Isnin, 1 Oktober 2012

jalan2 di Riyard..

Disebabkan terlalu busy dengan jawatan fulltime housewife ni, terlambat la pulak aku meng update cite citi di blog ni... (busy la sangatttt... bluekks). Line internet kat Jubail ni sakit hati weh nak meng update apepun.. Jenuh nak nunggu.. nak2 pulak bila nak meng upload gambo. Tu yang buat hilang mood nak berbelog tu. Hari ni pun sama, tapi tak kira lah.. berakor pun berakor la nunggu. Tak best lak simpan cite lelame baru nak post. Jadi belated lak.. cite basi nanti......
Malas nak nulih banyak, kali ni aku share je la gambo2 kitorang anak beranak jenjalan kat Riyard minggu sudah. Kebetulan cik abang offday 4 hari, bawak la anak2 keluar dari sarang... hehehehe

budak yg tak sabor nak keluar sarang.. ;P
 Cik abang nak drive sendiri je gi sana. Takde la jauh sangat. Lebih kurang dari Kuantan ke Johor Bahru je... kata dia la kan.. Nak naik flight leceh lak nak kena cari teksi bila nak gi round bandar nanti. Kitorang gerak dari Jubail dalam kul 4 petang, lepas cik abang tido secukupnya pasal hari sebelum tu dia night shift. Sampai Riyard lebih kurang 4 jam selepas tu. Sampai2 dok pusing2 cari hotel. Kebanyakkan hotel yg kecik2 penuh sudaaa. Tak kuasa nak cari hotel 4,5 bintang tu. Buat pe nak membazir kalau takat nak tido je... (bukan kedekut tau, cuma berjimat.. hehehe). Akhirnya dapat gak satu. Macam homestay kt Malaysia je.. boleh masak2. Selesa la jugak tapi yang buat tak selesa... bau pencemaran asap rokok.

kita panggil homestay, dorang panggil apartment,
SAR150/day (checkout 4pm), ok kan..
Dah alang2 boleh masak kat situ kan, aku pun ajak ci abang pi sopink2 sikit kat Chinese Mart tak jauh dari apartment ni. Ada Carrefour kat dalam tu, besar lebih kurang Kuantan Parade. Beli la mende2 yg senang masak macam.... errr..... megi... hehehehe. Ala, buat alas perut kalo lapar memalam buta..

Chinese Mart tapi tak nampak lak org cina,
tapi tak tau la kan kalo diorang pun berjubah gak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan