Ahad, 26 Disember 2010

sakit perut

Adesss... balik dari kenduri semalam, perut terasa sebu (ala...macam kembung tu ha). Tak tau nape. Samada aku lewat lunch atau punca dek lauk yang aku makan masa kenduri pertunangan sepupu aku di RTP Bkt Goh kelmarin. Aku pun baru first time makan lauk tu. Bapak aku kata gulai daging salai campur pucuk ubi dan daun kesung. Rasa dia macam pelik je. Maklum je la, pucuk ubi tu kata orang tua-tua, sejenis sayur yang 'berangin'. Tak tau la tu. Mungkin jugak. Kebetulannya pagi tu aku lewat sarapan, itupun hanya 2 ketul donat segera. Lunch tu pulak lewat jugak....yelah mesti la diorang start makan lepas 'perbincangan'. Segan la pulak nak gi senduk nasi sebelum tuan rumah pelawa...kan..

Gara-gara perut yang rasa tak berapa nak best ni jugaklah, aku tak dapat menghadirkan diri kat rumah one of my boss. Dia buat kenduri akikah princess sulung dia. Sudah rugi lo, kari kambing la kot. Kepada 'boss' aku tu, kalau terbaca topik sakit perut aku ni.......mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat datang. Aku bab makan-makan ni memang hobi utama (tengok body la, kan).

Macam biasa la, bila time diperlukan.............kompem la stok yang diharap takde pulak kat rumah. Selalu bila kembung macam ni, minum MMT je (Mixture Magnesium Trisilicate). Lepas tu sure ok. Nak minum ENO.....hmm...spesis macam aku ni tak berapa sesuai sebab susah nak sendawa. Lagi mudarat nanti kalau angin atas tak keluar, angin bawah pun tak keluar. At least, MMT boleh neutral kan semula asid dalam perut aku ni ha (aku belajar dulu, buku kata camtu lah)

Perut dah jadi makin keras sudahhh.. Sekali pandang dah macam perut orang mengandung 5 bulan pulak. Nasib baik la saki baki krim halia masa dalam pantang 3 tahun dulu ada lagi. Belum expired. Lumur kat perut...............ok sikit tapi tak hilang sepenuhnya. Nampak sangat masa pantang dulu malas pakai barut sebab tu krim setiub pun boleh tahan sampai 3 tahun...hehehe

Rabu, 22 Disember 2010

Maher Zain

Sesekali bukak blog ni, kepala pun terhangguk-hangguk mengikut alunan rentak lagu Maher Zain. Barakallahu Lakuma. Syok lak. Mari layan sama-sama.....;-)

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
..

kemas ker?

Hari ni dah masuk seminggu aku berazam nak mencuci, mengemas, mevacum, mengemop dan mengelap (wahhh....kat spital 5S, kat rumah 5M) apa2 yg patut kat rumah. Apapun, azam tinggal azam. Asal balik kerja je ngadap komputer. Dahsyat (betul ke ejaan aku nih) sungguh penangan komputer ni. Sementara budak-budak belum start sekolah lagi, pulun habis-habis. Diorang dah start karang, takleh la nak bukak games ni pasal takut kang diorang terliur lak nak main. Maklum je la, komputer ada kat sebelah meja study diorang. Ada karang aku lak kena siapkan diorang punya 'homework'.

Hari ni juga akan aku cuba kuatkan azam untuk merealisasikan 5M tu jugak. Hahaha.. itupun pasal hujung minggu ni bapak aku nak datang Kuantan atas urusan pertunangan sepupu aku ngan orang Kuantan. Aku kena standby la kan kot-kot bapak aku nak singgah kat teratak buruk (eh..takde la buruk sangat, RM530 sebulan jugak wehhhh...up sikit dari reban ayam tuh). Bukan apa, takut nanti orang tua aku tu kompius......aku ni beli rumah ke, beli setor....hehehe

Tempat paling penting yang aku kena mulakan dulu...kompem la toilet. Tempat yang penting bagi manusia-manusia yang normal dan dah pandai guna akal. Yelah, kalau baby tu, toilet tak penting pada diorang. Diorang pakai toilet bergerak (lampin pakai buang la...). Toilet utama tu hanya untuk tetamu, aku pun dah agak lama tak menjengok kat situ, pasal tak guna. Aku ngan anak-anak guna yang kat dalam master bedroom je. Kalau leh upah Adflin Shauki cuci bilik air (iklan Harpic kalau tak silap), kan bagus. Kompem berkilat dan bersinar-sinar macam iklan kat tv tu.

Tempat yang last sekali dalam senarai 'pengkemasan' aku hari ni....ruang tamu. Payah beb nak kemas kawasan ni. Kemas2...gitu jugak...tak kemas2 (wahh..cam lagu rap pulak). Biasa la..selagi anak-anak tak besar. Apa-apapun, aku mesti buat jugak hari ni, so..stop kat sini dulu la yek. Kang lama depan komputer ni kang, alamatnya 'postpone' lagi azam aku ni.

Khamis, 16 Disember 2010

anak

Tiga minggu lagi, anak-anak akan start sesi persekolahan penggal pertama 2011. Makin dekat harinya, makin kalut aku nak pikir macamana nak meng 'adjust' (marah cikgu BM aku nih..) masa untuk anak-anak. Maklum ajelah, cabaran aku tahun 2011 nanti, dua anak, dua sesi persekolahan. Si kakak masuk pagi, balik kul 1.00ptg. Si abang lak masuk kul 12.45tgh, balik kul 6.30ptg. Aku kena buat pilihan samada si kakak balik naik van taska & si abang, aku hantar sendiri atau si abang gi sekolah naik van taska, si kakak aku gi jemput sendiri. Kalau dua-dua nak harapkan van taska, for sure samada si abang akan lewat masuk kelas atau si kakak kena balik lewat pasal van taska nak hantar budak-budak lain lagi yang belajar di lain-lain sekolah. Takkanlah aku nak anak bujang aku masuk kelas lewat hari-hari (dia suka la kot pasal bila masuk lewat, kurang satu homework). Tapi, aku lagi tak senang hati nak biar anak dara tunggal aku nunggu lama-lama kat sekolah sensorang (walaupun extra 1 jam). Zaman sekarang ni, bukan je rumah boleh jadi tak selamat, sekolah pun belum tentu jadi tempat yang selamat.

Actually aku pernah terpikir nak tukarkan si abang ke sekolah yang ada sesi pagi bagi tahun 3..tapi malas la pulak sebab leceh nak gi pejabat pendidikan tu. Lagipun tak pandai la nak uruskan benda macam ni sensorang. Lagipun banyak ngat sekolah dan aku tak tau nak tukarkan kat mana satu. Aku pernah mintak pendapat seorang kawan la kan, tapi nak tau apa dia kata???....."ala, kalau budak dah memang pandai, sekolah kat mana-mana pun pandai".. Aku tak tau la samada dia memang niat menyindir ke, apa ke, kan., tapi tak sepatutnya dia cakap macam tu. Aku bukanlah sensitif sangat tapi terasa jugak bila dia cakap macam tu sebab aku sedar dan aku akui yang anak-anak aku tidaklah se'pandai' anak dia (bukan bererti bodoh tau...kurang pandai jer..). Habis, kalau budak yang memang kurang 'pandai', kita hantar sekolah mana pun, takkan jadi 'pandai' ker?? Aku cuma tanya antara sekolah A & sekolah B, mana lebih baik?...kalau takleh nak jawab, lebih baik diam kan, dari beri jawapan yang lari dari soalan.

Bukannya aku nak hantar anak-anak aku ke sekolah yang 'high class'. Aku cuma nak pastikan yang anak-anak aku belajar kat sekolah yang mana cikgu-cikgu nya mengajar sebab 'suka mengajar', bukan sekadar mengajar sebab 'duit gaji' semata-mata. Si abang memang liat nak buat homework, kalau dapat cikgu yang tak ambik kisah pasal murid-murid, makin liat la dia, kan. Kita pun bukan ada masa 24jam nak check segala-galanya pasal anak kita. Sesekali terlepas pandang jugak. That's why lah aku harapkan ada cikgu yang prihatin beri teguran dan tunjuk ajar, bukan saja pada anak tapi pada aku jugak. Kalau kat sekolah tu lebih ramai cikgu yang tak ambik kisah dari yang nak ambik kisah, buat pe aku nak hantar anak aku kat sekolah kan. Baik aku biarkan diorang main games kat rumah je la, mengong wehhhh.....!!!!

Isnin, 13 Disember 2010

ammar

Tak tahu ujian apa pula kali ni Allah kasi pada aku. Jam 4 pagi tadi aku dikejutkan oleh anak bongsu aku (bongsu buat masa ni..). Aku nampak sesuatu mengalir dari hidung dia, cepat-cepat aku bukak lampu. Betul apa yang aku nampak....darah mengalir keluar dari hidung dia. Panik. Mujur ada cotton bud kat rumah. Aku cuba 'gali' lubang hidung anak aku tu guna cotton bud tu. Nak korek beria takut jugak sebab nampak dia macam sakit. Kang jadi lain lak kang. Darah tu dah start membeku. Kenapa la aku lambat sedar. Tah dari jam berapa la agaknya tadi hidung dia berdarah. Tak tau sebab apa. Risaunya aku.....hanya tuhan yang tahu. Waktu-waktu ginilah aku harap sangat hubby di sisi tapi apakan daya.....



hidung sebelah kanan


Nak bawak ke klinik, sure belum ada klinik yang buka pagi-pagi buta ni. Nak bawak gi hospital, sure nanti anak aku jadi bahan ujikaji doktor-doktor pelatih yang berlambak-lambak kat spital tu. Lagipun, takdenye dapat keistimewaan sebagai staf hospital. Aku masih ingat lagi beberapa tahun yang lepas. Masa aku bawak anak aku yang dah 'lembik' dek cirit-birit & muntah-muntah kat jabatan kecemasan hospital tempat aku makan gaji tu. Dekat 3 jam baru dapat jumpa doktor, tu pun kebetulan ada member yang bertugas kat bahagian tu terpandang kat aku. Kalau tak, maunya 3jam lagi aku kena tunggu. hmm... nampak gaya, aku kena korbankan lagi cuti rehat yang aku nak foward ke tahun depan tu. Anak lebih penting, kan... Ingat nak bawak dia jumpa Dr Fauziah kat Klinik Sulaiman tu tapi kena tunggu la jam 8 nanti sebab klinik tu start operasi jam 8.30pagi.

Ahad, 12 Disember 2010

kenduri lagi..

Semalam gi kenduri kawin. Bekas pelatih PPF kat Htaa. Nama dia..... ala, kalau aku kabor pun, korang bukan kenal pun....hehehe. Actually, malas nak gi kenduri-kendara ni kalau hubby takde. Maklum je la, 'askar-askar' aku tu.... tak terkawal dek aku sorang. Tapi, disebabkan kenduri dia buat kat Dewan Dagangan Mahkota, terpaksa la aku gi sebab dari rumah aku nak ke dewan tu, jalan kaki pun lepas tapi idak la aku jalan kaki. Aku bawak kete gak...gila kau, nak jalan kaki panas-panas terik tu. Cair make up aku kang...:p
Korang tau, nak bersiap gi kenduri tu pun, dah 3,4 pasang baju aku tukar. Arrrggghhh....tidakkk... berat dah naik. Baju-baju majoriti menampakkan mangkuk-mankuk tingkat yang ado. Kena control makan balik ni. Kalau tak terkezut lak hubby bila balik Malaysia nanti. Kompius yang mana bini, yang mana belon.
Hari ni lak aku gi kenduri lagi...doa tahlil dan doa selamat sempena masuk ke rumah baru. Tak gi, tak boleh sebab tuan punya kenduri tu kawan baik aku kat Kuantan ni. Kang tak pasal-pasal aku kena dengar ceramah free dari best friend aku tu bila masuk keje esok. Menanah telinga beb.
Kira ok la, dua hari aku takyah masak berat-berat kat rumah. Disamping menjimatkan poket, masa aku nak mengadap 'games' kat laptop jugak jimat.....hehehehe. Buat sarapan jer...apa la sangat nak ngisi perut sendiri dan anak-anak, cekodok pun cukup. Malam makan nuget ngan roti, ok la tu. Diet la konon. err.....roti 8 keping kira diet gak ker???!!!.....hehehehe

Sabtu, 4 Disember 2010

kenduri kawin..



Cuti sekolah amat sinonim ngan musim kenduri-kendara ni. Ramai yang lebih gemar memilih time cuti sekolah bila nak buat pelbagai jenis kenduri, terutama sekali kenduri nikah kahwin. Mungkin sebab time cuti sekolah lah, sedara-mara yang tinggal jauh dapat turut serta menolong apa yang patut......tapi rasanya ramai yang tolong tengok je dari tolong benda-benda yang patut, kan.. (termasuk la aku pasal aku tak tau nak tlg apa...lauk-pauk kan ketering, hiasan lak mak andam punye keje...bunga telur, semua readymade..abih nak tlg benda lagi, kan..)

Kenduri kawin dulu ngan sekarang, banyak sangat lainnya. Rasanya dulu-dulu lagi seronok..(zaman aku dulu la..era 90an). Lagi meriah. Masak-memasak masih lagi gotong-royong masyarakat setempat. Riuh rendah la time tu. Dengar gurau senda masing-masing, lebih-lebih lagi bila ada yang rajin mencuit makcik-makcik yang kuat melatah. Masa tu jugak la boleh ambil kesempatan kenal jiran-jiran yang sebelum ni tak berapa nak kenal. Sekarang lak, jiran-jiran cuma datang time makan je...termasuk la aku. Payah la nak tengok kenduri kawin yang bergotong-royong macam dulu. Semua dah siap tersedia.....sedia duit jer, kan..

bakul telur gini pun dah jarang jumpa zaman sekarang...


antara kreativiti manusia zaman sekarang...

Satu lagi benda yang payah nak dapat dah bila kita gi kenduri kawin sekarang ni....'bunga telur'. Tak dinafikan, 'bunga telur' ni masih wujud.....tapi zaman sekarang ni cuma diberi pada tetamu tertentu aje. Yang tak berapa 'vip' ngan keluarga pengantin tu....hmm...dapatlah kotak kecik yang ada gula-gula 4,5 biji tu. Nak save bajet. Maklum ajelah.....semuanya pakai duit. Tak kurang jugak yang ada 'bunga telur' tapi takde dia punya 'telur'......depa ganti ngan gula-gula gak. Pasni boleh tukar nama la pulak....'bunga gula-gula'. Satu lagi yang aku dah tak jumpa kat kenduri kawin zaman sekarang ni...bekas telur 'toing-toing'. Ala yang kertas berkilat, bentuk macam spring tu. Suka....













sebelum..... selepas....


Bunga manggar.....hehehe....dulu jenuh nak menggunting kertas kaler2 tu, pastu lilit kat lidi. Pastu cari buah betik muda.....nak cucuk2 bunga manggar yang dah siap tu kat situ. Sekarang... takyah nak bersusah payah lagi. Kedai-kedai barang2 kraf pun berlambak jual. Macam2 jenis, macam2 kaler...nak yang berkilat, yang tak berkilat ...usahkan dah siap gunting, yang siap dah lilit kat batang lidi pun ada. Tempat cucuk lak, sekarang depa tak pakai buah betik dah....depa pakai polisterin.
Kalau nak cerita pasal kenduri kawin dulu dan sekarang.....alamatnya berjela la nanti ruangan ni, ada lak kang member komplen cerita panjang sangat...hehehe... Ok la, aku pun nak bersiap-siap jugak ni, nak jengok 'sedara' selang 3 buah rumah mak aku yang nak nikah malam nanti... hahaha that's why terkeluar cerita bab kenduri kawin nih.....;-)




Rabu, 1 Disember 2010

dilema taska..

Pelbagai cerita tentang taska & pengasuh keluar kat surat kabar hari-hari. Bukan je kat surat kabar, kat wall laman facebook pun ramai yang dok 'send' pelbagai rakaman video tentang pengasuh-pengasuh ni. Tak kira apa warganegara sekalipun. Kalau cerita yang menyenangkan hati, takpe la jugak. Ni semuanya cerita yang buat kita ni meremang bulu roma. Seriau. Kecut perut (walau hakikatnya perut aku takdenye nak kecut-kecut...;p).
Satu persatu kisah kemalangan kanak-kanak semasa berada bersama pengasuh. Tak kiralah samada kemalangan yang tak disengaja dan banyak jugak kes kemalangan yang disengajakan. Dah semakin pupus manusia-manusia yang 'berperasaan' kat muka bumi ni, gamaknya.
Susah juga wanita@ ibu2 yang punya kerjaya yang bukan PSRSM (Pegawai Surirumah Sepenuh Masa) ni. Lebih-lebih lagi yang punya anak-anak yang belum dikira layak untuk ditinggalkan sendirian kat rumah. Apa pilihan yang ada? Pengasuh la, kan. Lainlah kalau mereka yang masih ada mak ayah yang sanggup@sukarela nak jaga cucu sendiri. Tak payah nak pening-pening. Kompem dapat jagaan yang tip top....baeekkk punyerrrr...
Zaman sekarang, nak pulak duduk kat bandar-bandar yang semua harga barang dekat paras hidung ni, payah jugak kalau suami je yang kerja. Lainlah kalau si suami kerja ngan gomen. Tetap dan berpencen. Sangat-sangat payah nak diberhentikan melainkan ada kes jenayah. Itupun kalau disabitkan bersalah, baru ada tindakan tatatertib. Bagi mereka yang punya sang suami yang berkerja makan gaji dengan sektor swasta macam aku ni... kena pikir berkali-kali la nak ngantar surat berhenti kerja tu. Maklumlah.. swasta.. kalau diorang rasa nak kurangkan staff, boleh main campak je sapa-sapa yang bos tak berkenan di hati. Buatnya nama si suami tu, takde tersenarai dalam hati si bos, naya je kan. Kita tak kerja, suami pun tak kerja..... abiss... anak-anak nak makan apa, kan.
Actually aku puas hati jugak dengan pengurusan taska anak aku yang kecik sekali tu. Taska Idaman Suri. Dekat dengan rumah aku. Masalahnya sekarang, taska tu bukak kul 7 pagi. Yang akan lebih menambahkan masalah, next year, anak sulung aku akan bersekolah sesi pagi. That's mean, aku kena keluar rumah seawal 6.30 pagi. Takkan la aku nak ngantar anak kecik aku kat taska, pagi-pagi buta tu. Budak2 pengasuh tu, belum tentu siap mandi lagi... paling tidak pun memperkemaskan diri diorang. Kang menjerit lak anak-anak bila tengok muka pengasuh macam muka pontianak harum sundal malam. Rambut mengerbang, muka tepek bedak sejuk... maklumlah, baru bangun tidur. Lagipun, owner dia pun dah bagitau awal-awal yang diorang akan start terima budak kul 7 pagi. Takkan la aku nak gi ngantar anak sulung aku sekolah dulu, pastu pusing balik ngantar anak kecik aku kat taska tu. Rugi masa lagi. Nak kata jauh sangat tu, tidak lah juga tapi kalau dah kena tempoh 6 traffic light sehala. Tak ke nanti, pergi, balik, pergibalik... dah kira 18 kali kat traffic light tu. Tak pasal-pasal aku kena 'mark' pulak nanti pasal datang lewat sokmo kat tempat kerja.
Aku terpikir nak tukarkan aje si kecik aku tu ke taska yang berdekatan dengan tempat kerja aku. Tapi...........yang tak bestnya, member-member yang terpaksa letak anak kat situ, selalu gak merungut yang pampers anak tak bertukar sampai naik ruam punggung si anak. Ada jugak yang komplen, ambik anak petang-petang, diorang tak mandikan dulu. Yang buat aku takut sikit bila ada yang cerita pasal ada pengasuh yang garang dan amat tak disukai oleh anak-anak di situ. Aku takut gak peristiwa lama berulang kembali. Anak aku yang no 2, pernah di cubit sampai meninggalkan kesan kuku yg berdarah, masa anak aku tu baru 4 tahun. Kesalahan yang anak aku buat cuma terkencing atas tilam masa tidur. Patutkahhhhh????... aku takleh terima la der...

Khamis, 25 November 2010

novel

Baru saja menghabiskan bacaan novel yang beli minggu lepas. Senyuman Manismu, karya Rania Firdaus. Baru first time baca karya minah ni. Ok. Gaya penulisan kena dengan citarasa aku. Penceritaan pun ok, tak berat sangat kepala otak nak pikir. Bahasa pun tak berbelit-belit. Cerita dia mengisahkan ....oppss... aku ingat kalau korang nak tau beli sendiri laaaa....kan..

Lama gak tak mencuri-curi masa untuk sesi pembacaan novel ni. Sejak ada 'facebook' (fb) la kot. Asyik melayan pelbagai jenis games dalam fb, sampai takde masa nak ngadap novel-novel tu lagi. Segala jenis kedai, segala jenis ladang aku ada di alam maya nih. At least merasa jugak jadi taukeh walaupun di alam maya. Realiti......hmm....tetap dan berpencen la hidup makan gaji ngan gomen.
Dari zaman sekolah lagi, cukup gemar baca buku cerita terutamanya siri penyiasatan Alfred Hitchcock versi melayu. Buku-buku kisah-kisah dongeng timur dan barat pun menjadi peberet aku. Naik ke sekolah menengah, mula beralih kepada novel-novel remaja. For sure la kisah-kisah cinta jadi keutamaan. Ismail Sarbini, Khadijah Hashim, Ahadiat Akashah....antara nama-nama penulis novel remaja yang aku ingat zaman aku remaja dulu. Sekarang ni, novelis keutamaan aku, Damya Hanna, Fauziah Ashari, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem, & Mat Romeo. Senang dengan gaya penulisan diorang. Jalan cerita lak, mestilah yang lebih sesuai untuk 'remaja purba' macam aku ni. Majoriti novel yang aku beli sekarang ni, berkisar kepada kisah rumahtangga, tentang kehidupan. Yelah, takkan nak aku baca kisah cinta remaja lagi, kan. Tak sesuaiiiii....
Seingat aku hampir 100 buah novel yang aku dah beli tapi sayang, angka yang ada dalam rumah aku sekarang, dah tak sama dengan angka 100 tu. Ada yang rosak dimakan anai-anai masa kat rumah sewaan dulu. Dan yang sadisnya, banyak yang dipinjam orang dan dibuat harta sendiri oleh orang-orang yang meminjam itu. Tapi tak semua peminjam la buat kerja gitu, kan. Frust jugak, tak kasi serba salah pulak. Kang diorang kata aku ni kedekut ilmu pulak. Aku nak gi mintak balik, segan. Ada jugak yang aku gi tebalkan muka mintak balik tapi si peminjam kata dia dah pulangkan, tak tau la dia pulangkan kat siapa sebab aku takde terima lak. Dan yang paling buat aku geram habisss.......hok jenis dah la pinjam buku kat kita, pastu suka-suka mak bapak dia gi pinjamkan kat orang lain pulak.
Percaya atau tidak, kadang-kadang baca novel pun boleh terbawa-bawa watak dalam novel tu. Bukan tengok filem hindi je nangis tau, baca novel pun boleh nangis. Ketawa dan senyum sorang-sorang tu dah jadi perkara biasa bagi pembaca novel sama seperti orang yang dok baca sms.
Sekarang ni, anak dara aku pun dah tunjukkan minat yang sama. Kebetulannya cuti sekolah ni, aku beli banyak buku cerita kat dia untuk isi masa. Secara tak langsung, boleh bantu dia dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Belajar membuat atau mengatur ayat dengan betul. Maklum aje la, anak aku tu sekolah cina. Cikgu BM nya pun cina...... that's why ayat bahasa melayu anak dara aku tu sedikit berteraborrrrr..... usahkan kawan-kawan dia, aku pun kadang-kadang tak paham dia nak cerita apa.....;p


Selasa, 23 November 2010

...add as friend..

It's funny bila ada orang kecik hati ngan aku pasal aku lambat confirm dia as a friend dalam 'facebook', walhal dalam dunia yang nyata ni pun dia bukannya nak sangat berkawan dengan aku ni. Sori la beb, kalau setakat nak penuhkan senarai 'kengkawan' dalam fb, apa barang.... Tak tau la kalau dia nak add aku pasal nak selidik kehidupan aku camner...... (iskh, apa la aku ni, tak baik buruk sangka ngan orang).....alamak, 'ter' la pulak...
So, aku mintak maaf bebanyak la pada mereka-mereka yang aku tengah simpan samada nak terima korang sebagai kawan ke tak. Maklum la kan, kita tak boleh nak share everything dengan orang yang tak berapa 'kenal' kan, walau pun ada pepatah inggeris zaman sekarang mengatakan, 'sharing is caring'. Setakat kenal nama, belum tentu kita 'kenal-mengenali'. Rambut sama beruban tapi hati... of coz lain-lain, ye tak...?
Aku dah pernah buat silap dulu. Menerima 'kawan' yang aku sangkakan benar-benar nak 'kawan'. Mana tahu dia ambik kesempatan untuk selidik kehidupan aku dan jadikan bahan untuk mengutuk dan menyindir aku. Kepada 'kawan' aku tu, aku dah maafkan dia dan sori sebab kena 'hilangkan diri' dari menjadi 'kawan' dia sebab aku terpikir gak, siapalah aku nak berkawan dengan dia, orang yang asyik nak cerita dia dari keturunan orang 'besar-besar'. Baik aku jadi kawan dengan orang yang 'kecik-kecik' je, pasal aku lak dari keturunan yang 'sedar diri'.....;p

Sabtu, 20 November 2010

blog???!!

Blog.... apa itu blog? Pi cari kamus la, atau check kat google. Lain kali pegi kaji dulu apa itu blog sebelum mentertawakan orang. Ada ka patut, ada sorang kawan ni, dia kasi komen la kat aku. (berdepan la, bukan komen kat blog). Dia kata kat aku ...."apa la kau ni, buat blog tapi dok cite mane engko pegi, ape engko buat. Pulak tu engko nulih lak panjang sangat"......aku tak tau la samada aku nak marah ataupun nak gelakkan kawan aku ni tadi. Pilih jalan tengah-tengah. Silent & smile. Aku buat blog ni untuk cerita hal yang berkaitan diri aku, bukan untuk bercerita tentang orang lain. Itu dah jadi mengumpat, namanya. Aku bukanlah spesis yang suka mengumpat kat alam maya ni......(tapi dalam dunia realiti, join gak sekali-sekala...hehehehe). Lagipun der, biarlah wartawan & blogger hiburan je yang buat laman-laman blog cerita-cerita pasal orang ni (maksud aku laman gosip-gosip tu la) . Diorang ada sumber-sumber yang boleh dipercayai... abih, takkan aku nak mintak maklumat yang tah betul ke tidak kat kau lak. Kang tak pasal-pasal orang bermasam muka ngan aku. Takat bermasam muka takpe, buatnya heret aku kat court kang, ko ada duit ke nak upah lawyer untuk aku. Lainlah kalau diorang heret aku kat Court Mammoth.....;p
Suka hati la aku nak tulis (..err...taip la..) berjela mana pun. Aku tak pernah paksa sapa-sapa baca celoteh aku. Lagipun, ala, bukan kena caj apa pun kalo ye pun aku nak berceloteh berjuta-juta perkataan pun, kan. Sesiapa yang tiba-tiba tergerak tangan tertekan mouse kat aku punya laman blog, dia baca la kan. Kalo tak nak baca pun tak pe.... sendiri punya tangan, sendiri punya suka la nak tekan mouse ke mana pun. Mak sikit pun tak kecik hati, nyah....;-)

Jumaat, 19 November 2010

aduhai pagar letrik..

Aku cuti-cuti Malaysia lagi semalam (18/11/2010). Terpaksa cuti pasal taska anak-anak 'bercuti' sempena raya korban. Sayang jugak nak ambik cuti lelama, nak simpan tapi bukan untuk 'golden handshake', aku nak kumpul bawak ke tahun depan biar tahun depan cuti aku jadi banyak sikit ....hehehe. Almaklum le, aku jarang-jarang dapat together gether dengan my hubby, so nak ambik cuti lama la sikit bila dia balik Malaysia nanti, kan....

Lepas hantar anak-anak aku ke sekolah, aku pun melingkor depan tv ngan anak bongsu (bongsu buat masa ni la, kan....hehehe....). Melayan drama bersiri Ulek Mayang kat tv3. Tah macamana aku boleh tersangkut lak tengok cerita ni. Elok-elok dia habis je, letrik takde. Aku check gak kat fius utama tu, kot la tendang kan...tapi okay jer. Nak tanya orang kiri-kanan, biasalah waktu-waktu macam ni takde jiran yang ada. Semua keroje... Seingat aku, aku dah bayar bil bulan lepas. Aku pun try call talian hotline TNB tapi malang, ada suara pompuan yang jawab (sah-sah suara robot), "no giliran anda tujuh puluh satu...sila tekan 1 untuk terus menunggu"....iskh...tak kuasa aku nak nunggu. Bukan talian free..

Jam dah hampir pukul 6 petang. Aku dah bersiap-siap nak pi jemput anak-anak dari sekolah. Dah start enjin kereta. Bila tekan remote pagar, dia tak buka-buka. Biasa kalau takde letrik, dia ada backup bateri. Aku try call hubby tapi no answer. Barangkali dia tengah kerja. 10 minit berlalu, aku call aku punya auntie, mintak tolong ambik anak-anak aku kat sekolah. Mujur jugak ada sedara-mara kat sini. Dah 15 minit berlalu, aku try pulak call no yang tertera kat moto gate tu..."itu dia punya backup bateli sudah abis lo, mau kasi tukar. Sementala u pakai manual lo..lulu kita ale kasi itu manual punya beg biru"...itu jawapan yang aku dapat. Berpeluh aku cari beg tu tapi tak jumpa-jumpa. Tensen lagi. Risau anak-anak kat sekolah lagi.

Tetiba kipas kat rumah mula berpusing. Lega. Nasib baik tak lama. 6.20pm, letrik ada semula. Asal-asal nak pasang auto gate ni dulu, time hujan. Bertolak-tolak ngan hubby sapa gi bukak pagar. Satu lagi sebab takut nak turun gi bukak pagar sebab ada 4,5 ekor anjing liar berkeliaran kat tong-tong sampah. Aku cukup pobia ngan anjing lebih-lebih lagi mengenangkan peristiwa zaman anak dara dulu......2 kali pengalaman dikejar anjing liar. Trauma beb. Tu yang decide nak pasang auto gate tu. Parah jugak kalau letrik takde time aku nak gi keje ek......tak pasal-pasal terpaksa ambik emergency leave (EL). Gelak dek orang je....biasa orang ambik EL sebab anak sakit ke, suami sakit ke, mak ayah sakit ke...atau sendiri sakit ke (err...sendiri sakit biasa ambik mc laa...). Ni ambik EL sebab pagar takleh buka......haru...

Ahad, 14 November 2010

bersenam vs malas.....

Entah kenapa selera makan aku menjadi-jadi betul minggu ni. Ngalahkan orang bela hantu raya lak. Musim hujan barangkali. Kata orang, time hujan-hujan ginilah, perut mudah berasa lapar. Satu lagi sebab....err...'bulan nak mengambang' barangkali....hehehe.
Masa mentekedarah tu tak ingat, concentrate pada rasa makanan.........konon.... Bila dah rasa kekenyangan sampai nak termuntah, barulah timbul rasa menyesal yang takde gunanya. Time tu, usah kata nak naik......nak tengok mesin penimbang tu pun rasa ngeri.....takutttttt....
'Kesedaran' makin memuncak bila nak gi keje. Apa taknya, bila sarungkan uniform kat badan.... adesss....terserlah 'bengkak-bengkak' di badan. Segala jenis 'mangkuk tingkat' terserlah untuk tatapan umum. Bila dah macam tu, mulalah cari jaket untuk cover lemak-lemak terlebih sudah tu. Nasib la jugak masa ni musim tengkujuh. Coverline la pakai jaket sebab sejuk. Kalau musim panas.... acer giler nak pakai jaket dalam panas terik. Maunya macam duduk dalam beg sauna je nanti. That's why la, bila time cuti, aku lebih suka lepak kat rumah. Bukan apa, nak keluar ...hmmm.... lepas satu baju ke satu baju eden toraiiii.... tapi semua serba tak kena, menyakitkan 'permandangan'. At last, pakai baju masa pregnant dulu.... abihhh, itu je yang padan...
kayuh la lama mana pun, dia still kat situ gak...hehehe


'stepper'....alat exercise pertama yang aku ada

Ada la kata-kata sinis dari spesis berbadan cantik....(err...cantik ker??...)... "makan banyak, excercise takde".....ala der, buat keje-keje rumah pun kira excercise ape...hehehe. Masa anak dua dulu, rajin gak buat senaman ni. Siap beli basikal yang tak bergerak tu. Bukan tu aje... siap ada koleksi cd senamrobik lagi. Time tu rasa tercabar sebab ada kengkawan yang perli pasal depa boleh kenal aku dari jauh lagi. Geram asyik jadi bahan lawak orang, aku pun tekad la. Gila-gila punya diet, gila-gila punya senaman. Berbaloi jugak dari 65kg, turun sampai 53kg. Selepas lahir anak ketiga, berat naik balik ke berat yang asal. Tapi tak tau la nape sekarang ni aku dah tak boleh nak jadi setekad dulu. Pernah jugak ambik bermacam-macam produk kurus tapi tak berkesan. Setakat dapat cirit-birit tapi tak gak kurus. Pernah jugak aku gi buat rawatan kat pusat perlangsingan......macam takde perubahan, berat tak jugak susut, yang susut cuma 'poket'. At last, aku try la control makan sendiri. La ni, turun la ke 57kg. Nak turun lagi dari tu, dah macam tak boleh. Ada betul gak kata spesis berbadan cantik tu...exercise kurang... Basikal tak bergerak tu pun, jarang-jarang sekali kena kayuh dek aku. Alat stepper tu pulak.... hmmm... dah nak berkarat spring dia. Nak jogging kat luar rumah, takut kejar dek anjing jiran yang terlepas.
Nak lompat tali skipping....err...dalam rumah??....ada pulak yang tersangkut kat kipas syiling kang....haru. Nak buat kat luar rumah..... ada lak nanti orang ingat ada gempa bumi. Al-maklumlah ......giant main skipping. Takpun kang, ramai lak penonton beratur kat pintu gate rumah aku ni...(bukan pe, kot la depa nak tolong kira berapa kali aku melompat, kan...)...hehehe. Cd-cd senamrobik pulak tah kemana hala dah.. pikir nak senamrobik depan anak-anak yang dah besar, iskh...malu. Kang pelik lak anak-anak tengok ibu terkinja-kinja depan tv....hehehehe... (macam-macam alasan la boleh buat nak cover MALAS). Apa-apapun sebenarnya atas diri kita sendiri, kan. Usaha atau tidak jer. Aku pikir tak nak la kurus sangat. Boleh maintain macam sekarang pun dak okay. Kalau kurus sangat nanti, tak sepadan pulak nak bergandingan dengan my hubby yang tak berapa nak kurus tu.....;p (ayat untuk menyedapkan hati...hehehehe)........

Sabtu, 13 November 2010

...beg plastik 20sen..


Pagi ni, aku bawak anak-anak kuar sarapan kat kedai pasal diorang request nak makan roti canai. Kalau setakat nak makan nasi lemak ker...mi, kue teaw, bihun & megi goreng ker...baik aku masak sendiri jer kat umah baru puas hati. Bab tebar roti canai ni, aku belum kursus lagi....lagipun takde tempat nak menebar. Takkan nak tebar atas meja makan lak... iskh...kembang tekak aku nak makan. Kalau meja baru, boleh dipertimbangkan.. ini dah bertahun pakai, paham-paham aje la, kan...
Biasa-biasa aku simpan stok roti canai segera kat peti sejuk umah aku tapi pagi ni bukak peti, usahkan roti canai segera....air batu segera pun takde.
Lepas sarapan, aku singgah Ambank jap. Cam biasalah, bayar hutang. Pastu aku ingat nak gi cuci kete tapi bila tengok 'suasana' dalam kete aku tu dah tak serupa kete. Batalkan ajelah niat tu pasal malu lak kat mamat-mamat cuci kete. Bak kata orang Pahang..."pelbagei ande".... dari kertas tisu yang kecik tu sampailah ke tuala mandi anak. Dah macam rumah bergerak dah kete tu. Kebetulan pulak anak-anak meng'offer' diri nak cuci kete petang nanti. Hmm....bab main air, suka lah diorang.
Then, aku teringat lak yang pampers anak kecik aku dah habis. Singgah lak kat pasaraya Tunas Manja kat Jalan Lim Hoe Lik, Kuantan tu. Alamak.... today is Saturday laa. Satu beg plastik akan dicaj 20sen. Satu nilai yang kecik tapi bila dikumpul-kumpul, banyak jugak kan. Dari 'menderma' kat tokeh pasaraya yang jarang-jarang sekali bagi kita barang percuma, baik kita kumpul kasi derma kat anak-anak yatim, kan. Kebetulan jugak aku memang dah standby recycle bag dalam aku punya handbag. Nak kata aku ni pencinta alam sekitar, tak jugak..cuma beringat sebelum terkena sekali lagi. Awal-awal kempen dulu, aku tak teringat langsung pasal beg plastik ni. Aku macam biasa la gi shopping hari Sabtu. Kebetulan lak hari tu aku nak beli 'seluar kecik'.. dah selesai bayar, chashier yang cantik manis tu kata...."sori kak, beg plastik takde"...adesss....haru. Kebetulannya pulak time tu aku cuma bawak wallet...

macamana kalau kat pasar malam pun tak sediakan plastik ye????!!!


recycle bag.......ni Giant punya..bukan free, still kena beli aaa....


Actually, kempen ni bagus jugak. Negara kita baru nak praktikkan tapi negara-negara barat sana dah jadi perkara biasa bawa recycle bag ni. Cuma orang kita susah nak terima benda-benda baru ni. (tokeh-tokeh kilang plastik tepuk dahi pas ni) Kat tempat kerja aku pun dah praktikkan suruh pesakit bawa beg sendiri masa ambik ubat-ubatan diorang. Sebenarnya aku tak berapa setuju.... yelah, hospital bukan shopping kompleks (tempat kita boleh plan nak gi). Orang dah sakit, mana ingat nak bawak benda lain. Yang diorang paling ingat, bawak IC je sebab nak guna masa daftar jumpa doktor nanti. Ada sesetengahnya tu, baju pun takdan nak tukar. Pakai apa yang dah tersarung kat badan jer. Dah sakit, kan... mana leh nak pikir benda-benda lain lagi. Kekadang aku kesian jugak tengok orang yang tangan sebelah nak dukung baby, sebelah lagi nak pegang ubat. Kalau sebotol takpe gak..ni berbotol-botol.. Pernah jugak la dengar pesakit marah-marah pasal takde plastik ni. Bila kita sebut pasal alam sekitar, diejeknya kita balik. Entahlah. Ada yang boleh paham, ada jugak sebaliknya. Lain orang, lain pendapatnya, kan...





Selasa, 9 November 2010

...batuk lagi..


Alahai.......dah naik semput aku dek batuk ni. Ramai yang kata, biar selesema dari batuk pasal batuk payah nak baik (ertikata lainnya, sembuh). Dah seminggu batuk ni tak mau jugak berhenti. Tido pun tak lena diganggu dek batuk....lebih-lebih lagi bila dia buat gatal tekak tu.. (tapi ada gak yang panggil 'geli' tekak) adess... takleh stop batuk sampai berair mata. Bila rasa gitu, aku kompem cepat-cepat cari port nak duduk sebab....kalau aku teruskan batuk tu sambil berdiri, silap-silap ada la cecair yang mengalir kat kaki aku nanti. Betul beb.....kekadang batuk sampai terkencing tau. Siap standby 'pampers' lagi kot-kot 'emergency'...hehehe

Ada tak sape-sape pembaca di luar sana (hmm...ada ke orang lain baca blog aku nih??..) yang boleh kongsi petua macamana nak hilangkan batuk ni cepat. Aku dah habiskan antibiotik untuk seminggu tapi tak jugak berkesan. Ubat batuk???......dah bermacam-macam cuba cuma satu ni je la yang okay sikit ngan aku. Cuma yang lecehnya minum ubat batuk ni....kesan mengantuk dia la...terbantut segala perkerjaan.
Aku dah start pantang minum air berais, kebetulannya sekarang ni musim hujan so, tekak aku kureng teringin la nak minum benda-benda berais ni. Air bergas pun aku dah insaf semenjak badan asyik 'berangin' jer ni. Makanan berminyak????....iskh... tu payah sikit. Maklum je la... aku ni MELAYU JATI.... kebanyakkan makanan yang masuk kat tekak ni di masak menggunakan teknik mengunakan minyak.. Yelah kan...takkan nak makan nasi lemak sambal rebus lak....... ada ker????


Jumaat, 5 November 2010

...alahai mercun...


Mata terasa mengantuk, mungkin sebab letih drive tadi. Esok kan hari Deepavali, kebetulannya jatuh pada hari Jumaat, so dapat la orang-orang gomen cuti-cuti Malaysia 3 hari. Aku pun ambik peluang ni balik jengok kampung dan kebetulannya pulak, lusa nanti famili aku nak buat majlis tahlil untuk arwah bonda tercinta sempena genap setahun kembalinya beliau ke rahmatullah.
Mata semakin pedih tapi.....adessss...macamana aku nak lelapkan mata kalau kejap-kejap dikejutkan dengan bunyi letupan yang ala-ala Presiden Bush mengebom Saddam Hussien. Terasa macam nak gugur jantung pun ada gak ni. Nak wat camner.....kiri kanan depan belakang rumah orang tua aku ni, ada sedaramara Kajol.
...aku gelar mercun ni, 'MERCUN CINA'

ni lak..."MERCUN MERDEKA"

Seingat aku, masa Tahun Baru Cina yang lalu pun tak sehebat ini gegendang telinga aku menanggung 'siksaan'. Lagipun, aku tengok trend chinese sekarang, takde dah nak bakar-bakar mercun ni. Yang tolong bakar pun sedaramara Kajol tu jugak la....
Raya orang kita lak....maksud aku, Aidilfitri.....meriah gak dengan bunyi mercun ni walaupun tak sehebat hari ni punya bunyi-bunyian. Mercun Aidilfitri pun hebat gak, hebat dalam memutuskan jari-jemari dan kekadang boleh buat sampai orang mati. Payah kalau dah terlalu genius.
Aku sebenarnya heran gak pasal apa setiap kali Aidilfitri, ada je kes hilang anggota badan nih. Takde pulak kes gitu masa Tahun Baru Cina & Deepavali. Aku sebenarnya tak suka juga kasi anak-anak main mercun ni, satu, sebab bunyi dia bising.....ganggu jiran tetangga, mana tau kan ada di antara jiran-jiran yang ada anak kecik (baby) nak tido ke, sakit ke...apa ke ...kan. Kedua, bahaya beb...nak kasi anak-anak main ngan api ni......kang kalo tak terbakar umah, melecur tangan lak.

MERCUN POP'...hmmm....aku pun suke...

Tapi dalam pada tu pun....... aku kasi gak diorang main bunga api ( itupun yang free punya pasal tiap-tiap tahun ada member sedekah ) Mercun???....ehh kasi gak tapi yang tak payah cucuh api punya...... mercun 'pop'..(hok ni aku pun main sama ngan anak)....campak kat lantai je. Itupun rasa bersalah kat jiran sebelah pasal bunyi bising dan asap bunga api yang berkepul-kepul tu. Kalo kat kampung-kampung lainlah kan....pasal rumah jarak-jarak. Kat bandar yang rumah macam kembar siam ni..... orang sebelah bakar mercun, dia punya bunyi macam sebelah telinga kita jer... That's why, aku hanya kasi anak-anak aku main bunga api @ mercun pop tu sehingga kul 9 malam jer......

Sabtu, 30 Oktober 2010

..demam la pulak...

Bangun pagi tetiba tekak rasa tak berapa nak best. Terasa sakit bila nak menelan air liur, belum lagi nak menelan benda lain...kompem lagi sakit. Udah la sakit....seme yang ditelan terasa pahit. Sampai kat tempat keje, rasa macam ada kat kutub utara lak. Sejuk giler.... selama ni pun memang sejuk aircond kat tempat keja aku tu tapi hari ni terasa sejuk bebenor... Mata pulak, kejap-kejap berair. Sama berair dengan hidung. Arrrgghhh...... demam la nih... Mesti pasal semalam ni time balik keje, belum sampai kat tempat parking kete, tetiba hujan turun ngan lebatnya tapi takdelah lebat sangat. Dah pertengahan jalan, takkan nak patah balik, kan. Nak tak nak, sendiri pun dah basah. So, teruskan je la jalan-jalan lenggang mak minah tuju ke kete. Sampai kat kete, mencari kunci kete dalam handbag satu hal la pulak..... Sampai rumah, tak teringat nak cuci kepala terus. Orang tua kata, kalo kena hujan, cepat-cepat cuci kepala untuk elak demam. Hmmm....betul ke???


Kerap lak aku demam tahun nih. Mungkin faktor usia kot. Lagi bertambah umur, lagi kurang antibodi dalam badan. Agaknya lah, kan tapi tak mustahil gak. Sekarang ni buat keje lebih sikit pun mudah termengah-mengah....tapi tu mungkin ditambahkan lagi dengan faktor badan yang bagai dipam-pam la kan...hehehe.

Masa demam ni, habis bisa-bisa satu badan. Mintak tolong kat anak-anak, kasi lumur minyak afiat kat badan, pastu mintak tolong diorang picit-picit sikit.... tapi tau je la budak-budak, kan. Picit tak sampai satu minit dah penat. Yang benarnya malas yang lebih. Nak suh hubby???... kalau lah dia ada sayap.......
Demam-demam ni tekak mula la terasa nak makan sup2 jer...(tu yang heran tu, badan demam tapi selera tekak tak demam lak) Kalau dapat dapat sup ketam, boleh hilang terus demam nih..... tapi takde pulak orang nak masakkan. Nak masak sendiri?.. nak ke pasar cari ketam pun tak larat. Nak suh anak-anak kayuh beskal gi kedai minimarket beli ketam tu.... iskhh.... tak berani la aku nak lepas zaman-zaman sekarang ni. Lagipun kang diorang beli ketam lain lak... ketam pensil... camner???.........;p

Isnin, 25 Oktober 2010

...cuti2 malaysia..

Hari ni cuti lagi.... aku tak nak cuti tapi diorang paksa gak aku cuti.....hehehehe. Ala, cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. So, kepada rakyat negeri lain.... teruskan bekerja dengan penuh dedikasi...cewahh.... Kepada rakyat jelata negeri Pahang ku yang makmur ini terutamanya yang keje gomen....... selamat bershopping, maklum ler hari ni gaji masyukkkkk , (macam kebetulan yang ngam-ngam jer).....kan..


Seperti biasa, cuti dilalui dengan aktiviti rutin...makan & tido. Badan dah kembang bertaman-taman tapi tak sedar-sedar gak. Mangkuk tingkat tak usah cite lah...bertingkat-tingkat dah. Kalo pakai baju ala-ala kebaya tu ha .........iskh........ mak pun tak tergamak nak tengok, nyah....ngeri.
Masa mentekedarah, tak hingat...bila perut dah kenyang, baru rasa menyesal...apa barang... Tak tau la nape bila tak buat keje, mulut asyik rasa nak mengunyap jer... Jajan dah macam stok wajib dalam kabinet tu. Takpelah... makan le lagi ada selera nak makan, kan... esok bila tiba time takde selera nak makan.....orang letak KFC depan mata pun, tak terliur punyer...



Nak keluar jenjalan.....malas lak. Lagipun tak tau nak bawak anakanda2 ni gi mana. Nak ke pantai, ala...leceh lak karang kalo diorang merengek nak mandi laut tu. Payah nanti nak handle sorang-sorang. Kang tak pasal-pasal hanyut ke mana lak budak-budak tu karang. Nak bawak gi mini zoo?.....ala, aku takut la kat kera-kera yang tak makan saman tu. Kang dia gigitnyer anak-anak aku, haru. Nak bawak kat taman rekreasi...hmm...banyak sangat pencemaran mata. Tak sesuai aku nak bawak anakanda2 aku yang still di bawah umur ni.
Nak bawak balik kampung???....pun boring sebab diorang takde kawan-kawan kat kampung tuh. Balik-balik dok umah, ngadap Astro channel 611,613 & 615 tu. Baik dok umah kuantan je kan...sama gak.

Ahad, 24 Oktober 2010

...dah 11 tahun rupenyer...



23/10/2010...Pejam celik pejam celik, dah 11 tahun aku bergelar isteri kepada si suami. Rasenyer bagai baru semalam dok ngorat laki aku kat warung abah dia...(hehehe...gatai gak aku). Walau dah 11 tahun kawin, tapi sayang.....kitorang masih belum berkesempatan ber'honeymoon'...hehehe. It's ok, orang dulu-dulu pun takde gi honeymoon2 nih kan....zaman sekarang jer yang terikut-ikut budaya omputih tu. Ala, bukan pe....itu jer peluang nak berduaan dengan yang tersayang dengan ikatan yang halal. Dulu pun boleh gak keluar berduaan tapi..hmm...kena jaga-jaga, takut nanti orang mengata, kan.

Tahun ni, tahun kedua aku celebrate hari istimewa ni bersama ngan anak-anak jer. Sian kat hubby pasal dia lak celebrate sorang-sorang. Nak buat macamana....demi kesenangan hidup anak-anak masa depan, terpaksalah berkorban jiwa & raga. Bermakna dah dua tahun aku tak kasi hadiah kat hubby walaupun hubby still kasi hadiah kat aku (in advance @ belated...hehehe). Ala, tak best la kan, nak kasi hadiah yang dah hilang seri...err dah basi... (alasan biase sorang isteri yg agak kedekut..hehehe)

Buat hubby ku (u know who u're) ....thanks for being my hubby....aku amat-amat bertuah memiliki kamu dan aku ingin terus menjadi isteri kamu sehingga akhir hayatku...

Isnin, 11 Oktober 2010

elergic...




Time keje tadi, budak trainee aku ada tegur pasal bintat kat muka aku tapi aku jawab, biasalah bila bulan nak mengambang ni......ada la gunung2 berapi nak keluarkan lavanya kat muka aku ni. Tak lama pastu, ada lagi member sekerja yang tegur, kata diorang bukan macam jerawat tapi macam gigit nyamuk, dengan rasa macam tak puas hati, aku pun gi jengok cermin ajaib kat tearoom tempat keje aku tu. Adoii.... ya la ...... macam naik alergik ni, nak makan ubat, aku sayang la pulak pasal hari ni aku puasa....... (puasa ganti ler, takkan puasa enam lak ....syawal dah abis weh...).

Tak lama lepas tu, jari-jemari mula menari-nari. Start rasa gatal-gatal satu badan. Aku pun tak perasan lak, apa benda yang aku pegang tadi sebab nak kata salah makan, mana aku makan pun... kan aku puasa. Dah lama gak aku tak kena penyakit alergik ni tau. Dulu masa aku jadi trainee, pernah sampai masuk wad sebab alergik je. Masa tu aku tersalah makan ubat. Apara... antibiotik ku sangka panadol. Sebelum ni aku pernah demam dan doktor bekalkan aku antibiotik tu tapi tak pernah sekalipun aku makan. Dapat & simpan jer. Mana la aku tau yang aku alergik pada bactrim tu. Kebetulan lak rupa dia sama cam panadol, aku pun telan je lah. Aku ingat lagi doktor tu pesan kat aku, tulis kat dahi yang aku ni alah pada ubat yang ada sulphonamide. Tapi betul .....alergik jugak boleh bawa maut, jangan pandang ringan tau...

Puas satu rumah aku geledah cari stok ubat antihistamin tu, takde. Tiba-tiba baru teringat, aku kasi kat hubby aku baru ni. Geledah punya geledah, terjumpa gak sepapan ubat Loratadine tapi expired bulan november 2007 ....ahh...lantaklah, dah tak tahan dah aku dok menggaru ni. Dah nak macam beruk mat yeh dah ni.... telan jugak la.... mujarab atau tak tu belakang kira.....:P

Ahad, 10 Oktober 2010

bercuti.....

Setuju tak kalo aku kata, perkataan 'cuti' itu sesuatu yang menggembirakan majoriti mereka2 yang bekerja.....'cuti sekolah' pulak boleh buat mereka2 yang bergelar murid2 melompat keriangan (lebih2 lagi pada yang liat sangat nak buat keje sekolah cam anak bujang aku yang sorang tuh..) perkataan 'bercuti' lak amat2 membahagiakan insan2 yang bergelar isteri apatah lagi yang menyebutnya para suami...(tambah2 lagi ada 3 perkataan .... jom kita pi.... di depannya)....tapi ada gak perkataan cuti yang para suami kureng sikit....ala, bila suami baru nak rapat, para isteri lak jawab...'cuti hari ni'....huh, kompem diorang tepuk dahi......hehehehe

Tapi jangan tak tau, ada gak orang yang tak suka 'cuti'....ada yang kata rimas dok lama ngan anak2 kat rumah....ada ka...(baik tak yah beranak, kan...). Ada gak yang tak suka 'cuti' sebab terasa sunyi bila cuti pasal kat rumah takde orang lain. Tak kurang gak tak suka 'cuti' pasal nanti takde income masuk (terutama yang ada keje, ada gaji...tarak keje, tarak gaji...cam keje kontrak tuh..).

Saja cerita pasal cuti ni sebab teringatkan cuti rehat aku tahun ni dah tinggal 10 hari jer. Aiyaa...cuti 30 hari setahun pun terasa macam tak cukup2. Kalo resign kang, takde lak income masuk. Bukan pe, nanti tak best la kalo nak beli hadiah kat suami (untuk hari2 yang istimewa), pakai duit suami.....baik takyah. Lainlah kalo aku ada kemahiran lain yang boleh buat income dengan duduk kat rumah jer macam menjahit ke...mengait ke....mengayam ker...apa ke...kan... Kalo setakat kemahiran 'makan' tu, apa barang....kan....tak menjana pendapatan langsung, buat nak perabih beras boleh la.....hehehehe

Kalaulah boleh beli cuti orang lain....iskh...dah lama aku borong....hehehehe.....tapi nak buat macamana.......cuma 'kalaulah'.....



Rabu, 6 Oktober 2010

famili d hati...

Agak lama jugak laman blog ni aku tak lawati... Sibuk menghabiskan waktu-waktu penting bersama keluarga tersayang. Famili still no 1, kan...

Pelbagai cerita yang aku dengar dari kawan-kawan tentang famili yang mereka bina. Ada yang ok, dan banyak juga yang agak tak berapa nak ok. Bagi yang ok, Alhamdulillah....semoga 'ok' itu berkekalan hendaknya.......dan bagi yang sebaliknya, bersabarlah.....hanya satu perkataan itu yang aku dapat bantu.

Aku juga suatu ketika dulu, tanpa aku sedar dalam tak sengaja, aku telah mengabaikan keluarga aku sebab sibuk mengejar on call yang tak seberapa. Aku khilaf. Aku bersyukur Allah membuka mata aku akan kekhilafan aku. Sekarang aku sedar, duit dan nama bukanlah segala-galanya. Aku punya hubby yang sentiasa menginginkan kebahagiaan aku dan anak-anak,.....aku juga punya anak-anak yang comel, walaupun sedikit nakal tapi menghiburkan. Apa lagi yang aku nak cari...kan......Sekarang aku amat rasa syukur yang tak terhingga sebab dikurniakan 'sesuatu' (tiada perkataan yang dapat menggambarkan sesuatu itu), yang tak semua orang dapat.

Isnin, 13 September 2010

Beberapa hari sebelum Syawal

2,3 HARI SEBELUM RAYA

Agak lama jugak aku tidak meng'update' blog ini. Maklum ajelah, minggu-minggu raya nak tiba ni aku agak sibuk sikit dengan persediaan & persiapan menyambut kedatangan bulan Syawal ni. Sibuk mengatur-atur baju-baju yang nak diperaga sepanjang bercuti yang tak berapa sakan nanti (pasal tahun ni raya ke 4 dah kena masuk kerja). Sibuk mengatur-atur biskut-biskut raya yang mana nak dibawak balik ke kampung aku yang tak berapa nak kampung tu (ater...kat alamat pun tertulis 'BANDAR MENTAKAB'). Sibuk mencari-cari resepi rendang di laman-laman web & blogger yang lain. Maklumlah, tahun ni tahun pertama aku masak rendang raya sendirian. Kebetulannya adik pompuan raya kat rumah mertua dulu & adik ipar pompuan aku tahun ni giliran beraya kat rumah orang tua dia. Kakak ipar aku lak hari sebelum raya baru start cuti, kata dia sampai lewat petang. Aku pun paham....yelah, jauh, jalan pun jem....

Aku gerak balik ke rumah orang tua aku, petang hari Selasa (07/09/2010). Ambik off sebelah petang. Atas budi bicara U38, aku pun mendapat keizinan untuk chow awal tapi bukan tuang keje saje2 tau....claim off dari off lunch call yang terkumpul. Aku lorat gak pasal mikir nak masak juadah berbuka pose takut tak sempat. Sedar tak sedar, tengok meter dah cecah 140.....err, biasa la tu tapi kalo hubby aku tau, maunya aku kena dengar ceramah keselamatan jalan raya dari dia nanti....hehehe.....dah terpandang ke meter tu, baru control balik ke 110.....Pertama, sebab aku baru teringat yang aku bawak lagi 3 nyawa dalam keta tu dan yang kedua, sebab aku sayang duit beb......dari aku bagi kat polis @ jpj, baik aku kasi duit raya kat anak-anak buah lebih sikit, kan.......
Agak bernasib baik bila sampai ke destinasi di tuju, sebaik je selesai bersalam ngan bapak aku, dia pun terus bagitau takyah masak apa-apa pasal makcik aku dah masak, dia & anak-anaknya nak berbuka sekali dengan kitorang sebab tau yang aku ngan anak-anak nak balik hari yang bertarikh seperti di atas. Fuhhh...pucuk dicita, ulam mendatang....aku letih sesangat dek pun.. menu malam ni ( 07/09/2010 ), ayam golek bapak beli kat Lanchang, makcik masak sambal udang, sayur bayam tmis air, buah melaka & pengat pisang. Boleh la...

Keesokan paginya, seperti rutin biasa setiap kali balik ke rumah orang tua aku, aku ke pasar basah Mentakab untuk beli bahan-bahan untuk memenuhkan ruang-ruang kosong dalam peti ais rumah tu dan bahan-bahan untuk merendang nanti. Ayam 2 ekor cukup kot. Bukan ramai pun. Aku bawak aku punya PA untuk jadi peneman dan pengangkat barang....siapa lagi kalo bukan anak dara ku satu-satunya. Sambil-sambil tu aku boleh ajar dia apa-apa yang patut, dari kecik la kena ajar sikit-sikit kan.. kalo tak takdelah kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya"...kan.
Balik dari pasar, aku start bersihkan apa yang patut kat rumah peninggalan arwah mak aku ni. Sawang sana sini. Memandangkan aku ni dari spesis yang tak berapa nak tinggi, so...ada la jugak sawang-sawang yang tak tercapai akalku macamana nak sapu. Dah berdiri atas kerusi, siap jengket kaki lagi, still tak sampai. Nak tak nak, aku buat-buat tak nampak je la saki baki sawang yang tak tercapai tu. Harap-harap tetamu yang sudi singgah beraya kat rumah ni nanti tak pandang ke atas nih. Lepas siap mengemas rumah yang tak berapa nak kemas tu, aku pun mula berhijrah ke dapur. Nak siap-siap bahan nak masak untuk juadah berbuka puasa nanti. Sorang jugak.....huhuhu.... Menu buka puasa nanti ( 08/09/2010 ), sambal tmis petai, kobis grg, asam pedas talapia, daging grg kunyit & ikan kembong goreng.

Keesokan hari pulak, aku ajak sepupu aku gi ziarah sambil membersihkan sekitar pusara arwah mak aku, arwah mak dia & arwah wan kitorang. Kebetulan adik pompuan the one & only aku singgah jap kat rumah orang tua kitorang sebab nak hantar barang. Aku pun ajak dia sekali. Petang, adik aku & famili dia bertolak balik ke kampung mertua dia di Maran. Aku???....sendirian lagi melakukan kerja-kerja seorang 'chef' di dapur. Mula mengupas-ngupas bawang, sesekali airmata mengalir jua....tapi bukan sebab sedih beb, pedih mata la weh...bapok banyaknya bawang nak dikupas. Dah siap-siap bahan, aku pun start merendang untuk esok. Dah jadi kebiasaan, rendang untuk raya kitorang masak petang sehari sebelum raya. Habis, acer gila nak masak rendang pagi raya........maunya nanti pagi raya makan lemang cicah garam je nanti. Yelah, masak rendang ni kan lama, berjam-jam nak tunggu kering. Rendang daging lagilah lama pasal nak tunggu daging jadi lembut. Kalo tak, kunyah rendang daging jadi macam kunyah chewing gum........liat tak lumat-lumat. Tapi bangga gak sebab rendang aku buat, boleh la ditelan dek famili aku...walau tak sesedap arwah mak punya..kan.. Rendang daging dah beres, then start masak rendang ayam.....kebetulan betul, abang & kakak ipar pun sampai. Akhirnya, ada gak pembantu......

Rabu, 1 September 2010

Taska oh Taska

Hari ni dah 22 hari mereka-mereka yang beragama Islam berpuasa. Kurang dua minggu lagi nak sambut raya. Memikirkan tentang itu, aku jadi resah. Makin dekat nak raya, makin serabut kepala. Jangan salah paham lak.....bukannya aku tak suka hari raya tu tapi memikirkan mana aku nak letak anak-anak aku selepas raya tu. Tahun ni, giliran aku, cuti sebelum raya. So, maknanya lepas public holiday tu, dah start kerja....mmm....raya ke 4, kalo aku tak silap kiralah.... (maklumlah, math selalu failed masa sekolah dulu).

Kebetulan pulak, lepas raya tu, sekolah pun dah start sesinya jugak. Yang buat aku pening sangat ni, taska-taska yang aku hantar anak-anak aku tu, depa semua pakat cuti seminggu. Adusss.......kontroversi lagi lah aku nanti pasal angkut anak-anak kat tempat kerja. Nak wat camner......hubby aku tak dapat cuti pasal tahun lepas dia dah cuti katanya, jauh beribu batu lak tu. Taska tutup....nak tinggalkan kat mertua, abis sekolah camner....takkan nak ponteng lagi seminggu......nak bawak mertua sini pun, rasanya minggu-minggu raya ni, berat hati lah sikit mertua aku tu pasal, time gini lah sedara-mara jauh datang berziarah. Lagipun, aku pun taknak nyusahkan dia sebab keadaan dia pun tak berapa sihat. Apa aku nak buat ni??? Ni lah masalah utama setiap kali raya.

Kat mana ha, boleh buat cadangan pada pihak persatuan taska-taska ni. Patutnya diorang pun kena bahagi dua time cuti raya gini. Separuh staff cuti sebelum raya, separuh lagi cuti selepas raya. Buat giliran. Macam kita-kita jugaklah, terutama kakitangan awam ni. Mana ada pejabat kerajaan yang tutup seminggu untuk raya, kan. Tutup 4 hari pun, rakyat jelata dah kasi komplen baik punya dalam suratkabar. Diorang (tokeh taska) suka-suka nak tutup seminggu tapi bab yuran....tetap kena bayar penuh....ada ka? Patutnya, sebelum diorang tutup taska lama-lama ni, kena lah tanya dulu kat semua makbapak budak-budak yang dihantar kat situ kan samada diorang setuju atau tak......ini tidak, tanya kat dua tiga parents yang kebetulannya lak parents yang ditanya tu memang takde masalah, tau-tau ada je tersangkut manila kad ngan kertas A4 dekat pagar taska tu, umum pasal 'penutupan' diorang tu. Hangat gak jiwa...

Suka atau tidak......penyelesaiannya satu....terpaksa jugak angkut anak-anak kat tempat kerja. Aku pun bukan suka sangat sebenarnya pasal payah aku nak buat kerja nanti, maklum ajelah... anak-anak aku spesis 'tak duduk diam' belaka. Nampaknya terpaksalah aku mengadap Yang Dipertua KPF, untuk mintak dia buat dua pilihan.....samada bagi kelonggaran pada aku untuk bawak anak-anak kat tempat kerja.......................atau..........bagi aku sambung cuti seminggu lagi lepas raya nanti (aku suka yang ni...hehehe).......

Isnin, 30 Ogos 2010

Pusara Arwah Mak Aku...

Jumaat lepas (27/08/2010), aku drive balik ke rumah mertua kat Felda Bukit Puchong, Triang, bersama-sama anak-anak. Mertua pun, sama macam mak bapak kita jugak kan.. Diorang rindu nak jumpa cucu-cucu dari Kuantan ni. Kebetulannya hari tu public holiday kat Pahang ni. Nuzul Quran. Esoknya lak Sabtu Ahad. Dah memang cuti mingguan kat Pahang ni.

Dalam perjalanan ke sana, aku terpanggil lagi untuk singgah menziarahi pusara mak kat Kampung Chatin Temerloh tu. Kebetulannya jugak kedudukannya 'sejalan' dengan jalan yang aku lalui. Lega melihat pusara arwah yang sudah sempurna. Bukan apa, sebelum ni....aku pernah singgah buat kali pertama tapi masa tu, pusaranya masih belum bernisan, cuma kelihatan batu-bata yang berkaler hitam diatur sekeliling pusara. Kata bapak, nak tunggu tanah betul-betul mampat, baru nak letakkan batu nisan. Kali kedua aku singgah, bulan lepas. Sebelum bertolak ke rumah adik aku kat Nilai hari tu. Terkejutnya aku sebab aku tak jumpa pusara arwah. Pelik. No lot yang sama tapi nisannya tertulis nama orang lain. Aku betul-betul rasa tak puas hati. Aku terus capai handphone dan call bapak tapi tak berjawab. Aku call pulak adik-beradik aku nak sahkan no lot tu, tapi masing-masing tak berapa nak ingat no tu. Aku yakin dan ingat sangat no lot tu. 455. Akhirnya bapak call aku balik. Dia ada kat kebun dan tak dengar bunyi telefon. Aku pun terus bertanyakan perihal pusara arwah tu. Bapak pun terkejut.

Aku balik ke Taman Saga untuk ambik bapak dan terus hubungi bapak sedara aku yang kat Temerloh tu. Janji jumpa di kubur. Bapak sedara datang bersama dengan orang yang bertanggungjawab menguruskan tanah perkuburan kat situ dan juga datuk aku. Rupa-rupanya, ada orang dah tersalah buat kubur batu tu. Diorang tak ingat no lot simati dan main tibai je buat kat kubur orang lain. Menurut orang yang menguruskan tanah perkuburan kat situ, pembuat nisan tu dah dua kali silap buat kat kubur orang lain. Yang aku heran tu, keluarga simati tu, dah tau orang yang di upah tu buat silap dulu, patutnya diorang pegi la jengok kot-kot silap lagi nanti.

Sekarang aku dapat menarik nafas lega. Pusara mak sudah sempurna. Cuma satu yang aku kesal sangat. Ada beberapa mulut yang mengaku diorang tu sedara-mara aku yang mencari peluang memerli aku adik-beradik dan bapak aku. Kalau ikutkan amarah, ingin juga aku bertanya semula pada diorang, mak2 diorang pun setahu aku dah 'takde', dalam setahun, berapa kali diorang jengok pusara mak diorang...................syukurlah mak bapak aku tidak mengajar aku untuk menjadi 'kurang ajar'..... kata bapak, rupa kubur tu tak penting, yang penting doa-doa kita untuk arwah.

Selasa, 24 Ogos 2010

Dialog Ibu & Anak 2

Minggu ni minggu anak-anak aku menghadapi ujian peperiksaan akhir tahun. Seperti hari-hari sebelumnya, aku bertanyakan kabar exam tu pada anak-anak aku. Kadang rasa geram dengan jawapan yang diorang berikan, tapi dalam geram tu juga aku rasa nak terketawa tapi still tahan jangan ketawa depan diorang.

Aku : Ha...macamana periksa tadi? Boleh jawab?

Amir & Kakak : Boleh ibu...

Aku : Senang ke susah? Boleh tak dapat A?

Amir : Senang ibu..

Kakak : Kakak rasa macam senang tapi kakak rasa susah juga

Aku : Ye la tu senang, boleh dapat A ke?

Amir : Kertas periksa tu senang tapi Amir pelik nape matematik cina ada 4 mukasurat je.

Aku : Ibu tanya boleh dapat A tak?

Amir : Tak tahulah ibu sebab cikgu belum right lagi.

Kakak : Ha'ah...lau se belum tanda lagi...

Aku : ( betul jugak ek...salah soalan ke aku tanya diorang nih..)


Ahad, 22 Ogos 2010

Bazaar Ramadhan lagi...

Hari ni tergerak pulak hati aku untuk melawat ke stadium......bukan stadium tapi bazaar ramadhan yang berdekatan dengan stadium tu. Bukan apa, saja nak tengok apa itu ayam bakar tempayan ( ayam yg dibakar dalam tempayan la, bukan ayam pi bakar tempayan da..). Hari tu kan ada keluar kat Buletin Tv3, alang-alang dah menetap di Kuantan ni...nak la jugak merasa. Kalo nak gi bazaar kat stadium tu, kena keluar awal sikit, kalo lambat-lambat nanti, bercinta la nak cari parking. Pastu bercinta lah pulak nak kuar dari situ pasal jalan jem. Kebetulannya pulak hari ni hari minggu. Aku memang cuti. Bolehlah turun awal dari rumah. Kalo hari kerja....mimpilah aku nak gi situ. Maklumlah, aku ada misi yang lebih penting.....ambik anak-anak dari sekolah la, apa lagi...
Sampai je situ, aku pun jalan-jalan cari makan ngan anakanda-anakanda tersayang. Macam biasalah bila aku ajukan soalan nak makan apa berbuka nanti.....

Aku : Amir kakak nak makan apa?

Amir : Nasi goreng ada tak ibu?

Aku : Ala, nasi goreng sahur nantilah ibu masak.

Amir : Nasi lemak lah.

Aku : Kakak?

Kakak : Boleh tak nak makan kuih je, ibu?

Aku : Mana boleh? Ni kan puasa. Mana kenyang makan kuih je. Nasi ayam, nak?

Kakak : Nanti kakak tak habis macamana?

Aku : ( diam dan terus mencari-cari nak beli apa)



Aku teruskan misi mencari juadah untuk berbuka nanti. Gerai pertama aku singgah, gerai yang jual kuih muih Pantai Timur. Tahun lepas pun aku selalu beli kuih di gerai ni jugak. Kuih-muih dia kebanyakkannya berasal dari Kelantan. Nama kuih....errr...aku pun tak tau....yang aku tau, makan je...:) Ada tiga jenis jugaklah yang berkenan di tekak tu.
Pastu aku pun cari gerai ayam bakar tempayan yang disebut-sebut tu. Sampai kat gerai tu, aduhai........orang yang beratur nak beli ayam tu, ngalahkan orang nak beli tiket tengok bola final Selangor vs Kelantan. Kata orang Pahang...."bapok panjangnye"... Sori beb, aku rela tak beli ayam tu dari bawak anak-anak aku yang tak berapa nak cerah ni ( gen ayah diorang lagi kuat, what to do........hehehe ) beratur panjang-panjang di tengah panas terik tu. Takpe, aku bukan tengah ngandung pun jadi takde la rasa kempunan sangat tak dapat makan ayam tu.

So, teruskan misi mencari laksa penang pasal dari semalam aku teringin nak makan laksa penang tu. Tak taula sedap atau tak laksa yang aku beli tadi pasal masa aku taip cerita ni, belum lagi masuk waktu berbuka. Pastu aku aku berhenti kat gerai yang jual mee singgit untuk belikan mee goreng untuk si kakak. Tapi di bazaar ni, mee singgit dah jadi mee dua ringgit pasal ada udang. Si abang tepandang pulak kuey teow sebelah mee tu, berkenan la pulak tekak dia. So, senang cerita. Mee goreng untuk kakak & kuey teow goreng untuk abang. Adik? Nanti share dengan kakak jer pasal kakak tu karang kompem tak habisnyer.. Pastu singgah kat gerai jual nasi ayam berempah, beli untuk adik aku. Sebelum balik, aku sempat jugak beli air tebu. Selama puasa ni, belum sekalipun beli air tebu pasal anak-anak aku tak minum.

Banyak-banyak bazaar ramadhan kat kuantan ni, yang paling meriah kat sinilah, satu lagi yang orang suka benar pegi, kat pokok buluh. Dekat dengan masjid besar. Kat situ ramai yang beli dan berbuka dekat padang depan masjid tu....macam 'berpicnic' di waktu maghrib la.. Agaknya senang, lepas berbuka boleh terus solat & berterawih kat masjid nanti.

Esok.......... belum rancang lagi nak berbuka dengan apa. Nak masak pun dah tak tau nak masak apa..... Jemu jugak asyik-asyik kari, asyik-asyik nasi goreng. Dah la sahur kompem nasi goreng. Rasanya macam beli jugak kot......;)