Khamis, 30 Ogos 2012

unta...

Ni la yang orang banyak dok kata tu.... 'sesuatu yang berlaku itu, ada hikmah disebaliknya'... Mujur jugak kami ikut jalan yang bengkang bengkok ditunjuk arah oleh en Garmin hari tu. Betul-betul sampai atas bukit, ada macam taman tema pulak... macam funfair pun ada..... taman tema air pun ada ( tapi korang jangan dok mimpilah pompuan pakai bikini pun ada ek..)  tak sangka gak bumi arab ni banyak buat tempat riadah untuk rakyat dia. Disebabkan kete banyak, nak bawak slow kang kena hon (untuk pengetahuan... orang arab bukan penyabar.. huhuhu) nak berenti tepi jalan pun sempit.. tak dapatlah aku nak menyenep gambar-gambar sekeping dua taman-taman tema kat sekitar tu. 

Tak pasal-pasal anak-anak terliur nak nak si unta yang berhias cantik tu. Sekali round kenalah sr10. Ok la tu. Aku kena jaga baby dalam kete sebab dia baru je lelap mata. Kalau dikejut kang, maunya sepanjang jalan ngamuk sakan. Frust gak, tak dapat nak snap-snap gambar permandangan yang cantik kat situ. Somi aku pemalu la sikit, tak macam aku, lagak sorang pelancong baru datang kat tempat orang.. kamera (actually guna kamera henpon jer..) tak lekang kat tangan.. Ni kalau baby tak tido, kompem ngan aku sekali kat atas itu unta.. siannnn untaaaa...





Takpelah, tak dapat naik atau pegang unta sekalipun... yang pasti pagi raya sebelum tu, aku dah baham rendang untaaa.... hehehehe

umrah..


Alhamdulillah... impian aku nak tengok kaabah dengan mata kepala sendiri dimakbulkan Allah swt. Aku pernah terniat dalam hati, nak jejakkan kaki kat depan kaabah sebelum tuhan ambik nyawa aku. Dapat buat umrah pun dah syukur.. nak tunai haji tu, ada rezeki...ada la peluang akan datang. Buat masa ni, keadaan belum mengizinkan untuk aku melaksanakan kewajipan rukun islam yang satu itu.
kali 1st gi Makkah, kena pakai niqab sebab masa ni
sewa kete ngan drebar nya sekali
Kali pertama aku dan anak-anak ke Makkah, 28/06/12 yang lepas. Hajat utama sang suami nak bawak isteri dan anak-anaknya tunaikan umrah tapi sayang sejuta kali sayang.. dekat nak sampai tempat bermiqat, bulan jatuh pulak ke riba (paham-paham sendiri la...kan..). Penyudahnya aku dan baby terpaksa lah bertapa dalam bilik hotel tatkala sang suami bawak anak-anak yang lain menunaikan umrah berempat beranak. Frust giler sebab dah sampai Makkah tapi tak dapat masuk dalam Masjidilharam... tak dapat tengok kaabah. Redha je la yang Allah belum nak 'pilih' aku untuk jadi tetamu-Nya, walau dengan rasa ralat.
cinta hatiku berlatarbelakangkan kaabah

gelagat anakanda permata bonda

kami...
23/08/12, akhirnya giliran aku jadi 'tetamu' kaabah, sampai juga. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

permandangan yang agak seram sejuk tapi indah.. Subhanallah..
Balik dari Makkah, kami ikut jalan bukit (itupun gara-gara ikut sangat si Garmin). Pening jugak nak nyampai kat atas. Jalan berlengkor-lengkor macam ular kena palu. Macam nak gi Bukit Fraser tu tapi aku rasa yang ni lebih tinggi dari tu kot (tah... tak check lak peta geografi). Bukit Fraser tu tak gerun sangat sebab nampak pokok kiri kanan tapi yang ni, jelas dan nyata nampak gaung yang berbatu-batu... seram sejuk dibuatnya.. Kali pertama datang ritu kitorang sewa teksi, so en driver teksi dah tau jalan.. kali ni suami aku kompiden nak drive sendiri, terpaksa la follow the Garmin..

Selasa, 21 Ogos 2012

cite di pagi raya...


Tahun nilah pertama dan terakhir, aku sambut Aidilfitri kat luar Malaysia. Anak-anak lak, raya tahun ni first sambut kat negara orang tapi tak nak la kata the last, kan... manalah tau rezeki diorang dapat belajar atau dapat keje kat luar Malaysia bila besar nanti, kan... Insya Allah...
Sambutan kat sini takdelah semeriah kat Malaysia tanahairku tercinta. Biasa-biasa je... (err... macam tak raya je rasa)....
Malam nak sambut raya, masing-masing segar bugar biji mata. Sanggup berjaga sampai ke pagi. Lepas solat Aidilfitri, semuanya makan tak hinggat.. lepas makan, mata masing-masing mulalah layu di tasik madu...  aku orang kedua yang tumbang selepas si kecik. Yang lain-lain tak tau bila diorang masuk bilik terjangkit tumbang jugak. Tatkala rakyat Malaysia yang lain di Jubail berseronok berkumpul dan menikmati juadah bersama-sama, kitorang anak beranak dah hanyut dibuai mimpi indah... sedar-sedar dah dekat masuk asar. Mujur sempat solat zuhur. Itupun dikejutkan dek bunyi sms jemputan open house rakan si suami... huhuhu..
comei kan diorang tido... :)

bunga api

Masa keluar beli barang nak masak pagi raya, nampaklah ramai kaum hawa yang berjualan di kaki lima... bukan jual kuih, tapi jual pelbagai jenis bunga api dan mercun. Alang-alang lalu tu, si suami pun beli lah 3,4 paket bunga api untuk anak-anak dia main... sian budak, bosan duk umah katanya..

Jiran balik raya kat Malaysia,
so main tiga beradik je la...

lilin takde, terpaksa la ayah jadi lilin..
(penghidup mancis...hehehe)


juadah pagi raya..

Hajat hati nak story panjang-panjang macam biasa kat sini tapi mood nak mengadap pc tu kureng sikit... al maklum le, mentare nunggu pagi raya.. badan penat berperang kat dapur sendirian menyiapkan juadah pagi raya. Sampai saat ni pun, badan rasa lesu sebab tak cukup tido. Semalaman tak tidur pasal keje kat dapur beres jam 12.30am, pastu aku ngan hubby bawak budak naik ke anjung apartment. Saje layan anak-anak main bunga api. Abih main bunga api tu dah dekat kul 2pagi. Alang-alang je nak dekat subuh (subuh di Saudi dalam kul 3.40pagi) takkan nak tido, kang terlajak lak. Lepas subuh pun tak tido pasal kat sini diorang buat solat sunat Aidilfitri tu awal. Kul 5 pagi orang dah start sembahyang raya. Kalau kat Malaysia, pukul 8 lebih baru gerak ke masjid, ye tak.. Dah sambil-sambil nunggu kul 5 tu, aku kerah la anak-anak bergotong-royong bersihkan rumah... (mujur le rumah sewa ni sekangkang kera je..)..

Ini je la yang sempat aku sediakan di pagi Aidilfitri 2012 di bumi Jubail ni.. serba kekurangan. Kira boleh la untuk isi perut kitorang anak beranak....

rendang unta & rendang ayam, makan
ngan pulut kuning je la... lemang takde..
nasi impit kuah kacang, bihun goreng
my boys' request...
macam biasa la sayur takde.

puding jagung kastad.. terlembik sikit.. ;p
pencuci mulut wajib kat sini...kurma

Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Aidilfitri

abaikan muka si tudung hitam yg chubby iteww.... huhuhu
Buat semua yang mengenali aku, di hari baik bulan baik ni... aku meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andaikata ada ketelanjuran penulisan aku di blog ini yang menbuatkan hati kalian tercuit walau sebesar hama. Yang benarnya, tidak terniatpun  di hati aku ini untuk mengurisi sesiapapun disebalik penulisan di blog ini. Sekadar berkongsi cerita perihal rutin kehidupan aku tapi manalah tau kan, ada jugak perkataan-perkataan yang tersilap taip di minda aku yang buat kalian terasa. Maaf dipohon buat sekali lagi.

Pada mereka yang mengenali aku di dunia nyata, aku mhon kemaafan jua andaikata terlanjur perbuatan dan kata-kata yang menghiris hati kalian. Aku hanya insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan....

Selamat Meraikan Aidilfitri Dengan Rasa Ceria Dan Aman Damai.
~ hati-hati memandu alau di manapun destinasi kalian, biar lambat asal selamat sampai... jalan raya bukan tempat untuk menunjuk skill Formula One... hehehehe...

Selasa, 14 Ogos 2012

apam balik..

Sejak berada diperantauan ni, makin rajin pulak aku mencuba-cuba resepi kat blog-blog orang yang terer masak ni. Aku pun minat main masak-masak ni, tapi sekadar yang senang-senang je untuk tekak family sendiri. Nak jamu kat orang... iskh.. segan la pulak. Bukan reti sangat memasak ni. Yang cincai-cincai je. Memang tabik spring la aku kat bloggers yang terer bab masak-memasak ni. 
Semalam terasa nak mencuba buat Apam Balik. Macam biasa la, rujukan utama... Makcik Gugel. Tengok resepi dan cara buat... la.. senang giler. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Resepi ni hasil dari olahan semula resepi-resepi para masterchef kat rumah Makcik  Gugel ni.

Bahan untuk apam/pancake

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
11/2 cawan air masak
1 sudu teh sodium bicarbonate
1sudu teh baking powder (tapi kalau dah guna tepung naik sendiri tu, takyah taruk la menda ni)

Bahan untuk tabur

Kacang tanah yang dah di kisar
Gula pasir
Jagung dalam tin yang spesis berkrim

Planta/margerin untuk sapu kat kuali

Cara buat dia;

Pukul telur ngan gula sampai kembang, pastu taruk la sodium bicarbonate dan baking powder tu dan pukul lagi sampai sebati. Masukkan air sikit-sikit dan kacau sampai sebati. Then boleh la masukkan tepung sikit-sikit sambil kacau tau. Kalau tak nanti, berketul-ketul lak jadinya.. lagi senang kalau pakai mesin buat kek tu. Aku kat sini guna manual je la.
Panaskan kuali seeloknya guna yang non-stick pan..... nak elok lagi pakai kuali tembaga yang khas untuk buat apam balik tu ha.. hehehe.... Kuali dah agak suam-suam kuku panasnya, sapukan margerin kat kuali tu. Pastu masukkan sesenduk adunan tadi dan ratakan... (ala.. macam buat lempeng tu la, takpun macam buat telur dadar).. biar sekejap, api jangan kecik sangat dan jangan besar sangat. Sedang-sedang saje... Bila nampak macam nak jadi berlubang-lubang tu, sila taburkan gula ikut suka la nak banyak mana. Aku suka tabur lebih sikit pasal nak kurangkan rasa payau sodium bicarbonate tu. Pastu taburkan kacang yang dah dikisar. Kalau malas nak goreng kacang tu, guna je readymade salted nut yang selalu buat kudapan tu ha. Kisar je sikit. Untuk yang alahan kat kacang tanah lak, boleh ganti dengan kacang hazel ke, kacang gajus ke atau badam pun boleh kot. Jangan tertinggal lak cik jagung berkrim tu. Taruk la sesudu dua. Nampak kulit cam nak garing sikit, boleh la lipat dua kan apam balik tadi. Pastu pindahkan ke pinggan. Makan panas-panas lagi best. Nak lagi best, sapu margerin kat kulit dia... perrrgghh... lagi syiok. Manis-manis lemak masin gitu....
tadaaaa..... jadik pun. Walau rupanya tak secantik kat pasar malam tu,
tapi cukup cantik di tekak laki & anak-anak aku... licinnnnnnnn...


Jumaat, 10 Ogos 2012

Kad raya...

Pejam celik, pejam celik... dah masuk 3 minggu umat Islam berpuasa. Maknanya tinggal lagi seminggu nak raya. Kompem la minggu depan jalan- jalan utama penuh sesak terutama belah-belah negeri Pantai Timur gitu. Maklum la, orang Pantai Timur ni rajin sikit..... rajin merantau mencari rezeki... cewahh.. Yang terer nya bila time musim raya gini, dan-dan tu la ramai yang jumpa jalan shortcut. Tapi bila ramai yang dah jumpa, jalan shortcut pun takde maknenya...  sama jenuh la bawak kete merangkak-rangkak macam kat highway. Orang yang pakai kete auto, bernasib baik lah. Orang yang pakai kete manual ni, standby minyak urut la dalam kete, mau cramp kaki nanti.. huhuhu

Dah 3,4 tahun aku cuba menghidupkan semula tradisi menghantar kad raya. Mula-mula hantar pada family. Pastu bekas rakan sekerja. Pastu bila era aktif pesbuk bermula, makin teruja sebab lagi banyak rezeki abang-abang posmen boleh buat overtime. Suka tau. Aku ni nganto kad raya tak minta dan tak harapkan 'pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas' (alamak, teringat lak loveletter zaman cinta mon... eh, kitorang manusia la.. tukar-tukar... zaman bebudak sekolah ;P) tapi ada juga yang member yang rajin nak balas. Lagi suka. Siap tunjuk kat anak-anak. Diorang bukan tahu kad-kad raya ni, yang diorang ingat... 'kad besdei'.. 
pinjam gambar dari google, nak order sila klik link kt bawah ni ha..
http://sararisa-craft.blogspot.com/2012/08/kad-raya-tea-bag-folding-collection.html
Sayang sekali, aktiviti penghantaran kad raya tahun ni, terpaksa aku pospond ke tahun depan. Maklum je la, tahun ni berada jauh di perantauan. Kad raya pun takde jual kat sini. Poskad ada lah tapi tinggi la sikit kosnya. Setem aje SR3. Bajet takde dah kebetulan pulak sedang ber CTG ni.. Kang hantar kat sorang dua, berasa hati lak yang lain. So, tahun ni aku antar kad raya versi alam maya je la kat laman sosial ek...

ammar...

Tahun ni anak aku yang no tiga, si Ammar, baru belajar berpuasa. Dia baru 4 tahun tau. Walaupun dia belum paham apa itu puasa, aku rasa teruja la sangat sebab dia berjaya jugak tahan lapar dan dahaga dalam masa lebih kurang 15jam. Waktu puasa kat Jubail ni, panjang sikit la dari Malaysia. Adakala extra 2,3 jam dari Malaysia. Cuaca pulak, paham-paham aje negara padang pasir ni kan.. melebihi 40'C.
Si Ammar ni, kalau tak puasa pun.. dia bukan makan minum sangat. Setakat minum segelas air, pastu tak makan ngan minum dah, sampai la time orang beriftar. Bukan sebab dia ni jenis tak menurun faktor genetik ibu dia yang suka makan ni (tengok body pun tau..hehehe)  tapi sebab dia takde rodong nak makan sama. Sorang-sorang, mana best.. takleh gado rebut-rebut lauk, kan.....

lagi setengah jam nak beriftar,
muka letih tapi masih bertahan. ..

lagi 10 minit nak beriftar,
siap nangis merayu nak minum air.. siann
Aku tahu yang ada jugak anak orang lain yang boleh berpuasa seawal umur 2,3 tahun tapi mak-mak diorang takdelah terlebih teruja macam aku, nak cite kat semua orang. Meh aku nak highlight kan kat sini. Itu anak orang, bukan anak aku. Aku cerita pasal anak aku wehhh..

yeayyy... berjaya juga,
esok pose lagi ye sayang
... ;)
Sehingga hari yang ke 21 Ramadhan ni, dia dah dapat 13 hari berpuasa. Ok la kan dari abang ngan kakak dia yang start berpuasa bila masuk darjah satu. Abang ngan kayak lak ok la jugak berjaya  berpuasa dari darjah satu. Lebih baik dari ibu dia yang start berpuasa masa tingkatan satu (kantoi sudaa). Itupun sebab dah masuk era WAJIB pasal dah datang bulan....

Isnin, 6 Ogos 2012

sedey kah aku?...

Tak tau kenapa, hari ni mood terasa merundum semacam. Jap-jap terasa airmata tu bergenang je.
Mungkin ke sebab ;
~ dah tak lama nak raya tapi aku masih diperantauan,
~ atau rindu kat keluarga yang jauh di mata, 
~ atau kecik hati sebab bercakap tapi bagai mencurah air di daun keladi, 
~ atau sebab orang tak mau cuba faham apa yang aku mahu,
~ atau sebab otak letih dek tak tidur semalam penangan kopi aik cheong kaw-kaw seteko selepas beriftar,
~ atau tak dapat makan eskrim Baskin Robbins free dek Dato' Lee dah kalah ngan China ...... 
~ atau mungkin petanda bulan mahu jatuh ke riba....
~ atau mungkin ini satu petanda .... jeng,jeng,jeng ...............

.................huhuhu



Ahad, 5 Ogos 2012

berat naik lagi.....

Aduhai.. baru tersedar, pertambahan lemak-lemak tepu semakin menular dalam badan tuan punya angahmimi@her_blog ni (baru tersedar la kononnnn...). Sebelum ni hari-hari dok ngulang pinjam t-shirt my hubby yg bersaiz triple xl tu ha, mana la nak pasan (terpaksa pakai baju dia sebab tak bawak banyak baju masa datang kat bumi Arab ni).  Ater bila pakai baju sendiri tetiba terasa terserlah kesendatannya itewww.... oh tidakkkkk....!!!
Tu la kan, bila hati senang, jiwa tenang.... perasaan tu gembira ceria sokmo-sokmo, berbotol-botol ubat kurus pun dah tak berfungsi lagi (alasan klise bagi spesis suka makan macam aku).... ;)

puding jagung banjir...

Musim-musim panas cenggini, mula la rasa nak makan benda yang boleh menyejukkan tekak. Hari tu buat agar-agar Milo tapi aku sorang je yang makan sesungguh. Yang lain-lain macam kureng je dengan agar-agar gitu. Makan pun sekadar takmo aku berasa hati kot.. huhuhu
Teringat pulak ritu my hubby beli bertin-tin jagung dalam tin. Yang creamy, yang tak creamy... pelbagai ande. Standby kalo lapar tengah malam katanya. Hmm.. tetiba keluar idea nak buat puding jagung. Apa lagi, mula lah start blog walking mencari resepi yang mudah. Hasil dari meng 'combine' resepi-resepi para bloggers maka jadilah ia... Puding Jagung Kastad Berkuah Syrup Koktail Berkastad Lemak Berkrim Disukai Ramai..... fuiiyoooooo... panjangnya nama... hehehehe. Ok la, nama pendeknya.. 'Puding Jagung Banjir'.

Bahan-bahan Puding;
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung berkrim
1 cawan santan
4 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam

Mula-mula bancuh tepung kastad dengan air. Bila dah larut, masuk semua bahan yang lain & kacau atas api yang tak kecik tak besar. Kacau jangan berenti, sambil menyanyi pun takpe asal tangan jangan berenti mengacau. Kalau tak, alamat jadi berketul-ketul la adunan tu nanti (pengalaman lalu... hehehehe). Bila dah nampak pecat, likat & berkilat ala-ala dodol tu... sila tutup api ye tuan puan. (macam dalam tv lak rase...). Cepat-cepat pindahkan dalam bekas yang sesuaiiiiiii.... Pastu simpan dalam peti sejuk dulu.

Bahan-bahan kuah;
1tin buah-buahan koktel
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastad
1 gelas air
1 sudu esen vanila
secubit garam

Bancuh tepung kastad dengan air. Campurkan kesemua bahan dalam periuk, pastu kacau jangan berenti jugak. Bila dia rasa macam suam-suam sikit, tutup je api. Tak payah sampai mendidih. Pastu simpan dalam peti sejuk.

Puding ni tersangatlah best makan bila dia sejuk, tapi kan, al-kisahnya... hari yang aku buat puding ni... dah cantik simpan dalam peti dalam 2,3 jam. Dah berangan betapa syioknya makan puding yang sejuk iteww. Aku hidangkan kat meja dan suruh my hubby makan dulu sebab aku nak solat isyak dulu. After solat, aku keluar bilik nak makan tengok pinggan..... licin sudaaaa... huhuhu. Nasib baik takde batu belah batu bertangkup kat sini... ;p

Saja nak share resepi ni, bagi yang dah terer tu... janganlah jebik pulak ek... resepi ni untuk mereka-mereka yang kurang mahir di dapur macam tuan punya blog ni ha

Rabu, 1 Ogos 2012

kuih keria tak jadi..

Bulan-bulan puasa gini, nak pulak duduk kat tempat orang.... mula lah tekak tu terasa rindu nak mentekedarah kuih-kuih tradisonal kita. Tetiba nak makan kuih keria a.k.a kuih gelang. Arwah mak aku selalu buat kuih ni masa zaman aku sekolah dulu. Nak cari kat sini, kompom takkan ada punya. Kalau donut tu bersepah-sepah la kedai jual, tapi regenye jangan dok mimpilah 3 singgit yek. Standard donut kedai Big Apple & Dunkin's Donut tu ha.. paling-paling koman pun ada jual kat hyper2 market bahagian bakery. Singgit lebih gak la seketul...
Dah alang-alang ke supermarket baru ni, try la jeling kot-kot ada ubi keledek jual kat situ. Ada jumpa tapi hok mahal tu la, bukan hok ubi keledek kampung kita tu. Dua ketul agak-agak besar tapak tangan, lebih kurang RM15 duit kita. Beli la jugak dah mengidam ngat nak makan.

Actually aku bukan pandai sangat bab-bab buat kuih ni. Nak kena belek resepi kat intenet dulu baru buat. Balik umah rasa excited je nak mencuba buat sendiri kuih keria tu. Dah siap rebus, siap lenyek.. aku pun campur la dengan tepung untuk jadikan macam doh tu. Uli-uli, lembek... pastu lekat kat tangan so aku dok tambah lagi tepung.. rasa mau dekat sekilo tepung aku masuk. Tiba masa nak membentuknya, still lembik melekat-lekat di jari... 10 biji yang pertama, nampak ok. Masuk yang seterusnya, ok la jugak walaupun..... Masuk yang ke 20 biji... ahhh.. takleh jadi ni. lauk berbuka tak masak lagi ni. 2 jam lagi dah Maghrib. At last, aku masukkan lebihan doh tadi dalam peti (ater dah dekat sekilo taruk tepung, tentulah banyak, kan..). Tak cukup kang, lepas berbuka nanti buat lagi... kononnye lah.

Nak dijadikan cerita, lepas terawih anak-baranak, aku pun dengan kompidennye goreng lah kuih keria tadi. Bila time makan, dengarlah suara-suara sumbang anak-anakanda.. "kuih ape ni, uii kerasnye!!!".. hahaha, memang keras giler tapi abih gak la kan (itupun lepas aku paksa anak-anak makan.. kejam tak??!).

betul kata pepatah omputih,
don't judge a book by it cover
rupa dah cantik tapi rasa... lembut sikit dari batu.. huhuhu
Esoknya aku pikir nak buang je lebihan doh semalam tapi sayanglah pulak. Aku ni memang spesis tak suka membazir terutama sekali makanan (tengok body la kan.. ). Tetiba muncul mentol lampu kat kepala hotak aku ni......... aku pun masuk doh tu dalam blender, tambah air panas secawan, garam sesudu. Blend kasi sebati. Pastu goreng. Siap goreng, dah sejuk sikit, aku tabur gula halus. Maka terciptalah Cekodok Keria Tak Jadi... hehehehe. Dan tak disangka-sangka, anak-anak aku berebut makan sampai tak tinggal untuk ayah diorang. Berbaloi la dari buang, kan...

taraaaaa..... Cekodok Keria Tak Jadi
Tapi satu pengajaran yang aku dapat dari sesi buat kuih hangat tahi ayam, jadinya tidak ni... nak buat sesuatu tu kena study betul-betul dulu. Masa kena sesuai. Paling penting.... KESABARAN kena ada beb..