Pejam celik, pejam celik... dah masuk 3 minggu umat Islam berpuasa. Maknanya tinggal lagi seminggu nak raya. Kompem la minggu depan jalan- jalan utama penuh sesak terutama belah-belah negeri Pantai Timur gitu. Maklum la, orang Pantai Timur ni rajin sikit..... rajin merantau mencari rezeki... cewahh.. Yang terer nya bila time musim raya gini, dan-dan tu la ramai yang jumpa jalan shortcut. Tapi bila ramai yang dah jumpa, jalan shortcut pun takde maknenya... sama jenuh la bawak kete merangkak-rangkak macam kat highway. Orang yang pakai kete auto, bernasib baik lah. Orang yang pakai kete manual ni, standby minyak urut la dalam kete, mau cramp kaki nanti.. huhuhu
Dah 3,4 tahun aku cuba menghidupkan semula tradisi menghantar kad raya. Mula-mula hantar pada family. Pastu bekas rakan sekerja. Pastu bila era aktif pesbuk bermula, makin teruja sebab lagi banyak rezeki abang-abang posmen boleh buat overtime. Suka tau. Aku ni nganto kad raya tak minta dan tak harapkan 'pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas' (alamak, teringat lak loveletter zaman cinta mon... eh, kitorang manusia la.. tukar-tukar... zaman bebudak sekolah ;P) tapi ada juga yang member yang rajin nak balas. Lagi suka. Siap tunjuk kat anak-anak. Diorang bukan tahu kad-kad raya ni, yang diorang ingat... 'kad besdei'..
pinjam gambar dari google, nak order sila klik link kt bawah ni ha.. http://sararisa-craft.blogspot.com/2012/08/kad-raya-tea-bag-folding-collection.html |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan