Tahun nilah pertama dan terakhir, aku sambut Aidilfitri kat luar Malaysia. Anak-anak lak, raya tahun ni first sambut kat negara orang tapi tak nak la kata the last, kan... manalah tau rezeki diorang dapat belajar atau dapat keje kat luar Malaysia bila besar nanti, kan... Insya Allah...
Sambutan kat sini takdelah semeriah kat Malaysia tanahairku tercinta. Biasa-biasa je... (err... macam tak raya je rasa)....
Malam nak sambut raya, masing-masing segar bugar biji mata. Sanggup berjaga sampai ke pagi. Lepas solat Aidilfitri, semuanya makan tak hinggat.. lepas makan, mata masing-masing mulalah layu di tasik madu... aku orang kedua yang tumbang selepas si kecik. Yang lain-lain tak tau bila diorang masuk bilik terjangkit tumbang jugak. Tatkala rakyat Malaysia yang lain di Jubail berseronok berkumpul dan menikmati juadah bersama-sama, kitorang anak beranak dah hanyut dibuai mimpi indah... sedar-sedar dah dekat masuk asar. Mujur sempat solat zuhur. Itupun dikejutkan dek bunyi sms jemputan open house rakan si suami... huhuhu..
comei kan diorang tido... :) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan