... rumah ker???) ni kang. Kurang oksigen. Takde ruang udara. ada tingkap, nak bukak tak boleh. Musim2 'kehangatan' macam sekarang ni, tak dibuat dek orang bukak2 tingkap segala. Lainlah kalau dah takde keje lain nak buat selain dari ngelap lantai, ngelap dinding, ngelap perabot dan pelbagai perkara 'mengelap' lagi la, kan. Suka2 nak menempah debu2 a.k.a pasir halus masuk dalam rumah. Bukan calang2 debu, silap2 muka orang dalam rumah boleh jadi macam pakai tepung gomak kalau tetiba ribut pasir melanda (cari dalam google image, boleh tgk cemana rupa ribut pasir tu).

Kat sini, sidai kain dalam umah pun, 4,5 jam dah boleh lipat tau. Imagine la panasnya lagu mana (tapi still tak terlawan panas lagi 'kat sana' esok2 kan). Air paip kena tadah siap2 dalam baldi sebelum nak guna untuk mandi dan basuh apa2 yg patut, pasal tangki air berjemur kat atas bumbung tu.... Ater... kalau tak ditadah dulu, maunya menjerit nak basuh berak kencing nanti. Macam guna air baru didih la kan, mati segala bakteria....


ada baiknya jugak org pompuan kt sini
kena pakai gini... muka tak kena panas, tak  kena debu
dan paling baguih, tak yah nak bermekap2 nk kuar.. ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan