Jumaat, 26 Oktober 2012

raya haji..


Rasa macam baru lagi kita sambut raya puasa.. hari ni dah raya lagi. Raya haji pulak.. kalau kat tempat aku biasa orang panggil hari raya korban. Bagi negeri kelahiran aku, Pahang Darulmakmur.. raya haji ni taklah disambut semeriah sepertimana raya puasa. Yelah, raya haji ni kan sempena meraikan mereka2 yang buat haji dan jugak korban. Cuti umum untuk raya haji pun cuma sehari. Kat tempat kerja aku, time raya haji ni biasanya takdelah staf berebut-rebut sangat nak ambik cuti raya (sampai ade yang gado2, dengki2 gitewww...)  melainkan mereka2 yang kampung halamannya di Kelantan, sebab apa yang aku tahu, di Kelantan memang raya haji ni disambut meriah. Ada member gitau yang kat sana raya haji lebih meriah dari raya puasa. That's why mak dan abah mertua aku suka balik sana bila raya haji ni. Abah mertua aku memang berasal dari sana. Kebetulan pulak abang ipar memang menetap kat sana.

Tahun ni jugak la aku dan anak2 menyambut Aidiladha (raya haji/korban) kat tanah arab ni buat kali pertama.. dan harap2 bukan kali terakhir. Macam raya puasa hari tu... suasana raya kat sini.. hmm.. macam hari2 biasa je rasa. Tak terdengar lak aku takbir pagi raya macam kat mesia tu... yang aku dengar cuma suara imam bagi khutbah dalam bahasa arab dari jauh. Kebetulan pulak en somi kerja shif malam minggu ni, lagi la tak rasa raya. Bangun subuh, kepala dok memikir2 nak masak apa makan pagi raya. Semalam anak request nak mee goreng tapi bila dipikir2, hari ni hari jumaat. Kalo masak mee goreng, sat gi kena masak nasi pulak. Malasnya nak kotorkan dapur dua tiga kali nih. Lagipun, budak2 ni kang haruslah zohor karang baru bangun. En somi lak, haruslah nak tido dulu balik keje malam tu. Lastly aku pun masak la rendang ayam tapi rendang ayam tak berapa nak jadi.. yelah, masak ni kena ada mood yang okay, barulah jadi. Ni, mata masih terpisat2 sambil kupas bawang. Mujur tak tersilap je capai garam ngan gula. Siap masak si ayam tu, aku pun masak nasi tomato ngan pulut kuning.

the problem is.. yang 'sweat' tu yang payah nak buat... ;P
Sedang elok siap2 masak, en somi pun sampai umah. Dah tetiba dia cakap lapar, aku pun hidanglah pulut ngan rendang dan secawan teh tarik kat dia untuk bekpes. Abih.. takkan aku tengok saje kan.. for sure la aku join sekali. Bahana makan sambil sembang2, tak sedar dah tambah berpinggan2. Pulut tuuuu.. Pas makan aku pun join sekali en somi membuta semula. Dekat nak masuk zohor baru sedar. Itupun sebab teringatkan hari ni Jumaat, so en somi dan anak bujang kena gi solat Jumaat kat mesjid. Elok diorang gi mesjid, aku pun bukak periuk lagik. Sedap pulak rendang tak jadi ni.. Makan lagiiiii.... Lepas diorang balik mesjid, aku suruh la anak2 makan. En somi takmo makan dah sebab dia kata nak tido dulu. Yelah, kena recharge cukup2 sebab malam ni dia keje lagi. Syiok tengok dia krohh.. krohh.. aku pun tetibe join sekali memandangkan si kecik aku pun dah terlena sama. Sedar tak sedar pun, jiran sebelah call nak pinjam double tape. Terus bangun nak solat asar. Pastu gerakkan en somi untuk solat asar. Lepas solat... eh... eh.. aku termakan lagikkkkk... aduyai.. dekat sekilo pulut jadi isi perut aku hari ni, lemak kolestrol tak usah kira la kan... Camner ni, lepas maghrib nanti, jiran sebelah ajak soru kat umah dia. Takkan tak pegi lak kan.. Kecik ati member nanti. Pegi kalo tak makan... berganda la kecik ati member tu. 
Tetibe jadi pobia dengan penimbang berat tu ha...

kalo body gini, hari2 timbang pun no hal..

Khamis, 25 Oktober 2012

mr crab in the house...

Kelmarin masa makan malam, berdiskusi lah dengan en somi tentang program ke pasar pagi esoknya. Jemu gak makan ayam supermarket hari2. Maklum le... tekak orang tua ni lebih cenderung nak makan ikan. Bukan apa, isi ikan tu kan lebih lombuit dari isi ayam.... senang sikit la nak ngunyah. En somi lak tetibe tekak dia berasa nak makan ketam. Ngidam kot... hehehe..  Kat supermarket takde jual. Nuget ketam ada la...

Al-kisah la malamnya tu sedap sangat tido. Si kecik kan tak berapa sihat, asyik meragam je pasal hidung dia sumbat. Aku pun dekat2 subuh lak terlelap terus tido mati. Tak sedar bunyi azan subuh. En somi pun sama... tapi dia sedar gak bila langit mula mencerahkan diri. Dia tengok aku sikit punya baik punya krohhh.... krohh.. so tak sampai hati nak kejut ajak gi pasar. Lepas qada solat subuh yang ter'miss' tu, dia pun turun ke pasar sensorang diri.

Dari dia gi pasar, sampai la balik dari pasar... aku langsung tak sedar. Teruk betui bini cenggini.. huhuhu. Sedar2 pun sebab si kecik terjaga merengek nak susu. Dekat nak masuk zohor gak la (zohor kat Jubail ni dalam kul 11.30am gitu). Tergezut mak tengok banyak betul 'hasil tangkapan' en somi tu. Ni macam tunjuk perasaan je nampak.... Yang buat aku tergezut... mak aiiii, banyak giler dia beli ketam. Kat mesia pun, ada la dalam 3,4 bulan tu sekali je aku beli ketam. Paling banyak pun 2 ekor je pasal anak2 tak makan dan satu lagi.... sebab mahal, tak berbaloi la isi sikit... berat cengkerang je yang lebih. hmmm.... dekat 10 minit gak la aku belek2 ketam tu. Belek sebab aku dah tak ingat camner nak siang ketam... hahaha.. kantoiiii... Satu badan lekat hanyir bau ketam dek nak nyiangnya sikit punya lama. Yelah, siap ketuk2 lagi nak buang duri2 dia, sepit dia dan karang2 yang melekat kat cengkerang dia tu. Kenduri  sup ketam la hari ni...

mujurlah penjual kat pasar sini nak tolong buangkan 
kepala si udang ni ha.. kalo tak berganda la hanyirnya 
satu badan nak nyudahkan bersih 2 kilo ni..

mr craby in the sink... :)
Cite pasal ketam ni, teringat lak aku masa pegnen kali kedua. Ngidam sungguh nak makan sup ketam tapi tak reti nak siang. Nak suruh arwah mak... iskhhh.. aku ni spesis tak suka nyusahkan orang apatah lagi mak sendiri. Nak beli readymade, iskh... takde la pulak gerai2 atau kedai2 makan jual sup tu. Simpan je la rasa ngidam nak makan sup ketam tu di pendamkan saje. Ater... bila anak lahir, suka sangat menggigit. Habis tepi2 meja dia gigit. Gril umah sampai tanggal cat dia kerjakan. Yang tak tahan tu, kita tangah tido, dia pi gigit jari2 kaki kita. Mujur tak kena tendang. Mak sedara aku tanya, masa ngandungkan dia dulu ada ngidam apa2 tak. Aku pun cakaplah pasal sup ketam tu. Pastu mak sedara aku suruh aku beli ketam sekor. Dia buat sup, kasi anak aku tu makan. Alhamdulillah, lepas tu dah hilanglah aktiviti gigit mengigit dia tu. Allah punya kuasa. Tapi yang herannya, lepas makan sekali tu.. dia dah takmo makan sup ketam lagi... hinggalah hari ni tetibe dia makan sup ketam ni semula dengan berseleranya....

13th anniversary

Diam tak diam, dah 13 tahun aku bergelar isteri kepada lelaki itu yang bernama Wan Mohd Sabri bin Mukhtar ni. Alhamdulillah, setakat sepanjang perkenalan dan perkahwinan ni, lelaki itu seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab, penyabar dan penyayang.


Dah 3 tahun kitorang sambut our wedding anniversary hanya di alam siber tapi Alhamdulillah, tahun ni kitorang dapat celebrate together gether.. Bukan special sangat pun, just masak sedap2, makan sama2, gurau senda kat rumah je.. Hadiah???... sangat2 istimewa yang tak ternilai harganya. Nak tau apa dia?.... ni ha kat bawah ni, bukan senang nak dapat tau... :)

13thn kawin dapat 4 budak comei, ok la tu..
Aku berdoa pada Allah swt semoga kekalkanlah hubungan suami isteri kami ni sampai dalam syurga. Moga2 kerukunan rumahtangga ni takkan dicemari oleh segala hasad dengki, fitnah, cemburu dan irihati. Semoga Allah merestui dan melindungi 'masjid' yang kami bina ni hingga ke akhirnya... Sape2 yang tengah baca entri kali ni... tolonglah doa2kan untuk kitorang sama, ek... :)

Selasa, 23 Oktober 2012

ziarah Madinah..

Syukur Alhamdulillah, macam mimpi je aku dapat jejak kaki kat kota kedua paling suci selepas Makkah.. kota Madinah al-Munawwarah ni. Kota di mana letaknya masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Di Madinah ni jugaklah letaknya makam junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad saw.

bawah kubah hijau tu letaknya makam Rasulullah saw

payung di Masjid Nabawi akan kuncup
selepas terbenamnya matahari

payung mula mengembang selepas terbitnya fajar

sempat posing di pintu emas Masjid Nabawi..

kat belakang tu terdapatnya makam isteri2
  dan keluarga terdekat Rasulullah saw
Tak dapat nak gambarkan macamana perasaan teruja dapat bawak anak2 bersolat di masjid Masjid an-Nabawi ni. Masjid yang asalnya kecik je masa nabi kita bina tapi tahun berganti tahun, abad berganti abad, masjid ni diubahsuai sehingga menjadi seluas ni. Kat dalam masjid ni lah letaknya makam Rasulullah saw tapi sayang, aku tak dapat nak tengok makam baginda dengan mata sendiri sebab bawak si kecik. Ada beberapa orang jemaah yang nasihatkan aku lebih baik jangan masuk dalam tu dengan bawak baby sebab sangat2 berasak2 orang kat dalam. Sian kat baby nanti. Aku hanya dapat bagi salam kat nabi dari jauh je. 

pandangan Jabal Uhud dari Jabal Rumah. Di belakang papan tanda
biru tu letaknya makam2 para syuhada' semasa perang uhud.

macam suasana kat pasar malam lak..

Jabal Rumah, tempat Rasulullah mengarahkan
para pemanah bersembunyi semasa perang uhud

Selama empat hari kitorang kat Madinah ni, somi aku bawak aku ngan anak2 ziarah ke tempat2 bersejarah yang ada di sini. Tempat2 tu jugak la yang biasa dilawati atau diziarah para jemaah haji dan umrah. hmmm... sejak tengok drama bersiri Adam dan Hawa kat astro tu, rasa berkobar2 nak gi tengok tempat2 yang si Ain Hawani dan Adam Muhkriz gi tu. Tempat kedua yang kitorang pegi, Jabal Uhud di mana zaman nabi dulu berlakunya Perang Uhud. Lepas tu kitorang singgah buat solat sunat kat Masjid Qiblatain dan Masjid Quba.

si kakak bergambar di Masjid Quba yang mana diberitahu pahala
melakukan solat sunat di sini bersamaan dengan sekali umrah

Masjid Qiblatain, yg dikatakan mempunyai 2 kiblat. 
Nak tau lebih lanjut tentang sejarah 2 kiblat tu boleh klik kat link di atas. 
Gambar ni pinjam kat pakcik gugel sbb tak sempat nak snap sendiri








...hotel yang adoooo.....

Alhamdulillah, aku, somi dan anak2 selamat landing kat airport Madinah lepas lebih kurang 2 jam berada di ruang udara. Kitorang bertolak naik teksi dari Jubail ke airport Riyard dalam pukul 12 tgahari. Sampai kat airport tu dalam pukul 5 lebih jugak la. Pastu baru naik flight pukul 9 malam terus ke Madinah. Mulanya plan nak naik flight terus dari Dammam (45minit dari Jubail) ke Madinah tapi tiket habis lak. Maklum je la musim2 haji ni kan. Salah kitorang gak, cari tiket last minit sokmo2.


