Sabtu, 22 Disember 2012

sesi berkemas2an pun bermula...

Tinggal lagi beberapa hari nak kena balik ke tanahair,  ni la masa untuk menyemak list barang yang wajib di bawak balik walau mood nak balik tu masih jauh nun di dasar laut. Tah bape kali dok tukar2 beg. Ater, boleh bawak 25kg je sorang. Sorang lak satu beg je dibenarkan. Tu la yang heran, masa datang ke Jubail ni dulu, kitorang bawak 3 beg je.. alih2 ni nak balik Malaysia, berganda2 beg jadinya.. magic betul (magic la sangat... kannn)... hehehe

Ikutkan aku, seme benda kat dapur tu aku nak bawak balik. Rice cooker, cake mixer, oven, tv lcd, peti sejuk, blender, pressure cooker, periuk belanga seme aku nak bawak balik. Ater en somi bukan guna pun benda2 tu semua. Orang 'bujang' makan di kedai je.. takpun tapau khabsa.. Barang2 tu seme, en somi beli sekali masa nak ambik rumah sewa ni dari penyewa lama. Diorang pun tak kose nak angkut barang2 ni balik mesia. Bukan apa, kekadang terpikir gak nak bawak balik bagi kat sedara mara yang memerlukan dari terbiar gitu. Bila mengenangkan kos nak bawak balik barang tu seme... err... baik tak payah. Sama pulak dengan rege beli baru kat mesia.


umrah lagi..

Alhamdulillah.... seminggu lepas, en somi bawak aku ngan anak2 ke Kota Makkah buat umrah lagi buat kesekian kalinya. Kadang2 pikir macam mimpi je dapat jejak kaki kat sana. Tahun ni saje dah tiga kali aku ke sana. Hikmah berada di bumi arab ni, tiap2 bulan nak ke sana pun boleh. Belanja tak semahal pakej umrah dari Malaysia. Paling2 pun habis campur tolak dalam sar4000/rm3262 sefamili (6 org) termasuk hotel dan makan2. Itu kalau naik flight. Belanja banyak keluar untuk tiket flight. Kalau drive sendiri tolak le rege tiket flight dalam sar2500/rm2038 tu, lagi la jimat. Ater, minyak petrol kat Saudi ni tersangat murah.. sar0.47/liter (rm0.38) sahaja. Cuma kalo drive tu agak lama jugak nak nyampai, berbelas jam jugak la dari Jubail ni. Naik flight jimat masa sikit. 2 jam dah sampai Jeddah. Dari Jeddah ambik teksi ke Makkah dalam 45minit dah sampai. Tambang teksi dari Jeddah ke Makkah dalam sar150-sar250. Kalo dapat kautim ngan kete sapu, boleh dapat kurang lagi kot...

suasana selepas solat isyak
Jemaah umrah buat masa ni, tak berapa ramai la sebab visa umrah untuk jemaah luar Saudi belum dibuka selepas bulan haji ritu. Kebanyakkan jemaah datang dari bumi Saudi ni jugak.Ada jugak jemaah dari luar, tapi itupun kebetulan diorang ada kerja kat sini. Nyeyambil tu, diorang buatlah umrah sekali. Lepas subuh dan tengah malam, waktu yang sangat cantik untuk buat tawaf sebab masa tu orang tak ramai. Kalo ada  rezeki siap boleh sentuh dan cium batu Hajar Aswad. Cuma kali ni, feel aku tak berapa seronok sebab aku tak dapat bersama2 en somi dan anak2 buat umrah pada hari yang sama sebab 'bulanku masih mengambang'... huhuhu.

anakanda2 berumrah dgn ayah saje kali ni..
Tiga hari aku duduk saje kat hotel ngan si kecik, makan tido...makan tido... Selama tiga hari tu la aku kena menahan diri dari buat apa2 yg akan membatalkan ihram aku. Mujurlah malam hari ketiga tu, dah 'suci murni' gitu. Hepi tak terkata. Syukur sebab Allah bagi aku peluang berumrah sekali lagi, dapat jejak kaki dalam Masjidil Haram sekali lagi.. dapat tawaf dan saie sekali lagi.. tapi sian gak kat anak2 kepenatan sebab kena tawaf dan saie sekali lagi sebab nak teman ibu.
bersemangat sekali 'bodyguards' ibu nih...


baru selesai menyempurnakan umrahku...rehat kaki jap..
baru balik lunch, en somi curik snap.. mcm model lak..
Minggu ni, minggu last aku dan anak2 di tanah arab ni. Berat rasa hati nak kembali ke tanahair. Tak tau nape. Terasa sayang sebab bila dah balik sana, tak tau bila lagi dapat jejak kaki ke Makkah lagi... tah bila la dapat tengok kaabah  lagi... tah bila la dapat bersolat di Masjidil Haram lagi... Time buat haji la kot, insya Allah. Bila giliran??!!... hmm... 43 tahun lagi....insya Allah... err...tah hidup lagi tak aku masa tu....

Selasa, 11 Disember 2012

ade ke mase??

Melewati hari2 penghujung 'percutian' ni dengan melangok depan pc en somi, secara tak langsung timbul kesedaran nak do something bila balik mesia nanti. Hari2 mem'blog walking' kat blog2 pakar2 di dapur ngan buat road tour kat timelime pesbuk kengkawan pompuan khususnya (kengkawan ex schoolmate yg lelaki, sori ek... tak berminat lak jari aku nak klik..). Jeles... sungguh aku jeles dengan kemahiran, kepakaran dan ke'terror'an korang. Jelesnye aku bila tengok korang post gambo2 masakan terutamanya western style macam kek, pastry, pasta, pallova (teringin nk makan mende nih) dan seangkatan dengannya. Nak2 lak tengok korang deco menda2 tu seme.. gilerrr pandainye korang. Aku ni nak kelim karipap pun pakai acuan, tu pun ada gak yg 'tersengih' bila digoreng. Baguihnye tangan korang... (tangan aku pun baguih jugak.. baguih melempang orang... hahahahaha)

Tu belum lagi masuk yg menge'post' kraftangan2 yg lain.. broonch, tudung, telekung, baju... seme handmade at home. Termasuklah satu2nya adik pompuan aku yg terror jahit beg (i'm proud of her). Aku nih... takat jahit butang baju tercabut, boleh laaa... tu pun benang suka hati je kaler apepun. memang 'kerastangan' betul. 

Bila sedar diri banyak yang kurang tu kan, mula2 timbul nawaitu nak pertingkatkan kemahiran diri. Mula tercari2 kat laman maya ni kot2 ada kelas2 masakan dan jahitan yang ada dekat2 rumah. Ada tu ada tapi (mesti ada gak 'tapi' tu kan), rata2 semuanya hari Sabtu Ahad (hari yg nursery anak2 aku tak beroperasi).  Kalo hari bekerja pun masalah jugak, takkan kena ambik mc (pasal cuti tahun dah perabih) tiap kali nak gi 'kelas tambahan' tu kan... Pastu rata2 kena ambik 2 ke 4 jam punya kelas. Kang terkejar2 ngan anak2 aku punya kelas tuisyen. The main problem is.... ade ke mase?????


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... kata orang lama. Insya Allah, aku tetap akan ambik 'futher study' bab2 masak2 dan jahit2 ni jugak (takde graduation punya la) tapi secara online kat alam maya nih... lagipun ramai 'guru2' masakan kat internet ni kannn. Teringin jugak nak sediakan kek untuk birthday anak2 & en somi dengan airtangan sendiri....

Rabu, 5 Disember 2012

hmm...

Alang2 duduk depan pc ni anak2 tak kacau, sesambil mem'belog walking' ni.. ingatkan nak le meng'update' laman sendiri. Sign in bloggers, tengok skrin sesambil tangan menongkat dagu.. nak cite ape ek.. hmm.. tu la kan, bila ada masa... idea lak tah ke mana. Bercampur pulak dengan mood yang merundum ni..(sebab apa mood merundum tu, biarlah rahsia... chewahhh) Mulut lak tak renti2 mengunyah. Fikiran tu lebih tertumpu kepada nikmatnya apa yang dikunyah dalam mulut, dari peti cerita ceriti yang di postpone hari ke hari...
what to say.. itulah sifat semulajadi aku, senang hati.. makan. Susah hati... double makan. That's why la makan ubat kurus berbotol2 pun, takkan kurus punyeeee... 

Selasa, 4 Disember 2012

bertukar musim..

suhu ketika entri ini di'publish'kan...
 Makin hari makin sejuk lak cuaca di bumi Jubail ni. Masa kitorang mula2 sampai kat sini 6 bulan lepas, cuaca panas tak henggatttt... boleh cairlah segala lemak di badan. La ni, lemak tak cair... makin membeku dan menepu adalah kot.. 6 bulan lepas, liat nak basuh pinggan pasal tak tahan dengan air paip. Panas macam air baru didih, pijarlah sekalian jari jemari. Sekarang ni pulak, masih liat... liat nak sentuh air paip yang sejuk macam air sirap kat dalam peti sejuk.
water heater kat rumah sewa nih..
 Kata en somi, ni baru permulaan, nanti sejuknya kat sini sama macam cuaca masa di Istanbul tempohari. Bezanya, sesejuk mana pun bumi arab ni, takkan ada turun salji... Cuma hujan je yang turun sekali sekala.. tu pun takde la lebat mana pun. Teringat lak masa mula jejak kaki kat umah ni 6 bulan lepas, masuk toilet nampak ada heater. Pelik jugak. Negara yang bercuaca panas melebihi 40'C ni, apekejadahnya nak guna heater. Nak mandi pun kena tadah air siap2 dulu kasi kurangkan 'kepanasan' air, baru boleh guna. Nak guna air direct dari paip, boleh... bukan tak boleh... tapi ibarat mencurah air panas kat dalam tong 44 orang penyamun tu la. Rasa terbakor kulit, mati segala bakteria. Sekarang ni, baru aku tau ada fungsinya heater tu. Musim2 sejuk cenggini, besar jasa dia.... tapi biarpun dia nak buat jasa, anak2 aku tetap liat nak mandi jugak. Kata diorang, bila dah siap mandi nanti lagi sejuk, kena angin...                                                          

Ahad, 2 Disember 2012

Disember suda mari...

Sedar tak sedar, hari ni dah pun 01/12/12. Da bulan Disember. Lagi tiga minggu 'percutian' aku ni akan berakhir. Rasa sebak pulak nak meninggalkan bumi Saudi ni.. Betul la orang kata, tak kenal maka tak cinta.. bila dah jatuh cinta, berat hati pulak nak meninggalkannya.. cheewahhh..


Apa yang aku suka kat sini, aku boleh kurangkan 'dosa' sikit... al maklum lah, kat sini, 95% life aku, hanya kat rumah. Fikirkan suami dan anak2. Sosial??.. bukan takde, ada gak la sembang2 ngan kengkawan baru di laman pesbuk dan instagram.. Itu pun sekadar bertanya kabar, dan bergurau senda sesama.. sikit pun tak menyentuh hal peribadi orang lain a.k.a 'mengumpat'. At least, aku dapat mengawal mulut aku yang very the laser nih, kannn... satu lagi, dapat membataskan pergaulan aku dengan kaum adam yang bukan mahram. Ye lah, kekadang kat tempat kerja tu bergurau sesama setaf sampai kekadang terlajak tertepuk tampar dan bergelak2 besar... terlupa jap status 'bini orang' yang aku pegang, tak pasal2 en somi di soal 'di sana' nanti.. Yang pastinya, aku banyak bermuhasabah diri sepanjang 'percutian'aku ni.
Satu lagi perkara yang aku suka duduk kat sini...'masa'. Suka la weh, aku tak yah lagi termengah2 mengejar masa tapi masa pulak yang semput berlari  mengejar aku. Di sini aku yang aturkan masa dan bukan masa yang aturkan aku. Hilang segala stress. Yang paling best... bila2 masa je aku sefamili boleh gi buat umrah kat Makkah dan ziarah di Madinah.

Berat memang berat rasa hati ni nak balik ke tanahair, nak2 pulak bila mengenangkan yang en somi akan kembali mencari rezeki di tanah Saudi ni selepas menemani aku dan anak2 balik ke Malaysia dan meninggalkan aku seorang lagi  terkontang kanting menguruskan segalanya sendirian.......huaaaaaaa..!!!!

Khamis, 29 November 2012

Istanbul...aku datang..day3&4

~ sambungan

Hari ketiga kitorang masih lagi guna khidmat travel agency tu lagi. Kos hari kali ni bernilai Euro250 (Rm986.81). Share jugak. Diorang ambik kitorang kul 9 pagi. Tempat mula2 kitorang pegi hari ketiga ni, Galata Tower. Kitorang tak naik pun menara ni sebab rasa macam takde la special sangat. Sama je macam KL Tower & Riyard Kingdom Tower. Beza cuma menara tu dah lama wujud dan klasik  Lagipun cuaca hari ketiga kitorang kat sini, semakin sejuk. Kalau naik kat atas tu, lagilah sejuk.

nilah Galata Tower tu..


Lepas tu kitorang pegi ke tempat tinggi lagi yang boleh tengok keseluruhan Kota Istanbul tu, Camlica Hill. Kitorang lepak2 kat sini sementara menunggu masa untuk solat Jumaat. 


 

Selesai solat maghrib, kitorang dibawa ke satu tempat untuk sopink. Nama tempat tu aku dah tak ingat. Tapi tak menarik minat kitorang pun nak sopink kat situ sebab macam sama je ngan shopping mall yang lain. Ye lah, kitorang sekadar nak beli souvenir yang melambangkan kota Istanbul tu je. Setakat nak beli seluar ke, blouse ke.. kat KL berlambak. Kitorang pun adjust balik ngan drebar kitorang tu.. so terus la melencong ke destenasi seterusnya... Harley Davidson Bosporus. Para somi nak beli t-shirt ori HD Bosporus sebagai kenang2an..



Settle urusan para somi tu, kitorang pun bergerak balik ke appartment. Anak2 seme dah takmo keluar lagi sebab tak tahan sejuk. Lepas solat isyak, aku ngan en somi, bawak si ammar sorang keluar jalan2 kat area Sultanahmet tu sambil snap2 gambar. Disebabkan Turki ni terletak di benua eropah, so paham2 aje la kan.. rase nyesal pulak bawak si ammar keluar malam2 tu sebab banyak sangat live scene pasangan kekasih (laki bini ke taktau, wallahualam) yang kissing2 kat situ. Pastu kitorang singgah tapau makanan untuk dinner. Sini majoriti orang jual kebab. Kena beware jugak halal tak halal tu sebab ada jugak yang bukan muslim. Aku bawak gak la megi dari Jubail tu, tapi standby untuk bekfes je la. Bawak jugak bekal sambal jawa, kot2 la nak makan dengan nasi. Penyudahnya makan dengan megi.

Keesokkannya, kitorang tak lagi guna khidmat travel agency tu sebab rase tak berbaloi. Lebih baik sewa kereta. Tapi hari keempat ni, kitorang naik kaki je melawat tempat2 bersejarah sekitar Sultanahmet. Mula2 kitorang masuk ke Hagia Sophia, gereja yang diubah menjadi masjid tapi sekarang dah dijadikan muzium.  2 gambar bawah ni aku ceduk kat gugel sebab tensen sangat nak upload yang sendiri. Line internet sehari dua ni sangat 'sakit'..

Hagia Sophia ~ cedok gambar kat gugel
bahagian ruang utama Hagia Sophia
Lepas tu naik bukit lagi ke Topkapi Palace yang merupakan kediaman rasmi kesultanan Utsmaniyah ( Turki Ottoman )


pintu masuk utama Topkapi palace

Topkapi Place

Yang ni gambo kat atas ni pun aku cedok kat gugel pasal aku takde helikopter peribadi yang boleh bawak aku ambik gambo dari atas... hehehe. Yang ni pun round tak habis, luas ngat kawasannya. Ramai giler pelancong, siap kena beratur panjang nak masuk tiap muzium. Satu lagi takleh bawak stroller baby masuk dalam. Leceh lah, kan. Kalau diorang sediakan tempat simpan stroller tu kat luar, ok gak... Apa yang penting, kitorang dah dapat tgk sendiri pedang Rasulullah saw dan para sahabat, dapat tengok koleksi kunci Kaabah dan dapat tengok bekas tapak kaki Rasulullah saw jugak.. Yang tak best kat sini, takleh bawak masuk kamera.. curi2 snap pakai henpon pun tak leh. Setakat ambik gambo permandangan dan luar dari bilik muzium takpe.. 

cedok gambo kat gugel lagik..
Ni pulak Masjid Biru (Blue Mosque) atau nama lainnya Masjid Sultan Ahmed adalah salah satu tempat yang popular dikalangan para pelancong tanah Istanbul. Kenapa digelar Masjid Biru, aku tak sure tapi ada jugak baca kat internet sikit2 pasal ni, maybe sebab dalamannya dipenuhi dengan tiles/dinding seramik yang berkaler biru kot... ( kitorang tak masuk pun, sekadar tengok dari luar )...
gambo Blue Mosque dari jauh..

Kata en somi, sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Istanbul, Turki ni tapi masa tak mengizinkan kitaorang pegi. Maklumlah, cuti tahun en somi dah banyak habis masa aku bersalin si bongsu awal tahun hari tu. Ni pun ambik cuti sehari.. kebetulan pulak offday ada 4 hari, tu yang plan gi sana tu. Kata member2 dia yang pernah ke Istanbul ni... kalau gi sana, cuti 2 minggu baru puas hati....








Istanbul...aku datang.. day 1&2

Chewahhh, sama tajuk felem ini kali punye story.. hehehe. Sangat2 hepi bila impian aku nak tengok bumi Istanbul terlaksana jugak. Lama dah verangan nak gi sana. Thanks to en somi yang merealisasikan angan2 aku ini. Kitorang ke sana pada 14/11/12 yang lepas. Actually, bukanlah hebat sangat Istanbul tu cuma selalu tengok dalam rencana kat tv dan buku2, macam cantik sangat tempat tu. Ok la jugak, yang menarik tu kat area Sultanahmet Old City, yang kitorang sewa appartment tu. Banyak tinggalan sejarah yang berkaitan dengan agama Islam. Sikit sebanyak, anak2 aku dapat belajar sejarah dunia islam kat sini... kan.. 
Sampai sana pun dah agak lewat jugak, ye la kan... pegi tempat orang yang kita tak pernah jejak, terkial2 lah mencari apparment yang kitorang booking kat Booking.com tu. 1st time jugak la aku ngan anak2 naik tren... laju giler. Dah la banyak beg, ngan stoller lagi.. tren lak penuh.. tempat duduk ciput. Mujur tak tersembam ke depan aku yang dukung si bongsu sambil berdiri masa tren brek nak berhenti... huhuhu
Lepas turun tren, kitorang sewa lak teksi ke Sultanahmet tu. Hari mula gelap walaupun baru lebih kurang jam 5 petang. Sejuk lak tu.. Pastu tah mana la teksi tu turunkan kitorang. Katanya kete tak boleh masuk dalam, tak pasal2 menapak naik bukit nak cari appartment tu. Sampai appartment, memang menyumpah driver teksi tu sebab actually boleh je dia turunkan kami depan appartment tu pasal banyak teksi lalu-lalang kat situ.. phuiihh...
ni lah appartment yg kitorang sewa..
2nd day, kitorang blur jugak mana nak pegi. Maklumlah, kitorang pegi pakej sendiri, bukan melalui travel agency. So, en somi pun tanyalah kat owner appartment yang kitorang sewa tu. Dia suggest kan kat kitorang satu travel agency ni.. member dia kot. Pikir punya pikir, kitorang pun setuju lah ambik pakej travel agency tu. Kos yang ni Euro245 (Rm971.98). Share dua keluarga. Tempat pertama yang diorang bawak kitorang gi ialah Istanbul Teleferik (Cabel Car). Biasa2 je rasa, takde lah tinggi sangat. Mesia punya lagi best rasanya. Cermin tepi kiri kanan, kabur giler. Patut kena tukar baru nih. Permandangan yg sepatutnya nampak cantik, jadi tak cantik. Yang tak tahan tu, kitorang lintas kubur kat bawah. Hadoiii la.. 

cedok gambar  gugel, internet slow sgt nak upload  my own
naik kete kabel sampai tempat ni ~ Pierre Loti
Lepas turun dari Pierre Loti Hill, kitorang dibawa ke satu tempat yang digelar Eyyub. Kat sini terdapatnya Masjid Eyub Sultan . Nama masjid ni diberi nama bersempena dengan nama salah seorang sahabat Rasullullah saw iaitu Abu Ayyub al Ansari.

Masjid Eyub Sultan
Lepas tu kitorang singgah kat satu tempat ni, aku pun tak ingat apa nama dia. Tapi kat sini terdapat makam2 sahabat2 Rasulullah saw yang menakluk Istanbul suatu ketika dulu. Terpikir gak, jauhnya para sahabat merantau mengembangkan agama Islam ni ek.. berapa lama lah masa diorang ambil untuk sampai ke Turki.. yelah, dulu mana ada kapal terbang, sekejapan je dah sampai..

batu nisan tinggi2 belaka



Tempat last kitorang pegi untuk hari kedua ni, kira yang paling best la... anak2 apatah lagi. Kemain terujanya. Naik private boat pusing2 kat Selat Bosporus. kena angin laut sejuk tak terkata.. kembang kempis hidung dibuatnya. Kitorang tapau kebab for lunch, makan2 dalam bot sambil menikmati keindahan dunia ciptaan Allah swt..

Dolmabahce Palace

Bosporus Bridge yg menghubungkan eropah & asia

my happy family...forever..aamiin..
 Malam tu, kitorang keluar lagi. Jalan kaki pegi survey barang2 nak beli kat Grand Bazaar. Bukan apa sangat, sekadar nak cari souvenirs untuk adik beradik. Punyalah ramai manusia kat sini. Ada jugak peniaga yang boleh la cakap melayu ( sekadar.."apa khabar, mari masuk, murah saja, seploh ringgit, duaploh ringgit".. je la..) Punyalah nak tarik pelanggan, sanggup belajar yang basic. Satu lagi kat sini, jangan gatal tawar menawar kalau tak berniat nak beli. Diorang akan follow kita dan try deals sampai kita akhirnya beli jugak barang tu. Sekadar tanya harga, takpe.. bila tak nak, jalan terus jangan dok sengih2 kat peniaga tu..

sempat snap gambar en somi dln Grand Bazaar tu
Grand Bazaar ni tutup pukul 6.30 petang. Dah gelap pun time tu. Kedai2 disekitarnya pun sama. Diorang buka awal, tutup pun awal. Pastu kitorang balik appartment, hajat nak ronda2 sekitar tempat tu terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca luar dah semakin sama dengan suhu dalam peti sejuk... hehehe.. tak tahan wehhh.


~ to be continued






Rabu, 7 November 2012

nuha selesema lagi...

Hidung si Nuha berair balik semalam. Baru dua hari lepas aku cakap kat somi aku yang senang hati aku bila nampak si Nuha dah sihat, alih2 malam kelmarin meragam lagik. Hidung tersumbat punya pasal. Sampai ke pagi aku takleh nak lelap. Lepas kitorang balik dari Madinah ritu, dia dah tak sihat dah. Selesema dan demam. Seminggu lebih gak. Somi aku ajak bawak gi klinik tapi malaslah aku. Kat sini servis dah la slow, dokternya pulak.. hmm..  sakit mato nengok dia nge check. Bukan dia check pun, yang check tu si misi. Dia duduk peluk tubuh jer. 

Mungkin sebab cuaca ataupun persekitaran udara yang tak berapa nak bagus buat anak jadi tak sihat tu.. Maklumlah, masa kitorang gi tu, banyak jugak bangunan tengah dalam proses pengubahsuaian. Haruslah debu sana sini. Debu simen lak lagi. Aku sendiri pun terasa perit tekak bila duduk kat luar hotel. Aku pasan  yang masa kitorang balik dari Kota Makkah dulu pun, gini gak. Masa tu kitorang satu famili tak sihat. Demam, batuk dan selesema, cukup pakej. Masa tu kitorang belum biasa dengan keadaan cuaca di Saudi ni dan kebetulan pulak masa kitorang gi tu masih musim panas. 

Sian sungguh bila nengok anak kecik tak sihat. Sian nengok dia bernafas ikut mulut. Dulu masa umur dia tiga minggu pernah kena tahan kat wad sebab acute bronkolitis. Tu yang aku risau tu. Takut gak kan. Nasib baik la dia takde lelah. Mujur la aku keje berkaitan jugak dengan ubat2an walaupun sekadar membantu. Sikit2 tu tau jugak pasal ubat dan dos. Farmasi pun berlambak2 kat Saudi ni./.. tapi berlambak pun tak guna bila ubat yang biasa kita pakai kat Malaysia tu, takde pulak di jual kat sini....


hari ini dalam sejarah..

Sepanjang 15 tahun aku bergaji sendiri ni, tak pernah terlintas di fikiran aku nak membeli benda2 gini yang berharga agak 'tuttttt'.. ni. Aku ni kedekut sikit, kedekut kalo beli barang untuk diri sendiri. Takat periuk belanga, beli kat 'cowboy' je (tu pun masih belek rege yang murah sekali... hehehe). Pinggan mangkuk?.. pakai hok hadiah orang kasi masa kawin dulu jer.. ada gak tambah sebiji dua yang baru tapi hok beli sabun basuh dapat percuma pinggan tu. Maklum le.. dah hobi suka beli barang yang ada percuma barang. Tah nape tetibe lak kali ni aku tergatal fikiran nak membeli barang2 berjenama lagi fofuler di abad ini. Maklum la, aku kan jenis yang suka membuat aktiviti2 kedapuran. Biar dapur tak cantik asal barang2 yang diguna tu cantik... boleh gitu?.. hehehe


Bukan sengaja nak ngabihkan duit yang sokmo tak berapa nak cukup tu (cukup sekadar2 je) tapi bila difikir2 semula, selama 15 tahun keje, aku tak nampak duit hasil titik peluh aku tu (aikk... keje dalam ekon pun berpeluh kerrrr....). Nak kata simpan dalam bank berkepuk2 pun, iskh. hujung bulan je balance tinggal paling minima. Nak kata habis bersoping sakan pun.. hmmm... tak nampak pun apa benda yang aku soping tu melainkan barang2 yang dah jadi sisa kat dalam toilet tu. Mungkin selama ni Allah memang beri rezeki kat aku untuk dikongsi dengan makluk2 Dia yang lain. Mungkin semuanya dah bertukar jadi 'pahala' disebabkan  kemaksimaan sifat 'kemurahan hati' dan 'mudah kesian' yang Allah salut pada jiwa aku. Alhamdulillah...

Satu perkara yang aku akan pastikan... barang2 ni takkan sekadar menjadi barang hiasan di dalam kabinet dapur mahupun di bawah katil yang sokmo2 menjadi amalan sesetengah pompuan di luar sana.... jangan marah aaaa......

geram kat lappy..


Sangat2 geram ngan aku punye lappy seminggu dua ni. Tak tau nape aku tak leh guna microsoft office. Biasa la orang busy ni, selalu menderaf dulu bende2 yang nak di story kat belog.  Maklum la, broadband cik abang kita kat Saudi ni kejap merah, kejap biru. Nak tunggu dia biru kang, hilang terus idea, dah tak tau apa nak taip. That why aku selalu taip dulu kat microsoft word, then bila line smooth baru aku copy paste kat belog ni. Yang lagi geram tu, time dia merah tu biasanye time tu yang free bebenor masa aku nih.

Dulu sambung belajar pasal ubat je.. tak ambik pun diploma yang berkaitan dengan si lappy ni. Pakai laptop reti yang mana patut je. Lebih2 tak tau jugak. Macam bawak kete la. Tau bawak, start enjin, tengok cermin, tekan minyak, tukar cluth dan tekan brek je... (tu pun kekadang lupa yg brek tangan pun berfungsi, cermin pandang belakang lak guna untuk tengok muka comei ke dok... hehehehe) Bahagian dalam enjin, langsung gelap. Yang tau, kurang angin tayar, gi masuk angin. Kurang minyak, gi tambah minyak... huhuhu


Ni dah okay balik. Tak tau la ritu salah setting ke, apa ke... kan. Kata cik abang kita, mungkin lepas auto update windows 2007 hari tu aku ada tertekan button apa2 ke yang buat microsoft office 2003 dah takleh pakai. Kelmarin cik abang aku terus install microsoft office 2010 punye. Merangkak sikit la aku guna pasni pasal tools dia lain sikit. Nasib la cik abang kita ni spesis celik it, kalau dapat spesis kabur gak macam aku nih... maunye bersarang lelabah la laptop ni jadinya..

Jumaat, 26 Oktober 2012

raya haji..


Rasa macam baru lagi kita sambut raya puasa.. hari ni dah raya lagi. Raya haji pulak.. kalau kat tempat aku biasa orang panggil hari raya korban. Bagi negeri kelahiran aku, Pahang Darulmakmur.. raya haji ni taklah disambut semeriah sepertimana raya puasa. Yelah, raya haji ni kan sempena meraikan mereka2 yang buat haji dan jugak korban. Cuti umum untuk raya haji pun cuma sehari. Kat tempat kerja aku, time raya haji ni biasanya takdelah staf berebut-rebut sangat nak ambik cuti raya (sampai ade yang gado2, dengki2 gitewww...)  melainkan mereka2 yang kampung halamannya di Kelantan, sebab apa yang aku tahu, di Kelantan memang raya haji ni disambut meriah. Ada member gitau yang kat sana raya haji lebih meriah dari raya puasa. That's why mak dan abah mertua aku suka balik sana bila raya haji ni. Abah mertua aku memang berasal dari sana. Kebetulan pulak abang ipar memang menetap kat sana.

Tahun ni jugak la aku dan anak2 menyambut Aidiladha (raya haji/korban) kat tanah arab ni buat kali pertama.. dan harap2 bukan kali terakhir. Macam raya puasa hari tu... suasana raya kat sini.. hmm.. macam hari2 biasa je rasa. Tak terdengar lak aku takbir pagi raya macam kat mesia tu... yang aku dengar cuma suara imam bagi khutbah dalam bahasa arab dari jauh. Kebetulan pulak en somi kerja shif malam minggu ni, lagi la tak rasa raya. Bangun subuh, kepala dok memikir2 nak masak apa makan pagi raya. Semalam anak request nak mee goreng tapi bila dipikir2, hari ni hari jumaat. Kalo masak mee goreng, sat gi kena masak nasi pulak. Malasnya nak kotorkan dapur dua tiga kali nih. Lagipun, budak2 ni kang haruslah zohor karang baru bangun. En somi lak, haruslah nak tido dulu balik keje malam tu. Lastly aku pun masak la rendang ayam tapi rendang ayam tak berapa nak jadi.. yelah, masak ni kena ada mood yang okay, barulah jadi. Ni, mata masih terpisat2 sambil kupas bawang. Mujur tak tersilap je capai garam ngan gula. Siap masak si ayam tu, aku pun masak nasi tomato ngan pulut kuning.

the problem is.. yang 'sweat' tu yang payah nak buat... ;P
Sedang elok siap2 masak, en somi pun sampai umah. Dah tetiba dia cakap lapar, aku pun hidanglah pulut ngan rendang dan secawan teh tarik kat dia untuk bekpes. Abih.. takkan aku tengok saje kan.. for sure la aku join sekali. Bahana makan sambil sembang2, tak sedar dah tambah berpinggan2. Pulut tuuuu.. Pas makan aku pun join sekali en somi membuta semula. Dekat nak masuk zohor baru sedar. Itupun sebab teringatkan hari ni Jumaat, so en somi dan anak bujang kena gi solat Jumaat kat mesjid. Elok diorang gi mesjid, aku pun bukak periuk lagik. Sedap pulak rendang tak jadi ni.. Makan lagiiiii.... Lepas diorang balik mesjid, aku suruh la anak2 makan. En somi takmo makan dah sebab dia kata nak tido dulu. Yelah, kena recharge cukup2 sebab malam ni dia keje lagi. Syiok tengok dia krohh.. krohh.. aku pun tetibe join sekali memandangkan si kecik aku pun dah terlena sama. Sedar tak sedar pun, jiran sebelah call nak pinjam double tape. Terus bangun nak solat asar. Pastu gerakkan en somi untuk solat asar. Lepas solat... eh... eh.. aku termakan lagikkkkk... aduyai.. dekat sekilo pulut jadi isi perut aku hari ni, lemak kolestrol tak usah kira la kan... Camner ni, lepas maghrib nanti, jiran sebelah ajak soru kat umah dia. Takkan tak pegi lak kan.. Kecik ati member nanti. Pegi kalo tak makan... berganda la kecik ati member tu. 
Tetibe jadi pobia dengan penimbang berat tu ha...

kalo body gini, hari2 timbang pun no hal..

Khamis, 25 Oktober 2012

mr crab in the house...

Kelmarin masa makan malam, berdiskusi lah dengan en somi tentang program ke pasar pagi esoknya. Jemu gak makan ayam supermarket hari2. Maklum le... tekak orang tua ni lebih cenderung nak makan ikan. Bukan apa, isi ikan tu kan lebih lombuit dari isi ayam.... senang sikit la nak ngunyah. En somi lak tetibe tekak dia berasa nak makan ketam. Ngidam kot... hehehe..  Kat supermarket takde jual. Nuget ketam ada la...

Al-kisah la malamnya tu sedap sangat tido. Si kecik kan tak berapa sihat, asyik meragam je pasal hidung dia sumbat. Aku pun dekat2 subuh lak terlelap terus tido mati. Tak sedar bunyi azan subuh. En somi pun sama... tapi dia sedar gak bila langit mula mencerahkan diri. Dia tengok aku sikit punya baik punya krohhh.... krohh.. so tak sampai hati nak kejut ajak gi pasar. Lepas qada solat subuh yang ter'miss' tu, dia pun turun ke pasar sensorang diri.

Dari dia gi pasar, sampai la balik dari pasar... aku langsung tak sedar. Teruk betui bini cenggini.. huhuhu. Sedar2 pun sebab si kecik terjaga merengek nak susu. Dekat nak masuk zohor gak la (zohor kat Jubail ni dalam kul 11.30am gitu). Tergezut mak tengok banyak betul 'hasil tangkapan' en somi tu. Ni macam tunjuk perasaan je nampak.... Yang buat aku tergezut... mak aiiii, banyak giler dia beli ketam. Kat mesia pun, ada la dalam 3,4 bulan tu sekali je aku beli ketam. Paling banyak pun 2 ekor je pasal anak2 tak makan dan satu lagi.... sebab mahal, tak berbaloi la isi sikit... berat cengkerang je yang lebih. hmmm.... dekat 10 minit gak la aku belek2 ketam tu. Belek sebab aku dah tak ingat camner nak siang ketam... hahaha.. kantoiiii... Satu badan lekat hanyir bau ketam dek nak nyiangnya sikit punya lama. Yelah, siap ketuk2 lagi nak buang duri2 dia, sepit dia dan karang2 yang melekat kat cengkerang dia tu. Kenduri  sup ketam la hari ni...

mujurlah penjual kat pasar sini nak tolong buangkan 
kepala si udang ni ha.. kalo tak berganda la hanyirnya 
satu badan nak nyudahkan bersih 2 kilo ni..

mr craby in the sink... :)
Cite pasal ketam ni, teringat lak aku masa pegnen kali kedua. Ngidam sungguh nak makan sup ketam tapi tak reti nak siang. Nak suruh arwah mak... iskhhh.. aku ni spesis tak suka nyusahkan orang apatah lagi mak sendiri. Nak beli readymade, iskh... takde la pulak gerai2 atau kedai2 makan jual sup tu. Simpan je la rasa ngidam nak makan sup ketam tu di pendamkan saje. Ater... bila anak lahir, suka sangat menggigit. Habis tepi2 meja dia gigit. Gril umah sampai tanggal cat dia kerjakan. Yang tak tahan tu, kita tangah tido, dia pi gigit jari2 kaki kita. Mujur tak kena tendang. Mak sedara aku tanya, masa ngandungkan dia dulu ada ngidam apa2 tak. Aku pun cakaplah pasal sup ketam tu. Pastu mak sedara aku suruh aku beli ketam sekor. Dia buat sup, kasi anak aku tu makan. Alhamdulillah, lepas tu dah hilanglah aktiviti gigit mengigit dia tu. Allah punya kuasa. Tapi yang herannya, lepas makan sekali tu.. dia dah takmo makan sup ketam lagi... hinggalah hari ni tetibe dia makan sup ketam ni semula dengan berseleranya....

13th anniversary

Diam tak diam, dah 13 tahun aku bergelar isteri kepada lelaki itu yang bernama Wan Mohd Sabri bin Mukhtar ni. Alhamdulillah, setakat sepanjang perkenalan dan perkahwinan ni, lelaki itu seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab, penyabar dan penyayang.


Dah 3 tahun kitorang sambut our wedding anniversary hanya di alam siber tapi Alhamdulillah, tahun ni kitorang dapat celebrate together gether.. Bukan special sangat pun, just masak sedap2, makan sama2, gurau senda kat rumah je.. Hadiah???... sangat2 istimewa yang tak ternilai harganya. Nak tau apa dia?.... ni ha kat bawah ni, bukan senang nak dapat tau... :)

13thn kawin dapat 4 budak comei, ok la tu..
Aku berdoa pada Allah swt semoga kekalkanlah hubungan suami isteri kami ni sampai dalam syurga. Moga2 kerukunan rumahtangga ni takkan dicemari oleh segala hasad dengki, fitnah, cemburu dan irihati. Semoga Allah merestui dan melindungi 'masjid' yang kami bina ni hingga ke akhirnya... Sape2 yang tengah baca entri kali ni... tolonglah doa2kan untuk kitorang sama, ek... :)

Selasa, 23 Oktober 2012

ziarah Madinah..

Syukur Alhamdulillah, macam mimpi je aku dapat jejak kaki kat kota kedua paling suci selepas Makkah.. kota Madinah al-Munawwarah ni. Kota di mana letaknya masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Di Madinah ni jugaklah letaknya makam junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad saw.

bawah kubah hijau tu letaknya makam Rasulullah saw

payung di Masjid Nabawi akan kuncup
selepas terbenamnya matahari

payung mula mengembang selepas terbitnya fajar

sempat posing di pintu emas Masjid Nabawi..

kat belakang tu terdapatnya makam isteri2
  dan keluarga terdekat Rasulullah saw
Tak dapat nak gambarkan macamana perasaan teruja dapat bawak anak2 bersolat di masjid Masjid an-Nabawi ni. Masjid yang asalnya kecik je masa nabi kita bina tapi tahun berganti tahun, abad berganti abad, masjid ni diubahsuai sehingga menjadi seluas ni. Kat dalam masjid ni lah letaknya makam Rasulullah saw tapi sayang, aku tak dapat nak tengok makam baginda dengan mata sendiri sebab bawak si kecik. Ada beberapa orang jemaah yang nasihatkan aku lebih baik jangan masuk dalam tu dengan bawak baby sebab sangat2 berasak2 orang kat dalam. Sian kat baby nanti. Aku hanya dapat bagi salam kat nabi dari jauh je. 

pandangan Jabal Uhud dari Jabal Rumah. Di belakang papan tanda
biru tu letaknya makam2 para syuhada' semasa perang uhud.

macam suasana kat pasar malam lak..

Jabal Rumah, tempat Rasulullah mengarahkan
para pemanah bersembunyi semasa perang uhud

Selama empat hari kitorang kat Madinah ni, somi aku bawak aku ngan anak2 ziarah ke tempat2 bersejarah yang ada di sini. Tempat2 tu jugak la yang biasa dilawati atau diziarah para jemaah haji dan umrah. hmmm... sejak tengok drama bersiri Adam dan Hawa kat astro tu, rasa berkobar2 nak gi tengok tempat2 yang si Ain Hawani dan Adam Muhkriz gi tu. Tempat kedua yang kitorang pegi, Jabal Uhud di mana zaman nabi dulu berlakunya Perang Uhud. Lepas tu kitorang singgah buat solat sunat kat Masjid Qiblatain dan Masjid Quba.

si kakak bergambar di Masjid Quba yang mana diberitahu pahala
melakukan solat sunat di sini bersamaan dengan sekali umrah

Masjid Qiblatain, yg dikatakan mempunyai 2 kiblat. 
Nak tau lebih lanjut tentang sejarah 2 kiblat tu boleh klik kat link di atas. 
Gambar ni pinjam kat pakcik gugel sbb tak sempat nak snap sendiri