Isnin, 25 Jun 2012

vaksin

hmm.. pagi tadi aku & mr hubby keluar. Hajatnya nak gi klinik atau spital, bawak si kecik. Bukan sakit atau apa cuma aku risau sebab dia belum ambik dos ketiga vaksin tiga serangkai tu. Patutnya kena ambik masa umur si kecik genap 4 bulan ritu (14/6/12) tapi ayah dia sibuk manjang. At last aku bagitau kat dia, esok2 anak sakit jangan salahkan aku pulak.

Dah dua spital kitorang gi tapi dua2 bagitau nak ambik vaksin tu boleh tapi cuma hari Isnin & Selasa. Tak tau nape. Dah prosedur sini gitu, kenalah I follow ye tak. Ada gak yang suggest gi klinik gomen tapi pikir punya pikir, leceh gak sebab nak kena daftar dan buat appointment dulu. Dapat appointment baru boleh datang untuk cucuk. Leceh la, kan. Kang tarikh tak kena ngan time keje ayah dia kang, payah lak.

Nak tak nak, esok kena keluar lagi bawak si kecik. Selagi tak cucuk, selagi tu hati aku tak senang. Maklum je la, masa lahir ritu tak cukup oksigen la, kurang gula dalam darah lah... tiga minggu lepas tu masuk wad lak seminggu dek bronkolitis... Ni pulak kat sini dengan cuaca panas, kering dan berdebu....iskh, kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati, kan....

Khamis, 21 Jun 2012

ada laut rupanya..

Gambar2 ni diambil masa hari pertama mr hubby bawak aku ngan anak2 keluar, pusing2 bandar. Tak keluar memana sangat pun sebab cuaca panas sangat dan berdebu. Pastu dia bawak kitorang gi tempat kat mana orang2 sini bawak family bersantai. Nama tempat ni Teluk Parsi. Musim2 panas gini takde la ramai orang datang sini tapi time musim sejuk, adakala tu nak dapat parking pun payah. Dia cite la kan... aku mana tau... hehehe

laut yang takde ombak pasal kat teluk.. Teluk Parsi..
Amir dok tahan nafas nk kempiskan perut yg gendut,
kontrol macho la kononnnnn... hehehehe
budak ni yg beria-ia sgt nak tgk laut, apa taknya,
kat Kuantan yg ada laut tu pun ibu tak bawak pi jalan..
baru ku pasan yg aku ni 'renek' pasal my doter tu
baru 11 tahun... nk sama tinggi dah dgn
her mom..

with my beloved husband & our little princess

alahai sian anak ibu, mengantuk sgt sbb masih ikut
time zone Malaysia

time to go home.... tak tahan wehh, terbakor muka
dok lelama kat luar ni....

barang dapur 2

Pagi ni awal2 lagi dah gerak cik abang suh bangun. Semalam kan dia dah janji nak gi pasar basah. Tak larat dah tekak tua aku ni nak makan ayam je hari2. Kat pasaraya pun ada jual ikan tapi dia kata yang frozen punya. Tu pasal la dia tak berapa berkenan nak beli. Dia jugak yang bagitau kat aku yang sini pun ada ikan fresh kat pasar. Aku ingatkan takde... ye la kan, ada jugak ke nelayan kat sini? Dia cite kat aku yang pasar basah kat sini di monopoli orang India. Orang Arab mana pandang keje2 busuk cenggini kot...

hasil dari ke pasar hari ni.. hmm..macam2 ada, sampai tak tau nak masak apa dulu..
telur asin kita kulit mmg kaler putih psl telur itik & disalut dgn serbuk hitam,
telur asin skt sini kulit dikalerkan pink, maybe nak bezakan dgn telur biasa kot..
bila rebus kaler pink tu hilang. Tak pasti lak telur itik @ ayam sebab
mcm sama je dgn telur yg biasa. Rasa dia sedap, tak masin sgt.
teringin nk mkn sadin, puas cari kot2 ada terselit sadin cap ayam kt sini tapi hampa....
ni je yg mr hubby berani nk beli.... MILO???.. aisehhh, teringat lak kt 'milo ais'..
Lepas siap kemas2 barang yg dia beli tu, dia pun sambung tido pasal nak masuk keje petang hari ni. Nak cukup rehat katanya. Pastu tanya aku nak masak apa. Aku jawab, banyak ngat menda ni, masih blur nak masak apa. Siap masak kang, baru kejut dia untuk lunch...

hehehe... sebanyak-banyak menda mr hubby beli kt pasar,
 nasi goreng cina je yg aku masak untuk lunch,
  nasib baik sedap, mkn lak ngan sambal belacan lebih kelmarin...
4 put nasi pun tak cukup... hehehe

Rabu, 20 Jun 2012

barang dapur

Semalam aku ngan anak2 dapat le peluang keluar dari sangkar batu ni. Mr hubby kesian kot kat kitorang sebab dok memerap je dalam rumah ni. Sebenarnya aku sendiri pun suka duduk je dalam rumah. Sama jugak kat Kuantan. Mana la nak keluar jenjalan bila dia takde. Aku keluar pun time nak beli barang2 keperluan rumah... kekadang tu ada la jugak bawak anak2 jenjalan rumah mak sedara yang tinggal berdekatan. Budak2 pun jenjarang sekali la aku lepas main kat luar padang depan rumah tu. Bukan apa, malas la aku nak duduk sebek kat padang tunggu diorang. Nak lepas main sendiri... iskh.. zaman sekarang ni banyak bahayanya. Depan sekolah lagikan orang boleh culik, kan.. Nak2 pulak lepas insiden jatuh beskal ritu, memang tak la aku nak kasi diorang keluar. That's why la bebudak ni pun takde berbunyi nak keluar. 

Mr hubby bawak kitorang jalan2 ke Al Khubar & Dammam . Lepas kitorang lunch kat Restoran Malaysian Kitchen ( suka la wehhh, anak jantan aku yg debab sorang tu dapat makan kueh teaw goreng ), my hubby ajak pi beli barang2 dapur kat Lulu Hypermarket. Aduyaiii.... tak reti betul aku nak menyoping kat sini. Apa taknya, bukan aje tak biasa tapi tak pernah dengar pun nama brand2 barang kat sini. Blank terus kepala otak aku. Senarai nak beli kemain laa panjang sebenarnya. Kalau kat Kuantan, nak beli barang terutamanya barang makan.. kemain la kita alert. Betul2 belek ada tak tanda 'halal'. Kat sini, kata mr hubby.. diorang tak alert sangat macam kita. Payah la nak nampak tanda halal. Tu yang susah tu pasal barang2 banyak dari India & Filipina. Made in US pun ada. Camner?????

rasa teruja giler bila nmpak cili besar  & cili api kaler merah.. hehehehe

ni je yg aku kenal kt pasaraya tu, bahagian sayur dari Filipina.
Kangkung, Set Tom Yam  (serai, lengkuas, daun limau purut) & Sawi
Barang basah yang lain, mr hubby kata biar dia gi pasar esok. Frust jugak sebab takde kicap manis kipas udang & sardin cap ayam... Nape kilang diorang tak nak eksport kat sini ha??... huhuhu

Sabtu, 16 Jun 2012

nasi lemak

Masih lagi di bandar Jubail.

Aduyai.. pepagi hari anak2 sudah berbunyi, "lama dah tak nakan nasi lemak". Hmm... mana nak cari kat sini, bukan ada warung2 jual nasi lemak kat tepi2 jalan. Nilah satu benda yang kalau anak2 mintak, rasa bersalah kalau tak di ada kan.. 'benda makan'..

Kelebet2 peti sejuk, nampak ada 4,5 helai daun pandan yang dah hampir mengering, siap boleh patah dengan tangan lagik. Tapi bau masih harum bak bunga rampai orang kawin yang dah simpan seminggu dua tu. Canteekkk.... kelapa parut yang mr hubby beli semalam masih berbaki. Apa taknya, dia beli tiga biji sekaligus. Senang katanya. Aku dah siap asing2kan, dapatlah dalam 3 bekas ( kira 1 bekas, 1 masakan ). Simpan dalam freezer, tahan lama sikit. Telur yang mr hubby beli sesarang ritu, masih belum luak. Cite pasal telur ni, satu lagi buat akak kompius.. Pehal telur kat sini kulit dia kaler putih?.. mati2 akak ingat telur masin, dik non...

kompius.. telur ayam ke itik ni?
jiran bagitau dia guna cili serbuk, so den pun torai..
ok apo... podeh menyongek kato org nogori..
nampak je cantik, tapi liat giler...
first time belah ikan bilis pakai gunting.. huhuhu
taraaa... jadi jugak... err, abaikan plastik alas tu ek.. hehehe
Hati mana yang tak hepi bila tengok mr hubby balik keje, makan bertambah-tambah. Anak2 apatah lagi, especially anak jantan sulung aku tu. Peberet dia tu.. Sedar tak sedar, setengah sarang telur abih. Kolestrol terlebih sudaa.. Hmmm.... ni jelas terbukti, walau tak lengkap macamanapun bahan sesuatu masakan tu tapi kalo dimasak dengan penuh perasaan kasih sayang... yang tak sedap boleh jadi sedap... hehehe... ( yang benornye, memasing tengah laporrr... hehehe )

masak2 di Jubail

Masuk hari aku update blog ni, pejam celik pejam celik dah dua minggu dah aku berada jauh dari tanahair. Rasa macam baru semalam aku gayat naik kapal terbang dengan seram sejuk pasal takut ngalahkan budak kecik... iskh..iskh... kampung betuiii.. ( alamak, terkantoi sudaa... )

Hari pertama aku kat sini, dah start pun acara masak-memasak ni. Bukan apa, takut tak tertelan makanan orang sini. Kebetulan pulak, bekas penyewa rumah yang mr hubby sewa sekarang, banyak jugak tinggalkan rete2 dapur diorang termasuklah stok2 rencah2 segera & stok2 bahan kering yang lain. Aku agak suri kat rumah ni dulu memang terer bab masak-memasak ni sebab aku perati pelbagai saiz periuk belanga, pelbagai jenis senduk sudip... siap ada oven, mesin bancuh nak buat kek pun ada... ( kata mr hubby, penyewa lama jual semua benda dalam rumah ni kat dia ) Kebetulan yang satu lagik... rumah dekat dengan pasaraya yang ada jual bahan basah, so dekat je la nak suruh mr hubby pi beli..

Aku sendiri rasa masakan aku kat sini tak sesedap yang aku masak masa kat Malaysia ( cewahhh, pasan jap ) pasal bahan2 tak lengkap. Pakai taruk je apa yang ada. Yelah, mana nak cari bahan2 macam kita masak kat tempat sendiri, nak2 pulak selera masakan kita ngan orang sini, beza la jugak. Pernah la sekali tu mr hubby bawak kitorang pi mall nak beli bahan2 mentah nak masak... telan air liur la aku pasal barang2 yang biasa2 kita guna kat Malaysia, kat sini sangatlah mahal beb. Kata mr hubby, barang yang diorang jarang guna, harga barang tu jadi tinggi. Pastu bila lalu kat area sayur2an, makin terserlah kedut kat dahi aku bila tengok sayur diorang ( terutamanya yang jenis berdaun hijau ). Pada aku semuanya pelik dan tak tau orang kat sini masak sayur tu macamana. Aku cuma kenal terung, bendi, bunga kobis & kobis ( spesis kobis yang amatlah keras dedaunnya )Yang pastinya, semua sayur spesis 'layu di tasik madu'.... 

sambal belacan den kaler hijau sbb
lada merah amatlah payah nak jumpa kat sini
pakai yg powder... bau xbest, pakai yg tin...cair la pulak.
Nasib baik jiran bgtau kt mana ada jual kelapa parut..

Hari kedua ( ehh.. kedua ke ketiga, aku tak ingat ) kat sini, jiran sebelah kasi kari ikan. Aku simpan dalam peti sejuk je sebab kebetulannya kitorang baru selesai makan malam.. ( malam kerrr.. ) tapi mujur benarlah jugak sebab memang dalam peti cuma ada telur je 3,4 biji & kebetulan mr hubby terlupa singgah pasar masa balik keje malam. Boleh jugak la kasi perangat buat lauk untuk lunch

Aku syukur sesangat dapat jenjiran senegara yang baik2. Selalu kasi makanan. Segan giler pasal kitorang lak tak kasi diorang apa2. Nak kasi lauk... uiihh.. segan la pasal diorang punya masakan rasanya lebih superb dari aku... lagipun tak reti la aku nak masak dengan bahan yg serba 'kekurangan' ni....




Sabtu, 9 Jun 2012

bekfes

Masih lagi di bandar Jubail. Kat sini aku blank nak buat sarapan. Nak masak pun, bahan-bahan tarak. Nak kuar sendiri takleh la pulak. Semalam sebelum mr hubby gi keje, sempat gak pesan kat dia belikan sarapan. Sebelum ni dia pernah cite yang roti canai kat sini lebih sedap dari Malaysia. Tak berminyak katanya.

So, pagi dia balik keje tu, dia pun bawak balik roti canai ( kat sini diorang panggil prata ).... tapi.... aku tengok pun macam kurengggg la sesuai ngan tekak aku. Agak tawar pada aku yang 'pemasin' ni. Yang berminyak lagi best la... roti canai kita lebih garing lemak berkrim disukai ramai. Kuah pencicah diorang pelik sikitlah pada aku. Mujur gak saki baki gulai kari yang aku masak malam sebelumnya masih ada. Kalau tak, makan roti saje je la anak-anak aku tu.

Satu yang aku tertarik ngan cara orang sini bungkus makanan, diorang bungkus pakai aluminium foil. Mungkin sebab tu, makanan yang di tapau pun still terasa hangat bila sampai umah. Kalau kat Malaysia nak buat lagu tu, kompem la tokeh-tokeh kedai @ warung akan up sikit rege... Maklum aje la kan, benda tu 'berege' la jugak..

roti puri tu kena mkn masa panas2
sbb bila dah sejuk dia jd keras..

ni la kuah pencicah yang agak pelik pada aku....




Khamis, 7 Jun 2012

@ Jubail

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat jugak aku jejak kaki di negara padang pasir ni. Macam-macam halangan jugak pada awalnya. Aku ambik cuti tanpa gaji setengah tahun untuk ikut hubby. Awalnya nak ambik cuti tanpa gaji tu untuk jaga anak kecik kt umah tapi terpikir gak, alang2 cuti tu.... cuti jejauh sikit.... hehehe...
tempat tak glamer, ramai yg tak tau... so, check kt google map la ye tempat yg bertanda A tu
Bukan Dubai tapi Jubail. Ramai yg tak familiar dengan nama bandar ni sebab ni kawasan perindustrian & bukan kawasan perlancongan utama bumi Arab ni. Sekarang musim panas sesangat. Tak kuasa nak keluar rumah. Debu-debu penuh kat luar, usah kata di luar rumah, dalam pun sama.
tengok tu... tingkap penuh debu pasir halus. Kete2 kat bawah tu pun penuh ngan debu
anak bujang sempat posing depan kwsn rumah sewa  (tingkat satu)
pandangan ke kiri, kanan & depan rumah sewa
Tak banyak gambar yang dapat aku share kat sini. Masa sampai sini kelmarin hari dah gelap, tak nampak apa yang nak di ambik gambar. Ni dah masuk hari ke 3 aku kat sini tapi belum berkesempatan nak keluar pusing-pusing bandar. Maklum je la, hubby keje... kat sini tak macam Malaysia, orang pompuan takleh kuar umah suka hati. Kena ada muhrim lelaki. Nak drive sendiri?.... rentikan la... pompuan bawak kete hukumnya 'HARAM' kat sini... huhuhu


Ahad, 13 Mei 2012

jentat ??

Cuaca di Kuantan seminggu dua ni, asal senja je start le berarak mendung kelabu. Pastu kompem la kedengaran guruh berdentam dentum mengiringi kilat yang sabung menyabung. 
pinjam image dari mr google..
Yang buat aku baran, bukan guruh... bukan kilat tapi benda alah ni bawah ni. Asal kilat yang kaw2 je, dia jentat (a.k.a 'tendang' bagi setengah2 orang ). Yang aku heran, apasal rumah aku je yang dapat problem gini.. rumah orang lain molek je terang benderang..


Kalau 10 kali kilat kaw2 punya sabung... 10 kali jugak la aku kena gi swicth on balik benda alah di atas. Yang bengkek je jiwa, baru nak letak bontot atas kerusi, dengar bunyi 'kebabowww' ( perkataan sinonim bagi guruh, anak aku kata laa... )... arrghh... jentat lagik..
At last aku terpikir, biarlah bergelap dulu, dah reda baru swicth on balik. Mula2 dulu aku standby lilin tapi bila payah sangat nak cari lighter kat umah ( maklum aje la... laki akak non-smoking, mana la nak simpan stok lighter2 ni kan.. ), tapi sekarang, aku standby benda alah di bawah ni pulak. Aku dapat idea ni masa singgah kat gerai2 tepi jalan, nak beli nasi lemak buat bekalan anak2 pi sekolah. Aku kan keluar rumah 6.30 pagi. Gelap lagi waktu tu. Comel pulak tengok lampu2 ni tergantung kat setiap gerai, aneka bentuk, aneka kaler... dan2 tu terpikir. Balik keje lepas ambik anak2 kat taska, terus singgah 'COWBOI' beli satu.. takde la mahal mana, RM15 pun tak sampai.. ( lain size lain rege la ).

tak pakai minyak gas dahhh...pakai bateri je zaman la ni..
Lagi selamat. Takde risiko anak terbakar tangan dok main api lilin & kuranglah risiko bingit telinga aku dengar anak2 gaduh berebut nak tiup padamkan lilin.... terutama sekali budak cengeng ( kuat nangis ) kat bawah ni... ;P



Jumaat, 4 Mei 2012

internet banking

Zaman sekarang, semuanya online. Banking, shopping, baca papers, beli tiket pelbagai ande, bayar segala macam bil (kecuali JBA Pahang), borak ngan kengkawan dan macam2 lagi la.. Slip gaji orang keje gomen pun dah kena download & print sendiri kalau nak simpan, takpun download & save kat mana2 folder dalam komputer tu kalau kat umah takde printer.  Jangan kata orang kat bandar je yang guna online service ni, mereka2 yang dok kat kawasan pendalaman pun tak terkecuali tapi bagi yang mampu melanggan line internet je la.. Abih kalau takde internet, nak online guane, ye dok..!

hobi~ giler bukak akaun banyak2, bukan berduweeeet pun... saja kumpul kad atm, hehehe
Baguih memang la baguih tapi bila dah banyak ngat nak login.. masalah yang utama aku sokmo2 kena hadap ialah lupa username & lupa password. Nak pulak kalau nak guna internet banking. Try 3 kali, kalau salah haruslah kena block access. Satu keje lak kena tlipon customer service. Selalunya bukan dapat cakap terus dengan operatornya, kena dengar mukadimah dulu seminit dua.. ada tu siap kasi dengar lagu tema lagik. Diorang lupa kot yang kita dok calling tu 'BERBAYAR'.. kekadang tu baru dengar operator sebut "hello, dot dot dot customer sevice".. terus line terputus pasal kredit abih. Alih-alih lepas dia reset kita punya login, dia suruh kita daftar semula tapi kena ambik no pin yang baru kat mesin atm. Satu kelije la pulak, nak start kete gi cari atm yang berkenaan semata-mata nak ambik no pin yang baru.
Moral of the story.... pasni sila guna username & password yang sama untuk semua login... huhuhu