Sampai kat airport Madinah, masya Allah... ramainya umat dari pelbagai negara. ofcoz la muslim, nama pun musim haji. Somi aku cari kete sapu untuk ke hotel yang dh dia booking online. Mujur jugak ada lagi yang kosong yang dekat dengan masjid. Somi kata lebih baik cari kete sapu sebab caj teksi kat sini memang tekan habis2an nak2 pulak tau kita dari luar, walhal bukan jauh pun airport dengan hotel yang kitorang nak gi tu. Nak check in hotel, dalam kul 12 lebih gak. Memang betul sesangat lokasinya dekat sangat dengan masjid Nabawi. Sebelah aje. Kitorang ada terbaca jugak komen2 negatif tentang hotel ni, tapi so far sampai kitorang masuk bilik tengok... not bad at all pun. Ada dua bilik. Satu bilik ada tiga single bed dan satu bilik lagi ada 4 single bed. Ada dapur letrik untuk masak, fridge, mesin basuh dan cerek letrik. Ok la kan..


Nak dijadikan cite, malam tu aku pun try la basuh aku punya arbaya/jubah sebab esok nak pakai balik arbaya tu memandangkan aku cuma bawak sepasang je 'uniform hitam' tu. Masa dia nak kuarkan air basuhan tu, tak semena2 satu bilik kitorang kuar satu bau yang teramatlah harumnya sampai boleh hilang selera makan dan selera tido. Bau air kumbahan uolllss... uwekkssss. Apa lagi somi aku dan2 tu gi turun kat kaunter bawah komplen dan mintak tukar bilik. Diorang tetap takmo kasi tukar... alasan diorang bilik dah penuh dan diorang akan panggil orang untuk baiki. Hampeh betul. Somi aku sangat2 tak puas hati pasal dia dah bayar mahal, kan.. dapat lak room gitewww. Dah la tu, sinki dalam bathroom pun sumbat. Hadoiiii... patutlah majoriti komplen tentang 'servis dan kebersihan' kat dalam internet tu. Somi aku memang tak sabar nak komplen kaw2 kat booking.com tu balik nanti...

Cari hotel yang dekat dengan masjid, sebab nak senang menapak jalan kaki ke masjid tu. Al maklumlah, membawak si kecik nih. Hajat hati boleh buat solat fardu 5 waktu jemaah kat masjid tapi rasanya sama jugak kalau ambik hotel jauh sikit pasal lif sikit, pastu kerap jem dan ramai orang. Bosan nunggu lif sikit punya lama, kitorang guna manual je abih cite. Mujur kitorang duduk kat tingkat 4, kalau tingkat 13, maunya pengsan panjat tangga sampai atas tu.

Rabu, 17 Oktober 2012

... nak ziarah Madinah...

Tujuh jam dari entri ni di taip, aku dan famili nak gerak ke Madinah. Dah seminggu aku dok mengemas barang2 yang nak dibawak. Seminggu tu jugak la berapa kali kuar masuk beg barang2 tu. Blank jugak... tak tau apa yang boleh bawak, apa yang tak boleh bawak. Yelah, somi aku kata... kalau boleh dia nak bawak beg naik atas, takmo letak kat bahagian luggage. Leceh nunggu beg nanti katanya. Tak tahu la tu lepas ke tak beg2 ni nak bawak kat atas tu.. jenuh gak nak ngejas berat satu2 jangan lebih tujuh kilo.. Ikutkan aku bior je letak kat tempat luggage tu pasal boleh bawak barang banyak sikit. Aku ni, kalau gi jenjalan kat area bumi arab ni yang bermalam... kalau boleh, periuk nasi pun nak aku bawak. Ater.... makanan kat sini tak berapa nak masuk ngan selera, kalau ada periuk rasanya lebih baik masak megi dari beli makanan tapi banyak buang.. kan membazir namanya tu... ..

supervisor tgh checking ada mende tinggal tak... ;)
Tak tahu kenapa, makin dekat nak gi ni.. makin kuat debaran aku rasa. Dah dua kali ke Makkah pun aku tak rasa gini. Pikir punya pikir... hmmm.. patutlah.... Dua kali ke Makkah tu kitorang naik kete tapi kali ni nak ke Madinah, somi malas nak drive jauh2 dah. Penat katanya. Kitorang naik flight. Sejak dia kompem je beli tiket flight tu, aku dah start berdebor. Pssttt... nak tau satu rahsia... aku ni giler takut naik flight. Dalam kepala tu pikir benda negatif je. Terpengaruh ngan filem2 omputih yang banyak insiden tak best tentang kapal terbang. Tu la satu alasan nape aku lambat buat keputusan nak ikut somi aku ke bumi arab nih. Masa on flight ke sini dari Malaysia ritu, muka nak senyum pun payah. Tangan tak lepas pegang tangan somi. Asal gegar je sikit kapal terbang tu, mula la ngucap panjang aku... mujur tak ambik seat tepi tingkap..... huhuhu..

pinjam gambo kat pakcik gugel..
Harap2 perjalanan kali ni jugak dipermudahkan Allah. Moga kitorang selamat gi dan selamat balik... dan moga amal ibadat kami di sana nanti diterima Allah swt. Tolong doakan untuk kitorang sama ek...

..aku rindu dia..

Pejam celik pejam celik, dah tiga tahun arwah mak kembali pada penciptanya setelah 3 tahun dia berjuang melawan kanser payudara. Rindu... rindu sangat2. Betul kata orang, bila kita dah kehilangan, baru kita rasa pentingnya seseorang tu dalam hidup kita. Aku betul2 rindu nak makan masakan mak. Rindu dengar suara dia bergurau senda dengan anak2 aku. Rindu dengar bebelan dia. Rindu dengar dia jerit 'GOLLL' bila tengok bola. Rindu saat2 kat dapur dengan dia.. Rindu nak buat kek gula hangus dengan dia.... tapi satu perkara yang aku tak rindu... selalu tak dengar kata dia. Sekarang lah, bila anak2 aku makin bertambah, makin membesar dengan 1001 macam karenah, baru aku sedar betapa berdosanya aku pada arwah. Betapa sabarnya arwah membesarkan aku yang degil dan keras kepala ni.


Ya Allah.. Ya Tuhan Kami..

Kau ampunilah segala dosa2 ibuku selama hayatnya. Kau lapangkan kuburnya. Kau peliharalah pusaranya. Kau lindungilah roh dan jasadnya. Kau letakkanlah dia bersama2 orang2 yang beriman. Kau tempatkanlah dia bersama2 dengan orang2 yang amat Kau kasihi.... Aamiin.

Isnin, 15 Oktober 2012

..aku nak resignnnnn....

Ada la tu, terkejut ngan tajuk entri kali ni... hehehe... Hari ni dah pun masuk pertengahan Oktober, bermakna aku cuma ada masa 2 bulan setengah lagi untuk pegang jawatan surirumah sepenuh masa ni. Serius.... aku dah jatuh cinta dengan kerjaya ni. Ikut hati, nak je aku taip surat resign keje gomen tu tapi apakan daya. Masa dan situasi takmo bagi kerjasama. Mengenangkan loan rumah ngan gomen yang belum settle tu, hasrat terpendam je la dik non... Lagipun, en somi belum ada keyakinan nak bagi lampu hijau untuk aku terus pegang jawatan tu permanent, ater...'demi cintaku padamu... ku korbankan jiwa dan raga' lah jawabnya.... huhuhu
Hampir 4 bulan lebih jalani cara hidup macam ni, aku dah mula dapat sesuaikan diri terutama berada jauh di perantauan ni. Mengabdikan diri buat Allah, suami dan anak2. Terkadang tu timbul jugak perasaan jeles dengan teman2 lain yg memilih dan terpilih untuk pegang jawatan yang paling banyak boleh kumpul pahala nih. Ya betul, tak bebas. Terperap dalam rumah macam burung dalam sangkar tapi dunno why, walaupun tak pegang duit sendiri dan tak dapat nak shopping sana sini sesuka hati tapi aku still rasa hepi. Ok what terkurung... takde lah muka aku ni terdedah ngan debu2 kota dan cahaya matahari yang melampau. Kurang sikit pengumpulan jeragat di muka, kannn.. Dapat uruskan makan pakai somi dan anak2 with my own hand walaupun tak la perfect sangat pun aku dah syukur dan puas hati. Aku ada banyak masa dengan anak2. Dapat ajar diorang ngaji walaupun aku bukan guru tahfiz atau kafa. Sebelum ni aku takde masa nak ajar diorang. Paling2 pun diorang belajar kat taska. Usahkan nk ajar mengaji, ajar buat homework pun aku malas. Aku balik keje, penat. Kekadang stress dengan hal2 kat tempat keje, terbawak2 kat umah. Penyudahnya anak jadi mangsa. Pantang silap sikit, mulalah baran aku menyinga. Kadang tu rasa nyesal dan ralat jugak tapi aku bukanlah manusia yang cukup sempurna sifat2 positifnya. Nak layan diorang main pun aku tak kuasa. Ada ketikanya, balik2 keje, anak dah mintak tolong tunjuk ajar diorang punya homework dan jawapan klise dari aku yang diorang biasa dengar... "buat sendiri dulu, kejap lagi la ibu tengok, ibu penat".. nak wat camner kan, memang penat bila semuanya atas bahu aku. Bukan senang nak uruskan rumahtangga sensorang. Susah senang sorang2. Maklum ajelah, en somi jauh di perantauan. Balik pun teramatlah jarangnya.. sekadar melepaskan rindu dan melepaskan apa2 yang patut... hihihi
Aku bukan nak mencanang satu dunia tentang amal ibadat aku, tapi sungguh. Selama aku ber ctg ni, tetiba ada masa lak aku bersolat sunat terutamanya solat dhuha. Sebelum ni, solat wajib 5 waktu pun terkadang dekat tergelincir masa baru buat. Lebih2 lagi berada di bumi anbiya ni. Bergaul dengan teman2 baru yang tak putus2 berdakwah dan saling mengingatkan teman yang lain tentang hal2 yang berkaitan dengan agama. Syukur pada Allah, dalam 3 bulan berada di bumi arab ni, dah 2 kali aku dapat menjejakkan kaki di Makkah. Tak pernah bermimpi dapat tengok kaabah secara live. Selama 15 tahun berkhidmat untuk masyarakat dan berkhidmat demi duit jugak, tak pernah terlintas semua ni. Ingat cuma dapat tengok kaabah kat sejadah je. Kepala hanya pikir hal2 dunia, keluarga dan kengkawan. Gi keje bergosip manjang sampai di cop 'Ratu Gosip'.. ingat aku suka ke? Kekadang tu bukan aku yang nak bergosip tapi tak tau la nape, asal orang nak bergosip je, cari aku.... asal cari aku je, nak bergosip. Agaknya muka aku ni ada tertulis... 'Pendengar Gosip Yang Setia' kot.... seme cite dalam tangan aku. Giler banyak dosa aku kumpul.... ye la, mendengar walau tak menyampuk pun dapat gak saham sipi2, kannnnn....  Mujur aje aku bukan jenis jahat mulut suka menyampai2 macam sesetengah orang tu.... opppsss..!
Memang best la diorang yang jadi fulltime housewife ni. Tak yah nak main kejar2 ngan masa. Masa pulak yang dok kejar2 dorang. Boleh set sendiri apa dan bila nak buat satu2 benda tu terutama sekali yang berkaitan dengan benda yang majoriti pompuan liat nk buat... lipat kain la, apa lagik.. Tak yah serabut kepala dengan orang2 serba perfect yang suka komplen keje itu ini. Ada banyak masa nak buat atau nak belajar apa sekalipun. Macam contoh aku ni ha... tak tersangka dek aku yang aku boleh jamu en somi makan kuih apam balik homemade punya.. biasa beli kat pasar malam je. Sebelum ni, usahkan apam balik... cekodok pisang pun belum tentu menari2 dalam kuali. Pagi petang siang malam dok beli nasi lemak bungkus, makan anak beranak... Waaaaa.... serius, aku sangat jeles ngan dorang....

Alamak, baru terperasan.... panjang plak entri kali ni. Ni betul2 meluahkan sesuatu yang terpendam di kolbu, nih.. Tu lah tujuan utama aku mem 'blog' kan diri. Tak harap pun orang baca... sekadar jadi tempat aku nak luahkan benda dalam kepala. Kalo si kecik ni tak terjaga dan merengek2 mintak dilayan, maunya berjela2 entri ni jadinya. Takpe la... aku berdoa suatu masa nanti, tajuk entri ni dapat direalisasikan oleh aku. Andai termakbul, Alhamdulillah.... seminggu aku pose nanti... tapi kalau dah tertulis sejak azali yang aku akan keje sampai mati... redha je laaaaa....

**gambar2 ehsan dari pakcik gugel.

Sabtu, 13 Oktober 2012

seronok jadi bebudak...

Saat yang paling best dalam hidup, aku rasa la kan... time jadi bebudak. Tak payah nak pikir apa2. Kosong. Pikir pasal nak main dan nak makan je. Mak bapak marah pun tak yah ambik pot sangat pasal nak masak dengan perangai mak bapak.... marah2 pun, jap2 lagi ok balik. Siap datang pujuk lagik... ;P

Macam gitu lah aku rasa tiap kali anak2 aku buat perangai. Sungguh... lepas marah2, lepas bebel dan lepas rotan.. sure pujuk balik. Takde la gosok2 belakang atau peluk2 dorang, aku punya stail lain sikit. Pas reda marah aku, aku masuk dapur masak apa yang dorang suka makan. Pastu semuanya akan jadi macam takde apa2 yang berlaku. Marah, bebel, pukul bukan suka2 macam sesetengah orang yang dah mati akal kewarasan tu, semuanya sebab sayang. Nak dorang jadi anak2 yang baik tingkah laku.

Al-kisahnya, satu malam tu kebetulan esoknya somi aku offday, ajaklah dia bawak anak2 gi taman permainan. Saja la nak abihkan tenaga dorang. Maklumlah duduk kat umah asyik makan memanjang, excercise tarak. Dalam perjalanan nak ke taman tepi pantai tu, somi aku singgah kat travel agency pasal nak pi bayar tiket flight yang booking ritu. Sementara kitorang nunggu dalam kete tu, anak2 aku buat perangai la pulak. Bergaduh tah hape2. Berebut adik yang kecik tu. Bukan takleh main sama2. Dah yang no 3 tu menangis bagai nak rak. Tak makan dek pujuk dah. Aku pun hangin la. Tak pasal2 kena sedas dua cubit dari aku. Lagi kuat la teriaknya.. Then bila ayah dorang selesai urusan, masuk kete.. aku terus sound kat somi, kensel program. Balik umah terus. Sampai umah aku sound kat bebudak, malam ni aku takmo masak apa2, dinner dengan biskut kering je pasal mood aku dah rosak. Pastu aku kerah dorang ambik Quran.. ngaji 10 mukasurat sorang. Menangis la suara memasing kena ngaji 10 mukasurat tu.. maklum le, nak ngabihkan satu mukasurat pun payah. Aku sempat bisik kat somi aku, lain kali bila dorang buat perangai, kita denda macam ni... cepat sikit boleh khatam quran... 

Tapi..... bila tengok muka pedih sorang2 tu, sian pulak. Last2 masuk dapur goreng telur hancur dengan margerin. Buat sandwich telur untuk dorang dinner. Tak sampai hati lak tengok dorang tido ngan perut lapar.... kan....
buah hati pengarang jantung ibu & ayah


Sabtu, 6 Oktober 2012

Kingdom Tower of Saudi Arabia

Satu lagi tempat tarikan kat ibukota Riyard ni, Kingdom Tower tapi rasanya tak sehebat Menara Kuala Lumpur yang berpusing2 tu. Atas sana, biasa2 je. Tingkat bawah biasa lah, tempat sopink2 tapi kitorang sopink mata je la. Mahal wehhhh..!!  Cuma yang ok nya time naik lif. Masuk dalam lif tu diorang utamakan kaum hawa dulu, pastu baru kaum adam. For sure la nak elak dari berhimpit-himpit dan bergeser-geseran antara bukan mahram. So, takde la permandangan yang menjengkelkan macam negaraku tercinta, takde la anak2 kecil tertonton adegan2 raba2an dan peluk2an gepren boypren dalam lif tu (ater... orang dah kawin jarang amatlah berkelakuan begitewwww)...

gambar ehsan dari mr google..

pandangan bandar Riyard dari atas SkyBridge

lagi gambar dari atas SkyBridge
SkyBridge yang aku maksudkan, jambatan yang di bahagian atas menara tu... macam jambatan Petronas Twin Tower kat Malaysia tu la. Rasanya jambatan Petronas Twin Tower tu lagi tinggi kot, aku tak pernah naik.... tah la.. lupa nak ukur.. hehehehe

lagi wajah2 kesayangan hamba..
lenguh dukung baby tido... takleh lak bawak
stroller kat atas nih.. :(
bergambar dekat gambar...
menjamu eskrem sebelum balik

Rabu, 3 Oktober 2012

sekitar muzium..

Lagi gambar jenjalan di muzium hari tu nak di share ngan orang2 di luar sana... tapi sori la ek pasal mutu gambar agak kureng... Akak pakai kamera henpon cap ayam je dik non... hehehehe

1,2,3... say cheese...... :

wajah2 kesayangan hambe
lukisan dinding yg menarik

the three stonehead... huhuhu



















Part batu bersurat tu aku suka sebab dapat mencairkan telinga anak2 aku dengan ceramah motivasi petang. Aku bagi soklan cepu gangsa kat diorang.... zaman dulu orang tulis pakai batu je pasal takde pen, takde pensel dan takde kertas tapi tulisan orang zaman tu lebih cantik dari diorang yang ada kertas A4 pelbagai kaler, buku yang dah siap ada garis, pensel picit rege berhenget-henget  dan pen pelbagai mata.. Jawapan cepu gangsa gak diorang bagi.... 'sengih tunjuk gigi yang berlapis tu ha'..

                                                                                                           

Selasa, 2 Oktober 2012

Muzium Negara Riyard..

Mula-mula kitorang plan nak gi zoo tapi.... ala.. ada pulak diorang punya rules. Takleh masuk satu family. Kanak2 boleh masuk samada dengan mak atau dengan bapak. Ada hari tertentu untuk lelaki dan perempuan. Iskh.... iskh.. tak paham betul. So, tukar program gi muzium. Giler besar diorang punya muzium. Letih jalan. Anak dah besar so sesuai la gi muzium pasal dorang dah paham kalau kita cite. Yang bestnya, dorang tak kisah pun kita bawak kamera kat dalam tu. Boleh snap sini, snap sana.. 

 
sebelum masuk, posing dulu..
ralik betui depa.. hehehehe



Sori beb, tenet punya line sekarang ni teramatlah lembabnya. Kalo lumba dengan penyu yang berumur 100  tahun pun, belum tentu menang. Takat ni je la gambo yang sabar hambe uploadkan.. tengok la esok2 kalo kelajuan tenet berada di tahap ekselen, insya Allah hambe akan sambung balik arena peng'upload'an gambo nih... o.k bai.. ;P

*cikgu BM yg bace harap jangan marah aaa sebab hambe telah merojakkan bahase ibunde hambe... huhuhu


Isnin, 1 Oktober 2012

jalan2 di Riyard..

Disebabkan terlalu busy dengan jawatan fulltime housewife ni, terlambat la pulak aku meng update cite citi di blog ni... (busy la sangatttt... bluekks). Line internet kat Jubail ni sakit hati weh nak meng update apepun.. Jenuh nak nunggu.. nak2 pulak bila nak meng upload gambo. Tu yang buat hilang mood nak berbelog tu. Hari ni pun sama, tapi tak kira lah.. berakor pun berakor la nunggu. Tak best lak simpan cite lelame baru nak post. Jadi belated lak.. cite basi nanti......
Malas nak nulih banyak, kali ni aku share je la gambo2 kitorang anak beranak jenjalan kat Riyard minggu sudah. Kebetulan cik abang offday 4 hari, bawak la anak2 keluar dari sarang... hehehehe

budak yg tak sabor nak keluar sarang.. ;P
 Cik abang nak drive sendiri je gi sana. Takde la jauh sangat. Lebih kurang dari Kuantan ke Johor Bahru je... kata dia la kan.. Nak naik flight leceh lak nak kena cari teksi bila nak gi round bandar nanti. Kitorang gerak dari Jubail dalam kul 4 petang, lepas cik abang tido secukupnya pasal hari sebelum tu dia night shift. Sampai Riyard lebih kurang 4 jam selepas tu. Sampai2 dok pusing2 cari hotel. Kebanyakkan hotel yg kecik2 penuh sudaaa. Tak kuasa nak cari hotel 4,5 bintang tu. Buat pe nak membazir kalau takat nak tido je... (bukan kedekut tau, cuma berjimat.. hehehe). Akhirnya dapat gak satu. Macam homestay kt Malaysia je.. boleh masak2. Selesa la jugak tapi yang buat tak selesa... bau pencemaran asap rokok.

kita panggil homestay, dorang panggil apartment,
SAR150/day (checkout 4pm), ok kan..
Dah alang2 boleh masak kat situ kan, aku pun ajak ci abang pi sopink2 sikit kat Chinese Mart tak jauh dari apartment ni. Ada Carrefour kat dalam tu, besar lebih kurang Kuantan Parade. Beli la mende2 yg senang masak macam.... errr..... megi... hehehehe. Ala, buat alas perut kalo lapar memalam buta..

Chinese Mart tapi tak nampak lak org cina,
tapi tak tau la kan kalo diorang pun berjubah gak..