Isnin, 15 Oktober 2012

..aku nak resignnnnn....

Ada la tu, terkejut ngan tajuk entri kali ni... hehehe... Hari ni dah pun masuk pertengahan Oktober, bermakna aku cuma ada masa 2 bulan setengah lagi untuk pegang jawatan surirumah sepenuh masa ni. Serius.... aku dah jatuh cinta dengan kerjaya ni. Ikut hati, nak je aku taip surat resign keje gomen tu tapi apakan daya. Masa dan situasi takmo bagi kerjasama. Mengenangkan loan rumah ngan gomen yang belum settle tu, hasrat terpendam je la dik non... Lagipun, en somi belum ada keyakinan nak bagi lampu hijau untuk aku terus pegang jawatan tu permanent, ater...'demi cintaku padamu... ku korbankan jiwa dan raga' lah jawabnya.... huhuhu
Hampir 4 bulan lebih jalani cara hidup macam ni, aku dah mula dapat sesuaikan diri terutama berada jauh di perantauan ni. Mengabdikan diri buat Allah, suami dan anak2. Terkadang tu timbul jugak perasaan jeles dengan teman2 lain yg memilih dan terpilih untuk pegang jawatan yang paling banyak boleh kumpul pahala nih. Ya betul, tak bebas. Terperap dalam rumah macam burung dalam sangkar tapi dunno why, walaupun tak pegang duit sendiri dan tak dapat nak shopping sana sini sesuka hati tapi aku still rasa hepi. Ok what terkurung... takde lah muka aku ni terdedah ngan debu2 kota dan cahaya matahari yang melampau. Kurang sikit pengumpulan jeragat di muka, kannn.. Dapat uruskan makan pakai somi dan anak2 with my own hand walaupun tak la perfect sangat pun aku dah syukur dan puas hati. Aku ada banyak masa dengan anak2. Dapat ajar diorang ngaji walaupun aku bukan guru tahfiz atau kafa. Sebelum ni aku takde masa nak ajar diorang. Paling2 pun diorang belajar kat taska. Usahkan nk ajar mengaji, ajar buat homework pun aku malas. Aku balik keje, penat. Kekadang stress dengan hal2 kat tempat keje, terbawak2 kat umah. Penyudahnya anak jadi mangsa. Pantang silap sikit, mulalah baran aku menyinga. Kadang tu rasa nyesal dan ralat jugak tapi aku bukanlah manusia yang cukup sempurna sifat2 positifnya. Nak layan diorang main pun aku tak kuasa. Ada ketikanya, balik2 keje, anak dah mintak tolong tunjuk ajar diorang punya homework dan jawapan klise dari aku yang diorang biasa dengar... "buat sendiri dulu, kejap lagi la ibu tengok, ibu penat".. nak wat camner kan, memang penat bila semuanya atas bahu aku. Bukan senang nak uruskan rumahtangga sensorang. Susah senang sorang2. Maklum ajelah, en somi jauh di perantauan. Balik pun teramatlah jarangnya.. sekadar melepaskan rindu dan melepaskan apa2 yang patut... hihihi
Aku bukan nak mencanang satu dunia tentang amal ibadat aku, tapi sungguh. Selama aku ber ctg ni, tetiba ada masa lak aku bersolat sunat terutamanya solat dhuha. Sebelum ni, solat wajib 5 waktu pun terkadang dekat tergelincir masa baru buat. Lebih2 lagi berada di bumi anbiya ni. Bergaul dengan teman2 baru yang tak putus2 berdakwah dan saling mengingatkan teman yang lain tentang hal2 yang berkaitan dengan agama. Syukur pada Allah, dalam 3 bulan berada di bumi arab ni, dah 2 kali aku dapat menjejakkan kaki di Makkah. Tak pernah bermimpi dapat tengok kaabah secara live. Selama 15 tahun berkhidmat untuk masyarakat dan berkhidmat demi duit jugak, tak pernah terlintas semua ni. Ingat cuma dapat tengok kaabah kat sejadah je. Kepala hanya pikir hal2 dunia, keluarga dan kengkawan. Gi keje bergosip manjang sampai di cop 'Ratu Gosip'.. ingat aku suka ke? Kekadang tu bukan aku yang nak bergosip tapi tak tau la nape, asal orang nak bergosip je, cari aku.... asal cari aku je, nak bergosip. Agaknya muka aku ni ada tertulis... 'Pendengar Gosip Yang Setia' kot.... seme cite dalam tangan aku. Giler banyak dosa aku kumpul.... ye la, mendengar walau tak menyampuk pun dapat gak saham sipi2, kannnnn....  Mujur aje aku bukan jenis jahat mulut suka menyampai2 macam sesetengah orang tu.... opppsss..!
Memang best la diorang yang jadi fulltime housewife ni. Tak yah nak main kejar2 ngan masa. Masa pulak yang dok kejar2 dorang. Boleh set sendiri apa dan bila nak buat satu2 benda tu terutama sekali yang berkaitan dengan benda yang majoriti pompuan liat nk buat... lipat kain la, apa lagik.. Tak yah serabut kepala dengan orang2 serba perfect yang suka komplen keje itu ini. Ada banyak masa nak buat atau nak belajar apa sekalipun. Macam contoh aku ni ha... tak tersangka dek aku yang aku boleh jamu en somi makan kuih apam balik homemade punya.. biasa beli kat pasar malam je. Sebelum ni, usahkan apam balik... cekodok pisang pun belum tentu menari2 dalam kuali. Pagi petang siang malam dok beli nasi lemak bungkus, makan anak beranak... Waaaaa.... serius, aku sangat jeles ngan dorang....

Alamak, baru terperasan.... panjang plak entri kali ni. Ni betul2 meluahkan sesuatu yang terpendam di kolbu, nih.. Tu lah tujuan utama aku mem 'blog' kan diri. Tak harap pun orang baca... sekadar jadi tempat aku nak luahkan benda dalam kepala. Kalo si kecik ni tak terjaga dan merengek2 mintak dilayan, maunya berjela2 entri ni jadinya. Takpe la... aku berdoa suatu masa nanti, tajuk entri ni dapat direalisasikan oleh aku. Andai termakbul, Alhamdulillah.... seminggu aku pose nanti... tapi kalau dah tertulis sejak azali yang aku akan keje sampai mati... redha je laaaaa....

**gambar2 ehsan dari pakcik gugel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan