Khamis, 7 Jun 2012

@ Jubail

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat jugak aku jejak kaki di negara padang pasir ni. Macam-macam halangan jugak pada awalnya. Aku ambik cuti tanpa gaji setengah tahun untuk ikut hubby. Awalnya nak ambik cuti tanpa gaji tu untuk jaga anak kecik kt umah tapi terpikir gak, alang2 cuti tu.... cuti jejauh sikit.... hehehe...
tempat tak glamer, ramai yg tak tau... so, check kt google map la ye tempat yg bertanda A tu
Bukan Dubai tapi Jubail. Ramai yg tak familiar dengan nama bandar ni sebab ni kawasan perindustrian & bukan kawasan perlancongan utama bumi Arab ni. Sekarang musim panas sesangat. Tak kuasa nak keluar rumah. Debu-debu penuh kat luar, usah kata di luar rumah, dalam pun sama.
tengok tu... tingkap penuh debu pasir halus. Kete2 kat bawah tu pun penuh ngan debu
anak bujang sempat posing depan kwsn rumah sewa  (tingkat satu)
pandangan ke kiri, kanan & depan rumah sewa
Tak banyak gambar yang dapat aku share kat sini. Masa sampai sini kelmarin hari dah gelap, tak nampak apa yang nak di ambik gambar. Ni dah masuk hari ke 3 aku kat sini tapi belum berkesempatan nak keluar pusing-pusing bandar. Maklum je la, hubby keje... kat sini tak macam Malaysia, orang pompuan takleh kuar umah suka hati. Kena ada muhrim lelaki. Nak drive sendiri?.... rentikan la... pompuan bawak kete hukumnya 'HARAM' kat sini... huhuhu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan