Sabtu, 4 Disember 2010

kenduri kawin..



Cuti sekolah amat sinonim ngan musim kenduri-kendara ni. Ramai yang lebih gemar memilih time cuti sekolah bila nak buat pelbagai jenis kenduri, terutama sekali kenduri nikah kahwin. Mungkin sebab time cuti sekolah lah, sedara-mara yang tinggal jauh dapat turut serta menolong apa yang patut......tapi rasanya ramai yang tolong tengok je dari tolong benda-benda yang patut, kan.. (termasuk la aku pasal aku tak tau nak tlg apa...lauk-pauk kan ketering, hiasan lak mak andam punye keje...bunga telur, semua readymade..abih nak tlg benda lagi, kan..)

Kenduri kawin dulu ngan sekarang, banyak sangat lainnya. Rasanya dulu-dulu lagi seronok..(zaman aku dulu la..era 90an). Lagi meriah. Masak-memasak masih lagi gotong-royong masyarakat setempat. Riuh rendah la time tu. Dengar gurau senda masing-masing, lebih-lebih lagi bila ada yang rajin mencuit makcik-makcik yang kuat melatah. Masa tu jugak la boleh ambil kesempatan kenal jiran-jiran yang sebelum ni tak berapa nak kenal. Sekarang lak, jiran-jiran cuma datang time makan je...termasuk la aku. Payah la nak tengok kenduri kawin yang bergotong-royong macam dulu. Semua dah siap tersedia.....sedia duit jer, kan..

bakul telur gini pun dah jarang jumpa zaman sekarang...


antara kreativiti manusia zaman sekarang...

Satu lagi benda yang payah nak dapat dah bila kita gi kenduri kawin sekarang ni....'bunga telur'. Tak dinafikan, 'bunga telur' ni masih wujud.....tapi zaman sekarang ni cuma diberi pada tetamu tertentu aje. Yang tak berapa 'vip' ngan keluarga pengantin tu....hmm...dapatlah kotak kecik yang ada gula-gula 4,5 biji tu. Nak save bajet. Maklum ajelah.....semuanya pakai duit. Tak kurang jugak yang ada 'bunga telur' tapi takde dia punya 'telur'......depa ganti ngan gula-gula gak. Pasni boleh tukar nama la pulak....'bunga gula-gula'. Satu lagi yang aku dah tak jumpa kat kenduri kawin zaman sekarang ni...bekas telur 'toing-toing'. Ala yang kertas berkilat, bentuk macam spring tu. Suka....













sebelum..... selepas....


Bunga manggar.....hehehe....dulu jenuh nak menggunting kertas kaler2 tu, pastu lilit kat lidi. Pastu cari buah betik muda.....nak cucuk2 bunga manggar yang dah siap tu kat situ. Sekarang... takyah nak bersusah payah lagi. Kedai-kedai barang2 kraf pun berlambak jual. Macam2 jenis, macam2 kaler...nak yang berkilat, yang tak berkilat ...usahkan dah siap gunting, yang siap dah lilit kat batang lidi pun ada. Tempat cucuk lak, sekarang depa tak pakai buah betik dah....depa pakai polisterin.
Kalau nak cerita pasal kenduri kawin dulu dan sekarang.....alamatnya berjela la nanti ruangan ni, ada lak kang member komplen cerita panjang sangat...hehehe... Ok la, aku pun nak bersiap-siap jugak ni, nak jengok 'sedara' selang 3 buah rumah mak aku yang nak nikah malam nanti... hahaha that's why terkeluar cerita bab kenduri kawin nih.....;-)




Rabu, 1 Disember 2010

dilema taska..

Pelbagai cerita tentang taska & pengasuh keluar kat surat kabar hari-hari. Bukan je kat surat kabar, kat wall laman facebook pun ramai yang dok 'send' pelbagai rakaman video tentang pengasuh-pengasuh ni. Tak kira apa warganegara sekalipun. Kalau cerita yang menyenangkan hati, takpe la jugak. Ni semuanya cerita yang buat kita ni meremang bulu roma. Seriau. Kecut perut (walau hakikatnya perut aku takdenye nak kecut-kecut...;p).
Satu persatu kisah kemalangan kanak-kanak semasa berada bersama pengasuh. Tak kiralah samada kemalangan yang tak disengaja dan banyak jugak kes kemalangan yang disengajakan. Dah semakin pupus manusia-manusia yang 'berperasaan' kat muka bumi ni, gamaknya.
Susah juga wanita@ ibu2 yang punya kerjaya yang bukan PSRSM (Pegawai Surirumah Sepenuh Masa) ni. Lebih-lebih lagi yang punya anak-anak yang belum dikira layak untuk ditinggalkan sendirian kat rumah. Apa pilihan yang ada? Pengasuh la, kan. Lainlah kalau mereka yang masih ada mak ayah yang sanggup@sukarela nak jaga cucu sendiri. Tak payah nak pening-pening. Kompem dapat jagaan yang tip top....baeekkk punyerrrr...
Zaman sekarang, nak pulak duduk kat bandar-bandar yang semua harga barang dekat paras hidung ni, payah jugak kalau suami je yang kerja. Lainlah kalau si suami kerja ngan gomen. Tetap dan berpencen. Sangat-sangat payah nak diberhentikan melainkan ada kes jenayah. Itupun kalau disabitkan bersalah, baru ada tindakan tatatertib. Bagi mereka yang punya sang suami yang berkerja makan gaji dengan sektor swasta macam aku ni... kena pikir berkali-kali la nak ngantar surat berhenti kerja tu. Maklumlah.. swasta.. kalau diorang rasa nak kurangkan staff, boleh main campak je sapa-sapa yang bos tak berkenan di hati. Buatnya nama si suami tu, takde tersenarai dalam hati si bos, naya je kan. Kita tak kerja, suami pun tak kerja..... abiss... anak-anak nak makan apa, kan.
Actually aku puas hati jugak dengan pengurusan taska anak aku yang kecik sekali tu. Taska Idaman Suri. Dekat dengan rumah aku. Masalahnya sekarang, taska tu bukak kul 7 pagi. Yang akan lebih menambahkan masalah, next year, anak sulung aku akan bersekolah sesi pagi. That's mean, aku kena keluar rumah seawal 6.30 pagi. Takkan la aku nak ngantar anak kecik aku kat taska, pagi-pagi buta tu. Budak2 pengasuh tu, belum tentu siap mandi lagi... paling tidak pun memperkemaskan diri diorang. Kang menjerit lak anak-anak bila tengok muka pengasuh macam muka pontianak harum sundal malam. Rambut mengerbang, muka tepek bedak sejuk... maklumlah, baru bangun tidur. Lagipun, owner dia pun dah bagitau awal-awal yang diorang akan start terima budak kul 7 pagi. Takkan la aku nak gi ngantar anak sulung aku sekolah dulu, pastu pusing balik ngantar anak kecik aku kat taska tu. Rugi masa lagi. Nak kata jauh sangat tu, tidak lah juga tapi kalau dah kena tempoh 6 traffic light sehala. Tak ke nanti, pergi, balik, pergibalik... dah kira 18 kali kat traffic light tu. Tak pasal-pasal aku kena 'mark' pulak nanti pasal datang lewat sokmo kat tempat kerja.
Aku terpikir nak tukarkan aje si kecik aku tu ke taska yang berdekatan dengan tempat kerja aku. Tapi...........yang tak bestnya, member-member yang terpaksa letak anak kat situ, selalu gak merungut yang pampers anak tak bertukar sampai naik ruam punggung si anak. Ada jugak yang komplen, ambik anak petang-petang, diorang tak mandikan dulu. Yang buat aku takut sikit bila ada yang cerita pasal ada pengasuh yang garang dan amat tak disukai oleh anak-anak di situ. Aku takut gak peristiwa lama berulang kembali. Anak aku yang no 2, pernah di cubit sampai meninggalkan kesan kuku yg berdarah, masa anak aku tu baru 4 tahun. Kesalahan yang anak aku buat cuma terkencing atas tilam masa tidur. Patutkahhhhh????... aku takleh terima la der...

Khamis, 25 November 2010

novel

Baru saja menghabiskan bacaan novel yang beli minggu lepas. Senyuman Manismu, karya Rania Firdaus. Baru first time baca karya minah ni. Ok. Gaya penulisan kena dengan citarasa aku. Penceritaan pun ok, tak berat sangat kepala otak nak pikir. Bahasa pun tak berbelit-belit. Cerita dia mengisahkan ....oppss... aku ingat kalau korang nak tau beli sendiri laaaa....kan..

Lama gak tak mencuri-curi masa untuk sesi pembacaan novel ni. Sejak ada 'facebook' (fb) la kot. Asyik melayan pelbagai jenis games dalam fb, sampai takde masa nak ngadap novel-novel tu lagi. Segala jenis kedai, segala jenis ladang aku ada di alam maya nih. At least merasa jugak jadi taukeh walaupun di alam maya. Realiti......hmm....tetap dan berpencen la hidup makan gaji ngan gomen.
Dari zaman sekolah lagi, cukup gemar baca buku cerita terutamanya siri penyiasatan Alfred Hitchcock versi melayu. Buku-buku kisah-kisah dongeng timur dan barat pun menjadi peberet aku. Naik ke sekolah menengah, mula beralih kepada novel-novel remaja. For sure la kisah-kisah cinta jadi keutamaan. Ismail Sarbini, Khadijah Hashim, Ahadiat Akashah....antara nama-nama penulis novel remaja yang aku ingat zaman aku remaja dulu. Sekarang ni, novelis keutamaan aku, Damya Hanna, Fauziah Ashari, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem, & Mat Romeo. Senang dengan gaya penulisan diorang. Jalan cerita lak, mestilah yang lebih sesuai untuk 'remaja purba' macam aku ni. Majoriti novel yang aku beli sekarang ni, berkisar kepada kisah rumahtangga, tentang kehidupan. Yelah, takkan nak aku baca kisah cinta remaja lagi, kan. Tak sesuaiiiii....
Seingat aku hampir 100 buah novel yang aku dah beli tapi sayang, angka yang ada dalam rumah aku sekarang, dah tak sama dengan angka 100 tu. Ada yang rosak dimakan anai-anai masa kat rumah sewaan dulu. Dan yang sadisnya, banyak yang dipinjam orang dan dibuat harta sendiri oleh orang-orang yang meminjam itu. Tapi tak semua peminjam la buat kerja gitu, kan. Frust jugak, tak kasi serba salah pulak. Kang diorang kata aku ni kedekut ilmu pulak. Aku nak gi mintak balik, segan. Ada jugak yang aku gi tebalkan muka mintak balik tapi si peminjam kata dia dah pulangkan, tak tau la dia pulangkan kat siapa sebab aku takde terima lak. Dan yang paling buat aku geram habisss.......hok jenis dah la pinjam buku kat kita, pastu suka-suka mak bapak dia gi pinjamkan kat orang lain pulak.
Percaya atau tidak, kadang-kadang baca novel pun boleh terbawa-bawa watak dalam novel tu. Bukan tengok filem hindi je nangis tau, baca novel pun boleh nangis. Ketawa dan senyum sorang-sorang tu dah jadi perkara biasa bagi pembaca novel sama seperti orang yang dok baca sms.
Sekarang ni, anak dara aku pun dah tunjukkan minat yang sama. Kebetulannya cuti sekolah ni, aku beli banyak buku cerita kat dia untuk isi masa. Secara tak langsung, boleh bantu dia dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Belajar membuat atau mengatur ayat dengan betul. Maklum aje la, anak aku tu sekolah cina. Cikgu BM nya pun cina...... that's why ayat bahasa melayu anak dara aku tu sedikit berteraborrrrr..... usahkan kawan-kawan dia, aku pun kadang-kadang tak paham dia nak cerita apa.....;p


Selasa, 23 November 2010

...add as friend..

It's funny bila ada orang kecik hati ngan aku pasal aku lambat confirm dia as a friend dalam 'facebook', walhal dalam dunia yang nyata ni pun dia bukannya nak sangat berkawan dengan aku ni. Sori la beb, kalau setakat nak penuhkan senarai 'kengkawan' dalam fb, apa barang.... Tak tau la kalau dia nak add aku pasal nak selidik kehidupan aku camner...... (iskh, apa la aku ni, tak baik buruk sangka ngan orang).....alamak, 'ter' la pulak...
So, aku mintak maaf bebanyak la pada mereka-mereka yang aku tengah simpan samada nak terima korang sebagai kawan ke tak. Maklum la kan, kita tak boleh nak share everything dengan orang yang tak berapa 'kenal' kan, walau pun ada pepatah inggeris zaman sekarang mengatakan, 'sharing is caring'. Setakat kenal nama, belum tentu kita 'kenal-mengenali'. Rambut sama beruban tapi hati... of coz lain-lain, ye tak...?
Aku dah pernah buat silap dulu. Menerima 'kawan' yang aku sangkakan benar-benar nak 'kawan'. Mana tahu dia ambik kesempatan untuk selidik kehidupan aku dan jadikan bahan untuk mengutuk dan menyindir aku. Kepada 'kawan' aku tu, aku dah maafkan dia dan sori sebab kena 'hilangkan diri' dari menjadi 'kawan' dia sebab aku terpikir gak, siapalah aku nak berkawan dengan dia, orang yang asyik nak cerita dia dari keturunan orang 'besar-besar'. Baik aku jadi kawan dengan orang yang 'kecik-kecik' je, pasal aku lak dari keturunan yang 'sedar diri'.....;p

Sabtu, 20 November 2010

blog???!!

Blog.... apa itu blog? Pi cari kamus la, atau check kat google. Lain kali pegi kaji dulu apa itu blog sebelum mentertawakan orang. Ada ka patut, ada sorang kawan ni, dia kasi komen la kat aku. (berdepan la, bukan komen kat blog). Dia kata kat aku ...."apa la kau ni, buat blog tapi dok cite mane engko pegi, ape engko buat. Pulak tu engko nulih lak panjang sangat"......aku tak tau la samada aku nak marah ataupun nak gelakkan kawan aku ni tadi. Pilih jalan tengah-tengah. Silent & smile. Aku buat blog ni untuk cerita hal yang berkaitan diri aku, bukan untuk bercerita tentang orang lain. Itu dah jadi mengumpat, namanya. Aku bukanlah spesis yang suka mengumpat kat alam maya ni......(tapi dalam dunia realiti, join gak sekali-sekala...hehehehe). Lagipun der, biarlah wartawan & blogger hiburan je yang buat laman-laman blog cerita-cerita pasal orang ni (maksud aku laman gosip-gosip tu la) . Diorang ada sumber-sumber yang boleh dipercayai... abih, takkan aku nak mintak maklumat yang tah betul ke tidak kat kau lak. Kang tak pasal-pasal orang bermasam muka ngan aku. Takat bermasam muka takpe, buatnya heret aku kat court kang, ko ada duit ke nak upah lawyer untuk aku. Lainlah kalau diorang heret aku kat Court Mammoth.....;p
Suka hati la aku nak tulis (..err...taip la..) berjela mana pun. Aku tak pernah paksa sapa-sapa baca celoteh aku. Lagipun, ala, bukan kena caj apa pun kalo ye pun aku nak berceloteh berjuta-juta perkataan pun, kan. Sesiapa yang tiba-tiba tergerak tangan tertekan mouse kat aku punya laman blog, dia baca la kan. Kalo tak nak baca pun tak pe.... sendiri punya tangan, sendiri punya suka la nak tekan mouse ke mana pun. Mak sikit pun tak kecik hati, nyah....;-)

Jumaat, 19 November 2010

aduhai pagar letrik..

Aku cuti-cuti Malaysia lagi semalam (18/11/2010). Terpaksa cuti pasal taska anak-anak 'bercuti' sempena raya korban. Sayang jugak nak ambik cuti lelama, nak simpan tapi bukan untuk 'golden handshake', aku nak kumpul bawak ke tahun depan biar tahun depan cuti aku jadi banyak sikit ....hehehe. Almaklum le, aku jarang-jarang dapat together gether dengan my hubby, so nak ambik cuti lama la sikit bila dia balik Malaysia nanti, kan....

Lepas hantar anak-anak aku ke sekolah, aku pun melingkor depan tv ngan anak bongsu (bongsu buat masa ni la, kan....hehehe....). Melayan drama bersiri Ulek Mayang kat tv3. Tah macamana aku boleh tersangkut lak tengok cerita ni. Elok-elok dia habis je, letrik takde. Aku check gak kat fius utama tu, kot la tendang kan...tapi okay jer. Nak tanya orang kiri-kanan, biasalah waktu-waktu macam ni takde jiran yang ada. Semua keroje... Seingat aku, aku dah bayar bil bulan lepas. Aku pun try call talian hotline TNB tapi malang, ada suara pompuan yang jawab (sah-sah suara robot), "no giliran anda tujuh puluh satu...sila tekan 1 untuk terus menunggu"....iskh...tak kuasa aku nak nunggu. Bukan talian free..

Jam dah hampir pukul 6 petang. Aku dah bersiap-siap nak pi jemput anak-anak dari sekolah. Dah start enjin kereta. Bila tekan remote pagar, dia tak buka-buka. Biasa kalau takde letrik, dia ada backup bateri. Aku try call hubby tapi no answer. Barangkali dia tengah kerja. 10 minit berlalu, aku call aku punya auntie, mintak tolong ambik anak-anak aku kat sekolah. Mujur jugak ada sedara-mara kat sini. Dah 15 minit berlalu, aku try pulak call no yang tertera kat moto gate tu..."itu dia punya backup bateli sudah abis lo, mau kasi tukar. Sementala u pakai manual lo..lulu kita ale kasi itu manual punya beg biru"...itu jawapan yang aku dapat. Berpeluh aku cari beg tu tapi tak jumpa-jumpa. Tensen lagi. Risau anak-anak kat sekolah lagi.

Tetiba kipas kat rumah mula berpusing. Lega. Nasib baik tak lama. 6.20pm, letrik ada semula. Asal-asal nak pasang auto gate ni dulu, time hujan. Bertolak-tolak ngan hubby sapa gi bukak pagar. Satu lagi sebab takut nak turun gi bukak pagar sebab ada 4,5 ekor anjing liar berkeliaran kat tong-tong sampah. Aku cukup pobia ngan anjing lebih-lebih lagi mengenangkan peristiwa zaman anak dara dulu......2 kali pengalaman dikejar anjing liar. Trauma beb. Tu yang decide nak pasang auto gate tu. Parah jugak kalau letrik takde time aku nak gi keje ek......tak pasal-pasal terpaksa ambik emergency leave (EL). Gelak dek orang je....biasa orang ambik EL sebab anak sakit ke, suami sakit ke, mak ayah sakit ke...atau sendiri sakit ke (err...sendiri sakit biasa ambik mc laa...). Ni ambik EL sebab pagar takleh buka......haru...

Ahad, 14 November 2010

bersenam vs malas.....

Entah kenapa selera makan aku menjadi-jadi betul minggu ni. Ngalahkan orang bela hantu raya lak. Musim hujan barangkali. Kata orang, time hujan-hujan ginilah, perut mudah berasa lapar. Satu lagi sebab....err...'bulan nak mengambang' barangkali....hehehe.
Masa mentekedarah tu tak ingat, concentrate pada rasa makanan.........konon.... Bila dah rasa kekenyangan sampai nak termuntah, barulah timbul rasa menyesal yang takde gunanya. Time tu, usah kata nak naik......nak tengok mesin penimbang tu pun rasa ngeri.....takutttttt....
'Kesedaran' makin memuncak bila nak gi keje. Apa taknya, bila sarungkan uniform kat badan.... adesss....terserlah 'bengkak-bengkak' di badan. Segala jenis 'mangkuk tingkat' terserlah untuk tatapan umum. Bila dah macam tu, mulalah cari jaket untuk cover lemak-lemak terlebih sudah tu. Nasib la jugak masa ni musim tengkujuh. Coverline la pakai jaket sebab sejuk. Kalau musim panas.... acer giler nak pakai jaket dalam panas terik. Maunya macam duduk dalam beg sauna je nanti. That's why la, bila time cuti, aku lebih suka lepak kat rumah. Bukan apa, nak keluar ...hmmm.... lepas satu baju ke satu baju eden toraiiii.... tapi semua serba tak kena, menyakitkan 'permandangan'. At last, pakai baju masa pregnant dulu.... abihhh, itu je yang padan...
kayuh la lama mana pun, dia still kat situ gak...hehehe


'stepper'....alat exercise pertama yang aku ada

Ada la kata-kata sinis dari spesis berbadan cantik....(err...cantik ker??...)... "makan banyak, excercise takde".....ala der, buat keje-keje rumah pun kira excercise ape...hehehe. Masa anak dua dulu, rajin gak buat senaman ni. Siap beli basikal yang tak bergerak tu. Bukan tu aje... siap ada koleksi cd senamrobik lagi. Time tu rasa tercabar sebab ada kengkawan yang perli pasal depa boleh kenal aku dari jauh lagi. Geram asyik jadi bahan lawak orang, aku pun tekad la. Gila-gila punya diet, gila-gila punya senaman. Berbaloi jugak dari 65kg, turun sampai 53kg. Selepas lahir anak ketiga, berat naik balik ke berat yang asal. Tapi tak tau la nape sekarang ni aku dah tak boleh nak jadi setekad dulu. Pernah jugak ambik bermacam-macam produk kurus tapi tak berkesan. Setakat dapat cirit-birit tapi tak gak kurus. Pernah jugak aku gi buat rawatan kat pusat perlangsingan......macam takde perubahan, berat tak jugak susut, yang susut cuma 'poket'. At last, aku try la control makan sendiri. La ni, turun la ke 57kg. Nak turun lagi dari tu, dah macam tak boleh. Ada betul gak kata spesis berbadan cantik tu...exercise kurang... Basikal tak bergerak tu pun, jarang-jarang sekali kena kayuh dek aku. Alat stepper tu pulak.... hmmm... dah nak berkarat spring dia. Nak jogging kat luar rumah, takut kejar dek anjing jiran yang terlepas.
Nak lompat tali skipping....err...dalam rumah??....ada pulak yang tersangkut kat kipas syiling kang....haru. Nak buat kat luar rumah..... ada lak nanti orang ingat ada gempa bumi. Al-maklumlah ......giant main skipping. Takpun kang, ramai lak penonton beratur kat pintu gate rumah aku ni...(bukan pe, kot la depa nak tolong kira berapa kali aku melompat, kan...)...hehehe. Cd-cd senamrobik pulak tah kemana hala dah.. pikir nak senamrobik depan anak-anak yang dah besar, iskh...malu. Kang pelik lak anak-anak tengok ibu terkinja-kinja depan tv....hehehehe... (macam-macam alasan la boleh buat nak cover MALAS). Apa-apapun sebenarnya atas diri kita sendiri, kan. Usaha atau tidak jer. Aku pikir tak nak la kurus sangat. Boleh maintain macam sekarang pun dak okay. Kalau kurus sangat nanti, tak sepadan pulak nak bergandingan dengan my hubby yang tak berapa nak kurus tu.....;p (ayat untuk menyedapkan hati...hehehehe)........

Sabtu, 13 November 2010

...beg plastik 20sen..


Pagi ni, aku bawak anak-anak kuar sarapan kat kedai pasal diorang request nak makan roti canai. Kalau setakat nak makan nasi lemak ker...mi, kue teaw, bihun & megi goreng ker...baik aku masak sendiri jer kat umah baru puas hati. Bab tebar roti canai ni, aku belum kursus lagi....lagipun takde tempat nak menebar. Takkan nak tebar atas meja makan lak... iskh...kembang tekak aku nak makan. Kalau meja baru, boleh dipertimbangkan.. ini dah bertahun pakai, paham-paham aje la, kan...
Biasa-biasa aku simpan stok roti canai segera kat peti sejuk umah aku tapi pagi ni bukak peti, usahkan roti canai segera....air batu segera pun takde.
Lepas sarapan, aku singgah Ambank jap. Cam biasalah, bayar hutang. Pastu aku ingat nak gi cuci kete tapi bila tengok 'suasana' dalam kete aku tu dah tak serupa kete. Batalkan ajelah niat tu pasal malu lak kat mamat-mamat cuci kete. Bak kata orang Pahang..."pelbagei ande".... dari kertas tisu yang kecik tu sampailah ke tuala mandi anak. Dah macam rumah bergerak dah kete tu. Kebetulan pulak anak-anak meng'offer' diri nak cuci kete petang nanti. Hmm....bab main air, suka lah diorang.
Then, aku teringat lak yang pampers anak kecik aku dah habis. Singgah lak kat pasaraya Tunas Manja kat Jalan Lim Hoe Lik, Kuantan tu. Alamak.... today is Saturday laa. Satu beg plastik akan dicaj 20sen. Satu nilai yang kecik tapi bila dikumpul-kumpul, banyak jugak kan. Dari 'menderma' kat tokeh pasaraya yang jarang-jarang sekali bagi kita barang percuma, baik kita kumpul kasi derma kat anak-anak yatim, kan. Kebetulan jugak aku memang dah standby recycle bag dalam aku punya handbag. Nak kata aku ni pencinta alam sekitar, tak jugak..cuma beringat sebelum terkena sekali lagi. Awal-awal kempen dulu, aku tak teringat langsung pasal beg plastik ni. Aku macam biasa la gi shopping hari Sabtu. Kebetulan lak hari tu aku nak beli 'seluar kecik'.. dah selesai bayar, chashier yang cantik manis tu kata...."sori kak, beg plastik takde"...adesss....haru. Kebetulannya pulak time tu aku cuma bawak wallet...

macamana kalau kat pasar malam pun tak sediakan plastik ye????!!!


recycle bag.......ni Giant punya..bukan free, still kena beli aaa....


Actually, kempen ni bagus jugak. Negara kita baru nak praktikkan tapi negara-negara barat sana dah jadi perkara biasa bawa recycle bag ni. Cuma orang kita susah nak terima benda-benda baru ni. (tokeh-tokeh kilang plastik tepuk dahi pas ni) Kat tempat kerja aku pun dah praktikkan suruh pesakit bawa beg sendiri masa ambik ubat-ubatan diorang. Sebenarnya aku tak berapa setuju.... yelah, hospital bukan shopping kompleks (tempat kita boleh plan nak gi). Orang dah sakit, mana ingat nak bawak benda lain. Yang diorang paling ingat, bawak IC je sebab nak guna masa daftar jumpa doktor nanti. Ada sesetengahnya tu, baju pun takdan nak tukar. Pakai apa yang dah tersarung kat badan jer. Dah sakit, kan... mana leh nak pikir benda-benda lain lagi. Kekadang aku kesian jugak tengok orang yang tangan sebelah nak dukung baby, sebelah lagi nak pegang ubat. Kalau sebotol takpe gak..ni berbotol-botol.. Pernah jugak la dengar pesakit marah-marah pasal takde plastik ni. Bila kita sebut pasal alam sekitar, diejeknya kita balik. Entahlah. Ada yang boleh paham, ada jugak sebaliknya. Lain orang, lain pendapatnya, kan...





Selasa, 9 November 2010

...batuk lagi..


Alahai.......dah naik semput aku dek batuk ni. Ramai yang kata, biar selesema dari batuk pasal batuk payah nak baik (ertikata lainnya, sembuh). Dah seminggu batuk ni tak mau jugak berhenti. Tido pun tak lena diganggu dek batuk....lebih-lebih lagi bila dia buat gatal tekak tu.. (tapi ada gak yang panggil 'geli' tekak) adess... takleh stop batuk sampai berair mata. Bila rasa gitu, aku kompem cepat-cepat cari port nak duduk sebab....kalau aku teruskan batuk tu sambil berdiri, silap-silap ada la cecair yang mengalir kat kaki aku nanti. Betul beb.....kekadang batuk sampai terkencing tau. Siap standby 'pampers' lagi kot-kot 'emergency'...hehehe

Ada tak sape-sape pembaca di luar sana (hmm...ada ke orang lain baca blog aku nih??..) yang boleh kongsi petua macamana nak hilangkan batuk ni cepat. Aku dah habiskan antibiotik untuk seminggu tapi tak jugak berkesan. Ubat batuk???......dah bermacam-macam cuba cuma satu ni je la yang okay sikit ngan aku. Cuma yang lecehnya minum ubat batuk ni....kesan mengantuk dia la...terbantut segala perkerjaan.
Aku dah start pantang minum air berais, kebetulannya sekarang ni musim hujan so, tekak aku kureng teringin la nak minum benda-benda berais ni. Air bergas pun aku dah insaf semenjak badan asyik 'berangin' jer ni. Makanan berminyak????....iskh... tu payah sikit. Maklum je la... aku ni MELAYU JATI.... kebanyakkan makanan yang masuk kat tekak ni di masak menggunakan teknik mengunakan minyak.. Yelah kan...takkan nak makan nasi lemak sambal rebus lak....... ada ker????


Jumaat, 5 November 2010

...alahai mercun...


Mata terasa mengantuk, mungkin sebab letih drive tadi. Esok kan hari Deepavali, kebetulannya jatuh pada hari Jumaat, so dapat la orang-orang gomen cuti-cuti Malaysia 3 hari. Aku pun ambik peluang ni balik jengok kampung dan kebetulannya pulak, lusa nanti famili aku nak buat majlis tahlil untuk arwah bonda tercinta sempena genap setahun kembalinya beliau ke rahmatullah.
Mata semakin pedih tapi.....adessss...macamana aku nak lelapkan mata kalau kejap-kejap dikejutkan dengan bunyi letupan yang ala-ala Presiden Bush mengebom Saddam Hussien. Terasa macam nak gugur jantung pun ada gak ni. Nak wat camner.....kiri kanan depan belakang rumah orang tua aku ni, ada sedaramara Kajol.
...aku gelar mercun ni, 'MERCUN CINA'

ni lak..."MERCUN MERDEKA"

Seingat aku, masa Tahun Baru Cina yang lalu pun tak sehebat ini gegendang telinga aku menanggung 'siksaan'. Lagipun, aku tengok trend chinese sekarang, takde dah nak bakar-bakar mercun ni. Yang tolong bakar pun sedaramara Kajol tu jugak la....
Raya orang kita lak....maksud aku, Aidilfitri.....meriah gak dengan bunyi mercun ni walaupun tak sehebat hari ni punya bunyi-bunyian. Mercun Aidilfitri pun hebat gak, hebat dalam memutuskan jari-jemari dan kekadang boleh buat sampai orang mati. Payah kalau dah terlalu genius.
Aku sebenarnya heran gak pasal apa setiap kali Aidilfitri, ada je kes hilang anggota badan nih. Takde pulak kes gitu masa Tahun Baru Cina & Deepavali. Aku sebenarnya tak suka juga kasi anak-anak main mercun ni, satu, sebab bunyi dia bising.....ganggu jiran tetangga, mana tau kan ada di antara jiran-jiran yang ada anak kecik (baby) nak tido ke, sakit ke...apa ke ...kan. Kedua, bahaya beb...nak kasi anak-anak main ngan api ni......kang kalo tak terbakar umah, melecur tangan lak.

MERCUN POP'...hmmm....aku pun suke...

Tapi dalam pada tu pun....... aku kasi gak diorang main bunga api ( itupun yang free punya pasal tiap-tiap tahun ada member sedekah ) Mercun???....ehh kasi gak tapi yang tak payah cucuh api punya...... mercun 'pop'..(hok ni aku pun main sama ngan anak)....campak kat lantai je. Itupun rasa bersalah kat jiran sebelah pasal bunyi bising dan asap bunga api yang berkepul-kepul tu. Kalo kat kampung-kampung lainlah kan....pasal rumah jarak-jarak. Kat bandar yang rumah macam kembar siam ni..... orang sebelah bakar mercun, dia punya bunyi macam sebelah telinga kita jer... That's why, aku hanya kasi anak-anak aku main bunga api @ mercun pop tu sehingga kul 9 malam jer......