Masuk hari aku update blog ni, pejam celik pejam celik dah dua minggu dah aku berada jauh dari tanahair. Rasa macam baru semalam aku gayat naik kapal terbang dengan seram sejuk pasal takut ngalahkan budak kecik... iskh..iskh... kampung betuiii.. ( alamak, terkantoi sudaa... )
Hari pertama aku kat sini, dah start pun acara masak-memasak ni. Bukan apa, takut tak tertelan makanan orang sini. Kebetulan pulak, bekas penyewa rumah yang mr hubby sewa sekarang, banyak jugak tinggalkan rete2 dapur diorang termasuklah stok2 rencah2 segera & stok2 bahan kering yang lain. Aku agak suri kat rumah ni dulu memang terer bab masak-memasak ni sebab aku perati pelbagai saiz periuk belanga, pelbagai jenis senduk sudip... siap ada oven, mesin bancuh nak buat kek pun ada... ( kata mr hubby, penyewa lama jual semua benda dalam rumah ni kat dia ) Kebetulan yang satu lagik... rumah dekat dengan pasaraya yang ada jual bahan basah, so dekat je la nak suruh mr hubby pi beli..
Aku sendiri rasa masakan aku kat sini tak sesedap yang aku masak masa kat Malaysia ( cewahhh, pasan jap ) pasal bahan2 tak lengkap. Pakai taruk je apa yang ada. Yelah, mana nak cari bahan2 macam kita masak kat tempat sendiri, nak2 pulak selera masakan kita ngan orang sini, beza la jugak. Pernah la sekali tu mr hubby bawak kitorang pi mall nak beli bahan2 mentah nak masak... telan air liur la aku pasal barang2 yang biasa2 kita guna kat Malaysia, kat sini sangatlah mahal beb. Kata mr hubby, barang yang diorang jarang guna, harga barang tu jadi tinggi. Pastu bila lalu kat area sayur2an, makin terserlah kedut kat dahi aku bila tengok sayur diorang ( terutamanya yang jenis berdaun hijau ). Pada aku semuanya pelik dan tak tau orang kat sini masak sayur tu macamana. Aku cuma kenal terung, bendi, bunga kobis & kobis ( spesis kobis yang amatlah keras dedaunnya )Yang pastinya, semua sayur spesis 'layu di tasik madu'....
sambal belacan den kaler hijau sbb lada merah amatlah payah nak jumpa kat sini |
pakai yg powder... bau xbest, pakai yg tin...cair la pulak. Nasib baik jiran bgtau kt mana ada jual kelapa parut.. |
Hari kedua ( ehh.. kedua ke ketiga, aku tak ingat ) kat sini, jiran sebelah kasi kari ikan. Aku simpan dalam peti sejuk je sebab kebetulannya kitorang baru selesai makan malam.. ( malam kerrr.. ) tapi mujur benarlah jugak sebab memang dalam peti cuma ada telur je 3,4 biji & kebetulan mr hubby terlupa singgah pasar masa balik keje malam. Boleh jugak la kasi perangat buat lauk untuk lunch.
Aku syukur sesangat dapat jenjiran senegara yang baik2. Selalu kasi makanan. Segan giler pasal kitorang lak tak kasi diorang apa2. Nak kasi lauk... uiihh.. segan la pasal diorang punya masakan rasanya lebih superb dari aku... lagipun tak reti la aku nak masak dengan bahan yg serba 'kekurangan' ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan