Khamis, 25 November 2010

novel

Baru saja menghabiskan bacaan novel yang beli minggu lepas. Senyuman Manismu, karya Rania Firdaus. Baru first time baca karya minah ni. Ok. Gaya penulisan kena dengan citarasa aku. Penceritaan pun ok, tak berat sangat kepala otak nak pikir. Bahasa pun tak berbelit-belit. Cerita dia mengisahkan ....oppss... aku ingat kalau korang nak tau beli sendiri laaaa....kan..

Lama gak tak mencuri-curi masa untuk sesi pembacaan novel ni. Sejak ada 'facebook' (fb) la kot. Asyik melayan pelbagai jenis games dalam fb, sampai takde masa nak ngadap novel-novel tu lagi. Segala jenis kedai, segala jenis ladang aku ada di alam maya nih. At least merasa jugak jadi taukeh walaupun di alam maya. Realiti......hmm....tetap dan berpencen la hidup makan gaji ngan gomen.
Dari zaman sekolah lagi, cukup gemar baca buku cerita terutamanya siri penyiasatan Alfred Hitchcock versi melayu. Buku-buku kisah-kisah dongeng timur dan barat pun menjadi peberet aku. Naik ke sekolah menengah, mula beralih kepada novel-novel remaja. For sure la kisah-kisah cinta jadi keutamaan. Ismail Sarbini, Khadijah Hashim, Ahadiat Akashah....antara nama-nama penulis novel remaja yang aku ingat zaman aku remaja dulu. Sekarang ni, novelis keutamaan aku, Damya Hanna, Fauziah Ashari, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem, & Mat Romeo. Senang dengan gaya penulisan diorang. Jalan cerita lak, mestilah yang lebih sesuai untuk 'remaja purba' macam aku ni. Majoriti novel yang aku beli sekarang ni, berkisar kepada kisah rumahtangga, tentang kehidupan. Yelah, takkan nak aku baca kisah cinta remaja lagi, kan. Tak sesuaiiiii....
Seingat aku hampir 100 buah novel yang aku dah beli tapi sayang, angka yang ada dalam rumah aku sekarang, dah tak sama dengan angka 100 tu. Ada yang rosak dimakan anai-anai masa kat rumah sewaan dulu. Dan yang sadisnya, banyak yang dipinjam orang dan dibuat harta sendiri oleh orang-orang yang meminjam itu. Tapi tak semua peminjam la buat kerja gitu, kan. Frust jugak, tak kasi serba salah pulak. Kang diorang kata aku ni kedekut ilmu pulak. Aku nak gi mintak balik, segan. Ada jugak yang aku gi tebalkan muka mintak balik tapi si peminjam kata dia dah pulangkan, tak tau la dia pulangkan kat siapa sebab aku takde terima lak. Dan yang paling buat aku geram habisss.......hok jenis dah la pinjam buku kat kita, pastu suka-suka mak bapak dia gi pinjamkan kat orang lain pulak.
Percaya atau tidak, kadang-kadang baca novel pun boleh terbawa-bawa watak dalam novel tu. Bukan tengok filem hindi je nangis tau, baca novel pun boleh nangis. Ketawa dan senyum sorang-sorang tu dah jadi perkara biasa bagi pembaca novel sama seperti orang yang dok baca sms.
Sekarang ni, anak dara aku pun dah tunjukkan minat yang sama. Kebetulannya cuti sekolah ni, aku beli banyak buku cerita kat dia untuk isi masa. Secara tak langsung, boleh bantu dia dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Belajar membuat atau mengatur ayat dengan betul. Maklum aje la, anak aku tu sekolah cina. Cikgu BM nya pun cina...... that's why ayat bahasa melayu anak dara aku tu sedikit berteraborrrrr..... usahkan kawan-kawan dia, aku pun kadang-kadang tak paham dia nak cerita apa.....;p


Tiada ulasan:

Catat Ulasan