hmm.. pagi tadi aku & mr hubby keluar. Hajatnya nak gi klinik atau spital, bawak si kecik. Bukan sakit atau apa cuma aku risau sebab dia belum ambik dos ketiga vaksin tiga serangkai tu. Patutnya kena ambik masa umur si kecik genap 4 bulan ritu (14/6/12) tapi ayah dia sibuk manjang. At last aku bagitau kat dia, esok2 anak sakit jangan salahkan aku pulak.
Dah dua spital kitorang gi tapi dua2 bagitau nak ambik vaksin tu boleh tapi cuma hari Isnin & Selasa. Tak tau nape. Dah prosedur sini gitu, kenalah I follow ye tak. Ada gak yang suggest gi klinik gomen tapi pikir punya pikir, leceh gak sebab nak kena daftar dan buat appointment dulu. Dapat appointment baru boleh datang untuk cucuk. Leceh la, kan. Kang tarikh tak kena ngan time keje ayah dia kang, payah lak.
Nak tak nak, esok kena keluar lagi bawak si kecik. Selagi tak cucuk, selagi tu hati aku tak senang. Maklum je la, masa lahir ritu tak cukup oksigen la, kurang gula dalam darah lah... tiga minggu lepas tu masuk wad lak seminggu dek bronkolitis... Ni pulak kat sini dengan cuaca panas, kering dan berdebu....iskh, kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati, kan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan